Kalau masa Halloween memang tak sah kalau kita dah nampak macam promosi berkaitan dengan tema seram dan berkaitan dengan Halloween. Perasan seram dan takut tu rasa macam satu trend yang semua orang ingin alami ketika musim ni. Saya juga akhirnya terjebak dan mengalami sendiri perasaan seram ketika Halloween yang lalu di Night of Fright Sunway Lagoon. Sebenarnya Night Of Fright ni adalah edisi ke 7 dan setiap tahun saya lihat banyak good review berkaitan dengan event ni. Dari set seramnya sehinggalah kepada cosplayer di Night Of Fright ini semuanya dikatakan menyeramkan. Seram ke tidak? Teruskan membaca review saya menyeramkan diri di NIGHT OF FRIGHT 7.
Acara NOF7 ini diadakan setiap hujung minggu bermula dari hari Jumaat hingga Ahad dan pintu masuk mula dibuka pada jam 7.30pm sehingga 11.30pm. Ini bermakna persembahan Halloweennya adalah waktu malam sahaja dan tiada persembahan pada waktu siang. Kalau siang tak takut pulak dah kan?
Terdapat 8 jenis rumah hantu serta pelbagai jenis rides dan beberapa persembahan pentas yang boleh ditonton dan dimasuk bila-bila masa sahaja ketika berada di Night Of Fright. Yang paling mengujakan adalah semua petugas ataupun cosplayer disekitar kawasan sangat-sangat into the character. Kebanyakkan dari mereka dipakaikan dengan kostum hantu yang cantik dan dimekap dengan sangat teliti dan believable. Perwatakan mereka juga sangat kena dan bersesuaian dengan watak hantu yang dibawakan. Mereka sangat displin dan menjaga perwatakan mereka walaupun ramai yang ingin bergambar bersama. Walaupun rupanya mereka agak menakutkan, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memegang dan bercakap dengan pengunjung. Jadi tak perlulah terlalu takut.
1,431 total views
























