Tag - Shopping

Uniqlo AIRism Face Mask Review

Kali ni saya nak review di antara salah satu face mask yang paling cepat laku dan sold out di Malaysia iaitu keluaran dari Uniqlo. Kalau tak percaya, saya sendiri susah nak dapatkan mask ni walaupun sudah mula berada di pasaran Malaysia semenjak 14 Sept yang lalu. Ini pun saya sempat beli ketika stok baru sampai di Uniqlo AEON Mall Shah Alam. Jadi inilah dia Uniqlo AIRism Face Mask iaitu mask yang diperbuat dari fabrik berkualiti AIRism yang dikatakan sungguh sejuk dan ringan. Ada yang cakap dengan saya, Uniqlo AIRism face mask ni sungguh ringan sampai tak perasan bila kita sedang pakainya dimuka. Betul ke apa yang orang review tu? Kalau nak tau apa pula pendapat saya teruskan membaca.

Uniqlo AIRism Face Mask

Untuk AIRism mask ni, Uniqlo telah mengeluarkan 2 jenis iaitu warna hitam dan putih. Setiap peknya dijual dengan harga RM39.90 dan mengandungi 3 unit di dalamnya. Rekaan pek untuk mask hitam dan putih adalah sama tetapi dibezakan dengan label hitam di bahagian atas peknya. Terdapat 3 saiz untuk mask ini iaitu S, M dan L. Untuk review saya ini, saya membeli saiz L yang dikatakan lebih sesuai untuk lelaki.

Uniqlo AIRism Face Mask adalah washable

Terdapat pilihan warna hitam dan putih

Read More

231 total views, 2 views today

Review Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Sebaik saja topeng muka KN95 Edisi Khas Abstrax Jingga diumumkan untuk pre-order, saya terus membuat tempahan online kerana takut kehabisan stok. Memang betul jangkaan saya kerana ianya laku seperti goreng pisang panas sehingga dicetak kali ke-2 dan masih juga kehabisan stok. Di saat artikel ini ditulis, Abstrax tidak lagi mengeluarkan dan menjual topeng muka KN95 ini di atas faktor-faktor tertentu. Ini bermakna, topeng muka KN95 Abstrax yang terdapat pada tangan saya ini adalah versi limited edition dan mungkin tak ramai yang memilikinya.

Sebenarnya semasa saya membuat tempahan online topeng muka KN95 ini, terdapat beberapa perbalahan di media sosial mengenai fungsi dan objektif pengeluaran topeng muka ini. Dari sudut peminat “kipas susah mati” Abstrax, pengeluaran topeng muka KN95 edisi khas ini merupakan berita gembira kerana ianya begitu unik dan cantik. Alang-alang dapatlah kelihatan bergaya sikit walaupun memakai topeng KN95 untuk melindungi diri dari virus COVID-19. Itulah yang didebatkan kerana dari sudut kesihatan, topeng muka KN95 yang tidak boleh dibasuh semula haruslah dibuang dan tidak boleh digunakan semula. Terdapat juga segelintir dari netizen yang berpendapat harga yang dijual adalah harga “yahudi” dan ingin mengaut keuntungan semata-mata di kala musim COVID-19.

Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Packaging Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Read More

2,263 total views, no views today

Smiggle KLCC

Rasanya pasti ramai peminat Smiggle dah tahu yang Smiggle dah pun membuka cawangan terbaru mereka di KLCC dan yang pertama di Malaysia. Kalau sebelum ni, cawangan paling dekat adalah di Singapore kini semudah di KLCC saja. Bagi yang tak tahu pula, Smiggle ni merupakan jenama yang berasal dari Australia  dan amat terkenal dengan barangan cenderamata yang berwarna-warni. Sebelum ni saya selalu shopping barang Smiggle di Vivo City Mall di Singapore tapi sekarang ni nak shopping hari-hari di KLCC pun boleh.

Smiggle KLCC

Smiggle KLCC

Smiggle KLCC

Promosi 2 untuk RM18

Smiggle di KLCC terletak di tingkat 2 dan berdekatan dengan escalator. Sekali pandang, cawangan Smiggle ni tidaklah sebesar di Singapore tapi cukup untuk mempamerkan macam-macam barangan yang berwarna-warni. Dari alat tulis, peralatan melukis hinggalah kepada beg pelbagai saiz yang terdiri dari warna pink, hitam, hijau dan biru. Memang sesuai untuk sesiapa yang kumpul barangan Smiggle dan simpan sebagai koleksi. Boleh dikatakan, dari taknak beli pun akhirnya nak terbeli juga barangan kat sini.

