Author - Mohd Zarin

Kenapa LHKSNS jadi tumpuan pelari?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. LHKSNS ataupun Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah merupakan salah satu acara larian yang amat ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pelari-pelari Malaysia. Baru-baru ni pendaftaran LHKSNS 2019 mendapat sambutan yang sangat memberansangkan sehingga berjaya mendapat pendaftaran melebihi 6,300 dalam tempoh kurang dari 2jam sahaja sebaik pendaftaran dibuka. Ianya mendapat sambutan diluar jangkaan sehingga ramai pelari yang tak berjaya mendaftar dan kecewa tidak dapat turut serta pada tahun ini.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, mari saya kongsikan sedikit info mengengai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS 2019) dan kenapakah ianya begitu menjadi tumpuan. Larian ini diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada bulan Nov setiap tahun sempena ulang tahun Sultan Nazrin Shah.

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah

Diantara gelagat pelari yang memakai pakaian ala-ala kampung

LHKSNS

Berlari di dalam kampung

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2018

Saya berkesempatan menyertai LHKSNS 2018 dan ianya merupakan pengalaman pertama saya. Diadakan di Kuala Kangsar, Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah ni kebanyakkannya disertai oleh orang luar dari negeri Perak. Untuk mengetahui kenapa ramai pelari suka sangat sertai acara larian ni, mari kita throwback sikit LHKSNS 2018. Read More

 10,984 total views

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Salah satu makanan viral dan wajib dicuba sekiranya berkunjung ke Jakarta adalah Pisang Goreng Madu Bu Nanik. Setiap kali saya ke Jakarta, pasti saya akan cuba cari masa untuk membeli pisang goreng ni di kedainya ataupun kalau tak sempat saya akan order melalui GrabFood. Kenapa viral dan apakah yang sedap sangat dengan Pisang Goreng Madu Bu Nanik ni? Adakah ianya lebih sedap dari Pisang Goreng Cheese? Kalau nak tahu teruskan membaca.

Kedai Pisang Goreng Madu Bu Nanik terletak di Tanjung Duren Raya No. 67 dan sudah beroperasi semenjak tahun 2007. Pisang Goreng Madu ini menjadi salah satu makanan wajib makan bukan sahaja bagi pelancong yang datang ke Jakarta tapi juga bagi penduduk tempatan.

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Ada juga macam-macam makanan dijual di sini

Keunikan Pisang Goreng Madu Bu Nanik adalah pada keseluruhan rupa dan rasanya. Berbeza dengan pisang goreng biasa, Pisang Goreng Madu Bu Nanik berbentuk bulat kerana ianya digoreng menggunakan acuan berbentuk bulat. Pisang yang diguanakan adalah jenis pisang raja. Setiap satunya mengandungi rasa pisang yang banyak dan digoreng sekata dalam minyak panas. Berdasarkan perkongsian dari pekerja di sini, Pisang Goreng Bu Nanik digoreng sebanyak 3 kali pada minyak yang berbeza mengikut kepanasan. Proses pertama adalah menggoreng pada minyak yang kurang panas sehingga ianya masak sedikit dan kemudiannya dipindahkan ke kuali ke dua dengan minyak yang sederhana panas dan terakhir sekali digoreng dengan minyak yang panas. Proses gorengan ini membuatkan setiap Pisang Goreng Madu Bu Nanik masak sekata di bahagian dalam dan ranggup di bahagian luar. Read More

 2,409 total views

Malam Gala Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi orang ramai terhadap filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal apabila ditayangkan di pawagam pada 21 Mac 2019 nanti. Debaran kian terasa apabila saya terlibat dengan pengurusan Mala Gala ataupun Tayangan Perdana filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal pada 5 Mac yang lalu. Malam gala ini diadakan di GSC Mid Valley dan rata-rata para jemputan adalah terdiri dari partner, fanclub, rakan media dan juga bloggers. Berdebar bukan saja dari menantikan reaksi mereka, tetapi dari segi kelancaran malam gala tersebut. Bagi yang belum membaca review saya berkaitan filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal boleh baca terlebih dahulu di sini. Jadi apa tunggu lagi, jom kita lihat suasana kemeriahan pada malam tersebut.

