Acara Putrajaya Night Marathon 2018 merupakan diantara acara larian marathon yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan runner. Menghidangkan pilihan larian sejauh 42Km dan 21KM serta jarak larian lain yang lebih rendah, kebanyakkan pelari suka berlari di Putrajaya kerana laluan yang kurang berbukit,  mendatar dan lebih-lebih lagi ianya diadakan pada waktu malam. Namun begitu, untuk berlari dalam cara Full Marathon dan Half Marathon bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap pelari harus mempunyai latihan dan persediaan yang cukup disamping pengawalan makanan yang seimbang.

Putrajaya Night Marathon 2018 merupakan penyertaan Half Marathon yang ke 4 saya dan terus terang saya rasa sangat excited kerana kali ni saya boleh dikatakan sudah bersedia dari segi fizikal dan latihan larian. 2 bulan sebelum acara ini saya sudah melalui beberapa latihan larian setiap hari termasuklah mengamalkan makanan seimbang dan sihat. Salah satu pemakanan yang saya amalkan adalah dengan mengambil ubi kentang dan khususnya Potatoes USA. Bila saya banyak berlatih, saya perlukan tenaga dan proses recovery yang lebih cepat. Ramai yang beranggapan pisang adalah pilihan yang lebih baik untuk memberikan tenaga kerana mengandungi potassium yang tinggi. Tetapi sebenarnya ubi kentang mengandungi lebih banyak potassium dari pisang.

Putrajaya Night Marathon 2018

Potatoes USA booth di Putrajaya Night Marathon 2018

Putrajaya Night Marathon 2018

Kentang baik untuk diet

Di Putrajaya Night Marathon 2018, salah satu booth yang menarik perhatian saya adalah booth Potatoes USA. Pertama kali menjadi penaja bersama bagi acara ini, sebenarnya nama Potatoes USA sangat terkenal di negara barat dengan menjadi penaja bagi acara besar seperti Ironman dan sebagainya. Jadi bila saya nampak je booth Potatoes USA di Putrajaya Night Marathon 2018 dah terasa seperti atlet Ironman. Terdapat sampel makanan berasaskan ubi kentang diedarkan di booth ini sebelum dan selepas larian diadakan.

Advertisements
Putrajaya Night Marathon 2018

Suasana sebelum flagoff

Sekitar 8:15pm, peserta bagi kategori 42KM mula dilepaskan berlari. Suasana di hadapan POJ sungguh meriah dengan gelombang pelari yang bersemangat memulakan larian. Namun begitu, beberapa minit kemudian, guruh mula berdentum. Putrajaya dalam sekelip mata mulai dibasahi hujan. Saya yang berada di dalam barisan pelari untuk 21KM juga terkejut dengan perubahan cuaca tersebut. Namun begitu, larian masih diteruskan dan kumpulan pelari bagi 21KM dilepaskan juga selepas beberapa minit berlakunya sedikit kelewatan.

Hujan turun begitu lebatnya ketika saya mula berlari. Pada KM5, hujan turun dengan kilat sabung menyabung. Namun begitu saya masih meneruskan larian kerana tiada arahan dari pihak penganjur untuk menangguhkan larian. Namun pada KM11, akhirnya penganjur meminta pelari untuk mengambil laluan yang berbeza dan menghala ke garisan permulaan. Saya berasa lega larian diberhentikan kerana berlari di dalam hujan yang lebat sangat merbahayakan keselamatan.

Walaupun saya tak berjaya menamatkan larian sejauh 21KM, tetapi saya rasa bersyukur kerana yang penting saya terus berlari sehingga ke garisan penamat tanpa putus asa. Akhirnya saya dapat mengumpul larian sejauh 14KM pada malam tersebut. Saya dan pelari-pelari lain masih diberi medal serta finisher tee sebagai tanda penyertaan. Pelari bagi kategori 10KM dan 5KM pula dimaklumkan tidak dilepaskan untuk berlari dan terus diberikan medal. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang larian berlangsung. Ini merupakan satu keputusan yang bijak yang diambil oleh pihak penganjur bagi menjaga keselamatan pelari.

View this post on Instagram

 

. QUIT AT NEVER . [Swipe left untuk tengok video] Larian di Putrajaya Night Marathon kali ini dibatalkan kerana hujan lebat. Sekali lagi saya kecewa kerana gagal menamatkan larian Half Marathon saya selepas @mandirijktcitymarathon yang turut dibatalkan minggu lepas . Walaupun larian berbaki 7KM lagi namun atas sebab-sebab keselamatan larian malam ni terpaksa dibatalkan. Saya akur dengan keputusan pihak penganjur . Hujan mula turun sebaik saja pelari dilepaskan. Antara tidak pasti kerana hujan mulai lebat saya tetap mulakan larian. Pada 5KM pertama memang terlalu mencabar. Hujan terlalu lebat dengan kilat sabung menyabung dan paras air naik pada beberapa kawasan. Ada ketikanya saya berlari meredah air sehingga paras kasut seakan-akan trail run. Saya juga menghadapi masalah untuk melihat sebab cermin mata saya berkabus ketika hujan. Kasut dah lembab dan baju serta seluar dah lencun menambah beban ketika berlari . Saya dan pelari-pelari lain masih meneruskan larian kerana tiada amaran untuk berhenti. Saya kagum dengan petugas di water station kerana masih menjalankan tugas dengan memberi air minuman meskipun tau air tu dah bercampur dengan air hujan. Kebanyakkan pelari layan je memahami . Sekitar KM9 nampaknya cuaca dah mula redha. Sedar tak sedar rupanya saya dah berlari hampir 1 jam dalam hujan lebat. Rupanya saya lari lebih laju ketika hujan lebat sebab fikir nak sampai awal dan nak selamatkan diri. Di KM11, pihak penganjur suruh ikut laluan alternatif bagi memendekkan jarak larian. Akhirnya saya hanya mampu berlari sejauh 13.9KM pada malam ini. Medal dan baju finisher tetap diberikan oleh pihak penganjur . Mungkin belum rezeki saya malam ni. Doakan saya tak demam esok. Sekian karangan saya untuk PNM2018 . #pnm2018 #runningmotivation #putrajayanightmarathon2018 #mohdzarindotcom #putrajaya #runnerlife #ootd #nightphotography #sonya7

A post shared by MohdZarin.com (@mohdzarindotcom) on

Apa-apapun persediaan untuk menyertai acara larian seperti ini amat penting. Sehingga kini saya masih mengamalkan pengambilan ubi kentang sebagai salah satu menu diet harian saya kerana saya yakin dengan khasiatnya dapat menyediakan saya di dalam acara larian. Ianya flexible dan sesuai diambil sebelum ataupun selepas larian.

Kalau sesiapa tak pernah mencuba Potatoes USA sebelum ni, lepas ni cubalah. Saya dah buat perbandingan Potatoes USA dengan ubi kentang yang lain. Perbezaannya adalah dari rasa dan kualiti kentangnya. Masaklah apa sekali pun, Potatoes USA mempunyai rasa yang lebih sedap dan padat. Oklah, lepas ni saya akan cuba kongsikan beberapa resepi ubi kentang saya pula. Tunggu ya~

Putrajaya Night Marathon 2018

Medal Putrajaya Night Marathon 2018

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanju tentang Potatoes USA boleh baca artikel pengenalan saya.

 6,372 total views,  2 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.