Smiggle KLCC

Sebahagian dari peralatan dan alat tulis

Read More

27,838 total views, 1 views today

AEON Mall Shah Alam gaya Jepun

Warga Shah Alam terutamanya yang duduk berdekatan dengan Seksyen 13 pasti amat teruja dengan AEON Mall Shah Alam yang serba baru ini. Saya berkesempatan menjejakkan kaki ke sini pada hari pertama pembukaan AEON Mall Shah Alam dan seperti yang saya jangkakan keadaan kat sini memang padat dengan manusia. AEON Mall ini dilihat sebagai diantara AEON terbesar yang pernah didirikan di Malaysia selain AEON Station 18, Ipoh. Berbeza dengan AEON yang lain yang dikategorikan sebagai AEON Shopping Centre, AEON “Mall”, adalah lebih besar dan luas.

Bila masuk saja ke dalam AEON Mall Shah Alam ni perbezaan ketara yang terus dirasai adalah rekaan dalaman dan susun atur kawasan-kawasannya. Perasaan seolah-olah berada di AEON Mall di Jepun memang wujud lebih-lebih lagi terdapat bahagian yang khusus menjual barangan Jepun sahaja iaitu Japan Street.maps

AEON Mall Shah Alam

AEON Mall Shah Alam

Read More

58,696 total views, 2 views today

Freeport A’Famosa Outlet Village

Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah Melaka dikatakan lokasi terbaru bagi peminat barangan berjenama sama seperti di JPO ataupun di Mitsui Outlet Park Sepang. Kemunculan lokasi shopping terbaru ini menjadikan lebih banyak sebab kenapa harus datang ke Melaka turut dipanggil sebagai Melaka Premium Outlet. Tapi adakah Freeport A’Famosa Outlet Village ini setanding dengan JPO? Itulah soalan yang ramai orang tanya. Untuk melihatnya sendiri mari kita tengok apa yang ada kat dalam.

Melaka Premium Outlet

Kawasan parking outdoor yang luas

Melaka Premium Outlet

Rekaan blok-blok kedai yang unik

Freeport A’Famosa Outlet Village baru saja dibuka pada penghujung tahun 2015. Keseluruhan kawasan ini dibina di kawasan perkampungan di Alor Gajah dan perjalanan selepas tol akan melalui jalan kampung 2 lane sebelum boleh sampai ke sini. Kemudahan parkingnya agak luas dan selesa. Pertama kali datang ke sini pasti akan terus teruja dengan rekaaan bangunannya yang unik dan menarik. Ianya seakan-akan rekaan bangunan lama yang telah dimodenkan. Mungkin ada sedikit unsur-unsur bangunan di Belanda dengan rumah berupa kincir angin. Read More

19,708 total views, no views today

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Pasti ramai yang dah pergi ke Mitsui Outlet Park yang terletak berhampiran dengan airport di KLIA. Mitsui ni bukan saja berhampiran dengan KLIA, tapi ianya merupakan diantara tarikan terbaru apabila berkunjung ke Sepang. Peluang untuk shopping dengan harga murah ini juga amat sesuai bagi sesiapa yang akan menaiki flight di KLIA2 kerana lokasinya yang begitu hampir. Tak perlu takut terlepas flight kerana pelbagai kemudahan disediakan di sini.

Selepas ni dah tak perlu pergi ke JPO lagi untuk dapatkan barangan season lepas dengan harga murah. Perjalanan dari Shah Alam ke Mitsui Outlet Park tak lebih dari 1 jam saja.

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta Mitsui Outlet Park di Jepun

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Rekaan dalaman di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta di dalam Mitsui

Mitsui Outlet Park sebenarnya berasal dari Jepun. Mitsui merupakan rangkaian premium outlet yang terkemuka di Jepun. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Jepun, pasti pernah singgah ke Mitsui Outlet Park kerana di Jepun mereka mempunyai 12 cawangan di bandar-bandar utama. Saya sendiri pernah berkesempatan mencuci mata di Mitsui Outlet Park Makuhari. Tak sangka sekarang Mitsui dah berada di Malaysia.