Di antara perancangan pada malam gala yang saya aturkan adalah menguruskan jadual bagi persembahan termasuklah flow pelancaran dan persembahan artis. Seperti yang kita tahu, terdapat 2 buah lagu OST bagi filem ini iaitu “Keris Sakti” yang dinyanyikan oleh penyanyi berasal dari Brunei iaitu Fakhrul Razi dan lagu “Buai Laju-Laju” yang dinyanyikan oleh penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Sesi briefing bersama Ernie Zakri

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Diantara fanclub yang sampai awal

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Suka family ni, pakai baju lengkap ala-ala kesultanan Melaka

Kedua-dua artis ini harus datang lebih awal bagi sesi latihan flow serta sound check. Senang bekerjasama dengan mereka ni sebab kedua-duanya adalah profesional dan sudah biasa membuat persembahan. Walaupun jemputan bermula pada jam 7.30malam tetapi macam tak percaya kebanyakkan tetamu dah mula datang seawal jam 5 petang lagi. Dengan bertemakan pakaian kebangsaan ataupun pakaian ala-ala pakaian melayu lama, ada juga tetamu yang hadir mengikut tema yang dicadangkan. Kagum saya tengok. Read More

 11,452 total views

Filem “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal” setaraf filem Antarabangsa

Selepas 10 tahun filem animasi 3D “Geng : Pengembaraan Bermula” mencipta sejarah pecah panggung dengan kutipan tiket sebanyak RM6.3juta. Pada tahun 2019 ini Les’ Copaque Production menamatkan penantian peminat setia Upin dan Ipin dengan menerbitkan satu lagi karga unggul yang bukan sahaja dilihat bakal mencipta sejarah perfileman di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Filem berjudul “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal” merupakan filem animasi penuh ke 2 terbitan Les’ Copaque dan diumumkan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 Mac 2019. Filem yang amat dinanti-nantikan ini juga bakal ditayangkan di Indonesia meskipun tarikh tayangan di negara jiran itu belum diumumkan lagi. Filem ini menerima expectation yang sangat tinggi lebih-lebih lagi selepas trailer rasmi filem ini dilancarkan pada beberapa minggu yang lalu.

Upin & Ipin Keris Siamang TunggalUpin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Filem paling mahal!

Read More

 15,200 total views

Putrajaya Night Marathon 2018

Acara Putrajaya Night Marathon 2018 merupakan diantara acara larian marathon yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan runner. Menghidangkan pilihan larian sejauh 42Km dan 21KM serta jarak larian lain yang lebih rendah, kebanyakkan pelari suka berlari di Putrajaya kerana laluan yang kurang berbukit,  mendatar dan lebih-lebih lagi ianya diadakan pada waktu malam. Namun begitu, untuk berlari dalam cara Full Marathon dan Half Marathon bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap pelari harus mempunyai latihan dan persediaan yang cukup disamping pengawalan makanan yang seimbang.

Putrajaya Night Marathon 2018 merupakan penyertaan Half Marathon yang ke 4 saya dan terus terang saya rasa sangat excited kerana kali ni saya boleh dikatakan sudah bersedia dari segi fizikal dan latihan larian. 2 bulan sebelum acara ini saya sudah melalui beberapa latihan larian setiap hari termasuklah mengamalkan makanan seimbang dan sihat. Salah satu pemakanan yang saya amalkan adalah dengan mengambil ubi kentang dan khususnya Potatoes USA. Bila saya banyak berlatih, saya perlukan tenaga dan proses recovery yang lebih cepat. Ramai yang beranggapan pisang adalah pilihan yang lebih baik untuk memberikan tenaga kerana mengandungi potassium yang tinggi. Tetapi sebenarnya ubi kentang mengandungi lebih banyak potassium dari pisang.

Putrajaya Night Marathon 2018

Potatoes USA booth di Putrajaya Night Marathon 2018

Putrajaya Night Marathon 2018

Kentang baik untuk diet

Di Putrajaya Night Marathon 2018, salah satu booth yang menarik perhatian saya adalah booth Potatoes USA. Pertama kali menjadi penaja bersama bagi acara ini, sebenarnya nama Potatoes USA sangat terkenal di negara barat dengan menjadi penaja bagi acara besar seperti Ironman dan sebagainya. Jadi bila saya nampak je booth Potatoes USA di Putrajaya Night Marathon 2018 dah terasa seperti atlet Ironman. Terdapat sampel makanan berasaskan ubi kentang diedarkan di booth ini sebelum dan selepas larian diadakan. Read More

 6,372 total views

Coway Run 2018

Percaya atau tidak sebenarnya COWAY RUN 2018 adalah salah satu acara larian yang saya amat nanti-nantikan. Ini adalah kerana pada Coway Run 2017 merupakan acara larian 10KM saya yang pertama. Banyak pengalaman dan perkara baru yang saya belajar semasa sertai Coway Run 2017 tahun lalu. Maklumlah, masa tu saya baru belajar dan baru terasa seronok join acara larian.

