Percaya atau tidak sebenarnya COWAY RUN 2018 adalah salah satu acara larian yang saya amat nanti-nantikan. Ini adalah kerana pada Coway Run 2017 merupakan acara larian 10KM saya yang pertama. Banyak pengalaman dan perkara baru yang saya belajar semasa sertai Coway Run 2017 tahun lalu. Maklumlah, masa tu saya baru belajar dan baru terasa seronok join acara larian.

Berbeza dengan tahun lepas, pada tahun ini Coway Run 2018 telah diubah lokasi ke MAEPS Serdang. Saya pun rasa di Maeps lebih better sebab ianya kawasan tertutup dan lebih mudah untuk berlari. Dengan berkonsepkan Beat The Heat, Coway Run 2018 ni merupakan salah satu acara running event yang cepat sold out. Pelbagai gimik menarik seperti Wind Tunnel dan Mist Tunnel menjadi ‘halangan’  dalam larian kali ini. Idola fitness kegemaran ramai pula iaitu Jordan Yeoh sekali lagi menjadi duta bagi Coway Run 2018.

coway run 2018

Suasana sebelum flag off

coway run 2018

Berlari di dalam ladang nenas

Saya yang menyertai larian bagi kategori 10KM dilepaskan pada 7pagi sebaik sahaja selepas melakukan warming up yang diketuai oleh Jordan Yeoh sendiri. Manakala peserta bagi kategori 5KM pula dilepaskan sekitar jam 7.30pagi. Secara kasarnya saya lihat ramai peserta tahun ini dan mungkin saya anggarkan sekitar 5 – 7 ribu peserta. Setup pada flagoff pula saya lihat sangat cantik dibina dan nampak sangat “gah”.

Advertisements

Seperti yang dijangkakan pada 2-3KM pertama laluan larian melalui jalan Maeps yang berbukit namun agak santai kerana dapat menikmati pemandangan hijau yang menyegarkan. Terdapat 3-4 “halangan” unik yang dihidangkan bagi memberi semangat kepada pelari. Wind Tunnel iaitu terowong berangin yang memberi udara dingin kepada pelari yang melalui terowong ini. Manakala Mist Tunnel pula adalah terowong yang memberikan semburan air kepada pelari untuk memberikan rasa kesegaran dan semangat untuk meneruskan larian.

coway run 2018

Pemandangan hijau yang menenangkan

coway run 2018

Suasana ketika berlari

Route larian Coway Run 2018 ini selain melalui jalan tar, ada juga sebahagiannya yang melalui jalan bertanah iaitu ke ladang nenas. Saya yang pertama kali lari di sini rasa begitu enjoy dan rilek sahaja berlari di kawasan ni. Lebih-lebih lagi cuaca pada pagi tersebut sangat baik dan tidak terlalu panas. Namun begitu, bagi pelari yang tidak bersedia berlari di kawasan bertanah dan memakai kasut “mahal” terpaksalah meredah sedikit kawasan berlecak dan kotor.

Secara keseluruhannya pengalaman berlari di Coway Run 2018 specifically di MAEPS Serdang ni amat baik. Tiada masalah di water station dan semua kemudahan asas disediakan. Tetapi sebenarnyapengalaman yang lebih menyeronokkan adalah selepas berlari kerana macam-macam aktiviti menarik disediakan oleh pihak Coway. Kawasan food area yang dipanggil Korean Village dah seakan-akan korean food festival kerana semuanya menjual semua makanan korea.  Setupnya pula dengan kerusi meja kayu dah macam ala-ala cafe hipster sememangnya membuatkan ramai yang tak terus balik selepas selesai berlari. Makanan kat sini semuanya sudah tentulah kena beli, tetapi lori Milo percuma still ada juga.

coway run 2018

Food area selepas berlari

coway run 2018

Antara makanan korea yang dijual

coway run 2018

Beat The Heat

Selain itu juga, beberapa permainan dan booth yang disediakan di kawasan sekitar juga turut menjadi perhatian pengunjung termasuklah saya sendiri. Terdapat satu kawasan aktiviti yang membolehkan kita bermain buih seakan-akan snow kononnya. Bukan selalu dapat berparty buih macam ni kan?

coway run 2018

Party Buih

coway run 2018

Seronok juga main buih

Pada acara yang sama juga, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa kawan runner yang lain seperti Kura-Kura Runner yang famous dengan trademark baju melayunya (tapi masa tu tak run dengan baju melayu) serta Izzah iaitu podium trail runner. Seronok juga bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan runner macam ni sebab masa run memang tak nampak dorang sebab dorang dah lari ke depan.

Selain tu juga, saya berkesempatan berjumpa sekali lagi idola saya iaitu Jordan Yeoh. Kalau nak tahu, saya suka sangat menonton video-video workout oleh Jordan Yeoh dan bila dapat berjumpa face to face macam ni ianya terus memberikan motivasi kepada diri saya. Saya sempat berborak sekejap dengan Jordan dan tak sangka dia masih ingat saya dari Coway Run 2017. Saya sangat kagum dengan Jordan sebab dia bukan sahaja seorang yang maskulin dan mempunyai bentuk badan yang “sado” tetapi dia juga mementingkan berlari sebagai sebahagian dari aktiviti cardio. Sebab ramai orang yang bila fokus pada membentuk badan untuk kelihatan lebih muscular, mereka akan stop berlari sebab takut muscle mengecil. Tetapi berbeza dengan Jordan, dia workout secara balance dan masih dapat mengekalka bentuk badannya.

coway run 2018

Kawan runner, Izzah dan Kura-Kura Runner

coway run 2018

Bersama idola saya, Jordan Yeoh

Itu sahaja perkongsian pengalaman saya sendiri di Coway Run 2018. Saya ucapkan tahniah kepada Coway kerana berjaya meletakkan satu standard dalam acara Coway Run dan setiap tahun pelari Malaysia akan looking forward untuk sertai.

Untuk info lanjut mengenai Coway Run boleh layari http://cowayrun.com.my/

 2,022 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

17 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.