Read More

16,530 total views, no views today

Shopping Duty Free di Langkawi

Pulau Langkawi sememangnya dikenali sebagai syurga membeli belah bagi kaum wanita. Semua barangan pinggan mangkuk serta barangan keperluan rumah dijual dengan harga yang terlalu murah kerana semuanya dijual tanpa dikenakan cukai. Percutian ke Langkawi pasti tak lengkap sekiranya tak mencuci mata dan meneman orang rumah membeli belah di kedai-kedai Duty Free di Langkawi.

Sekiranya memang ke Langkawi untuk bershopping, saya cadangkan booklah hotel di kawasan Pekan Kuah seperti Adya Hotel Langkawi kerana semua kedai duty free terletak di kawasan sini.

Ada banyak kedai Duty Free di Langkawi, tetapi diantara yang terkenal adalah Kompleks Haji Ismail Group.

Kompleks Haji Ismail Group

Saya kagum bila membaca sejarah mengenai Haji Ismail Group. Bermula dari tahun 1987, Haji Ismail hanya berniaga secara kecil-kecilan di Pekan Kuah dan pada awal tahun 2015, Perniagaan Haji Ismail Group telahpun diperbadankan. Bangunan Kompleks Haji Ismail Group (HIG) ini sangat besar dan tinggi. Dari jauhpun kita dah boleh nampak. Bangunan HIG ini juga turut bersambung dengan Hotel HIG yang juga baru dibina. Pada bahagian hadapannya pula terdapat deretan kedai, surau dan medan selera yang sangat selesa.

Shopping Duty Free Langkawi

Haji Ismail Group

Shopping Duty Free Langkawi

Perniagaan HIG merupakan diantara yang terkenal

Shopping Duty Free Langkawi

Kawasan yang luas dan selesa

Di HIG, kita boleh membeli apa saja yang dijual di pulau Langkawi. Dari pelbagai pilihan pinggan mangkuk, periuk, sudu besi, beg, kain pelikat hinggalah coklat yang murah semuanya dijual di sini. Pendek kata, HIG ni dah macam one stop centre yang amat berbaloi. Menurut kata orang perempuan yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini harga-harga pinggan, harga kat sini secara kasarkan adalah lebih murah dari KL. Perbezaan harga kadang-kadang boleh mencecah sehingga 50%. Memang tak hairanlah kalau si suami dilupakan sekejap sekiranya membawa si isteri di HIG. Read More

124,114 total views, 2 views today

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 1) – Salam Kenal

Salam semua~ Post “Hati Ku Di Jakarta” ini merupakan travelog saya berkaitan kunjungan saya ke Jakarata pada bulan Jun 2012. Di dalam bulan ini sahaja saya dah dua kali ke Jakarta untuk urusan yang berbeza. Sebenarnya ini bukanlah kunjungan pertama saya ke Jakarta. Saya pernah datang ke Indonesia beberapa kali termasuklah ke Semarang dan Bandung.

Pada awalnya saya hanya ke Jakarta bersama Ruhal untuk menghadiri meeting dengan KPJ bahagian Jakarta berkaitan acara yang bakal diadakan. Pada tarikh acaranya nanti, saya akan membawa seramai 24 orang dari Malaysia termasuklah 7 maskot dan 7 pelakon suara seperti Upin, Ipin, Mei Mei, Ehsan dan ramai lagi. Jadi meeting kali pertama ini lebih kepada perancangan secara logistik dan perbincangan berkaitan dengan flow acara dan sebagainya.

Lokasi bakal acara iaitu di Rumah Sakit Medika BSD
Walaupun meeting di Jakarta ini memerlukan proses yang panjang (naik flight, hotel etc) namun meetingnya tidaklah begitu memakan masa. Saya dan Ruhal sempat juga dibawa berjalan-jalan oleh wakil rakan niaga kami di Jakarta iaitu Hifen untuk shopping apa yang sempat. Seperti yang diketahui, Jakarta amat sesak dengan kenderaan dan jem ataupun macet dalam bahasa Indonesia sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kami memerlukan masa yang agak lama untuk kesesuatu destinasi walaupun sebenarnya ianya tidaklah begitu jauh. Tempat yang sempat kami pergi adalah di Thamrin City yang terkenal dengan telekung sembahyang dan pakaian batik. Di sini hampir kesemua kedai menjual pakaian untuk muslim dengan harga yang sangat murah. Saya sendiri sempat membeli beberapa kain pelekat dan telekung untuk hadiah. Hehe…
Shopping Centre Read More

1,854 total views, no views today