Berbeza dengan tahun lepas, pada tahun ini Coway Run 2018 telah diubah lokasi ke MAEPS Serdang. Saya pun rasa di Maeps lebih better sebab ianya kawasan tertutup dan lebih mudah untuk berlari. Dengan berkonsepkan Beat The Heat, Coway Run 2018 ni merupakan salah satu acara running event yang cepat sold out. Pelbagai gimik menarik seperti Wind Tunnel dan Mist Tunnel menjadi ‘halangan’  dalam larian kali ini. Idola fitness kegemaran ramai pula iaitu Jordan Yeoh sekali lagi menjadi duta bagi Coway Run 2018.

coway run 2018

Suasana sebelum flag off

coway run 2018

Berlari di dalam ladang nenas

Saya yang menyertai larian bagi kategori 10KM dilepaskan pada 7pagi sebaik sahaja selepas melakukan warming up yang diketuai oleh Jordan Yeoh sendiri. Manakala peserta bagi kategori 5KM pula dilepaskan sekitar jam 7.30pagi. Secara kasarnya saya lihat ramai peserta tahun ini dan mungkin saya anggarkan sekitar 5 – 7 ribu peserta. Setup pada flagoff pula saya lihat sangat cantik dibina dan nampak sangat “gah”. Read More

 2,022 total views

Jakel Barulah Raya 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasa macam sekejap je kita berpuasa di bulan Ramadhan dan sekarang dah pula nak menyambut Hari Raya. Seperti biasa pada minggu-minggu terakhir macam ni mesti ramai sedang sibuk untuk membuat persiapan raya seperti beli baju raya dan macam-macam lagi. Saya juga seperti pada tahun-tahun sebelum ini, masih setia bersama dengan pakaian raya JAKEL dan memilih memakai Baju Melayu Jakel di pagi Raya nanti. Tahun ini Jakel dengan tema “Jakel Barulah Raya” sekali lagi mempromosikan rekaan baru tahun ini bersama Duta Raya Jakel iaitu Aaron Aziz. Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Lara Alana, Ayda Jebat, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusof Iskandar, Harith Iskander  dan Upin Ipin.

Satu sesi beramah mesra bersama semua Duta Raya Jakel yang dipanggil Sembang Santai telah diadakan di Jakel Mall Kuala Lumpur dan Shah Alam seterusnya mengadakan jualan lelong HAPPY HOUR sehingga 85%. Terdapat juga baucer pembelian bernilai sehingga RM70,000 diberikan kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Saya sendiri mewakili Upin & Ipin kali ini akan berkongsi mengenai suasana sambutan yang meriah di acara Sembang Santai “Jakel Barulah Raya“.

Baju Raya Jakel 2018

Awal, Scha dan Lara kelihatan cantik sedondon dengan pakaian raya Jakel

Baju Raya Jakel 2018

Hairul, Hanis dan Yusof juga keliru sungguh menawan dengan koleksi pakaian raya Jakel

Baju Raya Jakel 2018

Ayda Jebat dengan baju rayanya

Read More

 15,842 total views

Hiking Bukit Gasing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog saya. Dah lama rasanya saya tak berkongsi mengenai aktiviti aktif saya khususnya aktiviti mendaki. Cerita kali ini bukanlah mengenai pendakian sehebat mendaki Gunung Kinabalu tetapi cerita mengenai mendaki Bukit Gasing yang terletak di kawasan Petaling Jaya. Bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki dan hiking, Bukit Gasing ni sememangnya menjadi lokasi wajib untuk training ataupun melepaskan rindu dengan suasana hutan dan udara segar. Bukit Gasing ni sangat terkenal dan boleh dikatakan “sibuk” pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Saya dan beberapa teman hiking kali ini juga berhajat untuk mencuba sendiri Bukit Gasing secara santai bagi melihat sendiri cabaran dan suasana mendaki Bukit Gasing. Teruskan membaca.

Bukit Gasing

Entrance Bukit Gasing

Sebenarnya terdapat banyak entrance yang boleh digunakan untuk mendaki Bukit Gasing ni, namun begitu entrance yang paling terkenal dan menjadi signature Bukit Gasing adalah melalui pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Pendaki boleh meletakkan kenderaan pada kawasan parkir yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk namun begitu ianya sangat terhad. Jadi tak hairanlah orang yang nak mendaki Bukit Gasing ni akan tiba seawal jam 6 pagi bagi mendapatkan parkir kereta. Kita boleh juga meletakkan kereta ditepi kiri kanan jalan tetapi kalau nasib tak baik kereta akan disaman oleh MBPJ. Jadi berhati-hatilah ye. Read More

 44,234 total views

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sempena dengan bulan Ramadhan kali ini saya berpeluang berbuka puasa dengan hidangan istimewa di Hotel Grand Dorsett Subang. Walaupun pertama kali saya berbuka puasa di sini, namun saya terus berhajat akan menjejakkan kali sekali lagi di sini kerana menu berbuka puasanya yang menarik dan sedap. Nak tahu apakah menu yang sedap sangat dan berjaya menambat hati saya? Teruskan membaca review Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang.

Terletak di Subang, Selangor lokasi hotel ini mudah untuk dicari. Terdapat ruang parkir di bahagian luar hotel memudahkan sesiapa sahaja yang berbuka puasa di sini. Sebenarnya terdapat 2 ruang makan untuk berbuka puasa di Hotel Grand Dorsett Subang namun untuk sesi iftar kali ini, saya akan berkongsikan pengalaman berbuka puasa di ruangan Terazza Brasserie yang bertemakan Citarasa Ramadan.

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Citarasa Ramadhan di Hotel Grand Dorsett Subang

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Kambing Panggang

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Kambing Panggang yang telah masak

Apa kata saya terus mulakan dengan hidangan menu utama yang dinanti-nanti ramai orang iaitu Kambing Panggang. Macam tak sahkan kalau berbuka puasa takde kambing panggang, rasa macam tak lengkap pula. Tapi yang membezakan kambing panggang di sini dengan bufet Ramadhan yang lain adalah ianya disediakan dengan rempah khas yang sedap. Memang terasa aroma dan rempah ketika menikmati isi kambing panggang di sini. Ianya boleh dimakan bersama Nasi Briyani Kambing ataupun Ayam serta boleh juga dijamu bersama Nasi Arab. Semua hidangan ini beserta beberapa hidangan lain seperti pita kebab, sate, char kuew tiao merupakan sebahagian dari menu utama yang disediakan stall bahagian luar.

Di sini semua menunya dimasak secara live bagi memastikan makanan yang disediakan sedap dan sesuai dimakan panas-panas selepas ianya baru disediakan. Read More

 8,390 total views

Bufet Ramadhan Warisan Tradisi di SACC

Berbuka puasa di SACC ataupun Pusat Konvensyen Shah Alam sememangnya dinanti-nantikan saya setiap tahun ketika mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. SACC bukan sahaja menjanjikan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan, bahkan ruang makan yang selesa serta beberapa kemudahan lain yang memuaskan. Kalau tak takkan la saya berbuka puasa hampir setiap tahun kat sini.

Terletak ditengah-tengah pusat bandar Shah Alam, lokasi SACC amat mudah dicari lebih-lebih lagi ianya berhampiran dengan PKNS dan SACC Mall yang menjadi tumpuan ramai setiap kali musim perayaan. Sekiranya berbuka puasa di sini, tak payah pening-pening untuk cari parkir kerana ruang parkir yang disediakan di bawah bangungan SACC sangat luas dan mudah. Selain itu juga, kita juga boleh membayar Zakat Fitrah dikaunter yang disediakan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Mudahkan? Jom, kita tengok pula apakah menu-menu menarik Bufet Ramadhan SACC pada tahun ini.

Bufet Ramadhan SACC

Suasana di dalam dewan makan SACC

Bufet Ramadhan SACC

Bersama Chef SACC

Menggunakan tema “Warisan Tradisi”, menu bufet Ramadhan pada tahun ini membawakan 100 jenis sajian dan juadah warisan serta masakan kampung asli. Menurut Chef Eksekutif SACC, Jamili Napaih dan Sous Chef, Rizal Nahar, kebanyakkan makanan tradisional ditempat lain telah dikomersilkan dan diubah. Namun ianya berbeza dengan masakan di SACC yang masih mengekalkan rasa keaslian dan resepi makanan tradisi.

Diantara masakan asli yang menjadi hidangan istimewa adalah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Namun begitu, menu utama yang menjadi tumpuan setiap tahun adalah Kambing Kebuli yang menjadi trademark hidangan di SACC. Saya sendiri memang meminati hidangan kambing kebuli  di SACC ini kerana daging kambingannya yang disediakan begitu lembut dan berempah.  Read More

 13,088 total views