Smiggle sebenarnya adalah sebuah jenama yang berasal dari Australia dan menjual pelbagai jenis barangan cenderamata yang berwarna-warni. Setahu saya Smiggle tidak mempunyai cawangan di Malaysia tetapi yang paling hampir dengan Malaysia adalah di Singapore. Bagi yang pernah bercuti ke Australia seperti di Melbourne, Sydney ataupun Perth, pasti dah selalu tengok butik Smiggle sebab di sana memang banyak cawangan Smiggle.

Apa yang saya suka mengenai Smiggle adalah kepelbagaian cenderamatanya yang dalam pilihan warna yang sungguh ceria. Kali ni saya nak bawa anda semua ke outlet Smiggle terbesar di Singapore iaitu di Vivo City Mall.

Smiggle Singapore

Beberapa barangan di Smiggle Singapore

Smiggle Singapore

Tempat letak barang

Smiggle Singapore

Headphone Hijau

Sekilas pandang, Smiggle ni macam kedai alat tulis biasa yang menjual pen, buku dan sebagainya. Tetapi sebenarnya Smiggle menawarkan lebih dari itu. Smiggle turut menjual beberapa cenderamata yang eksklusif dan tidak di jual mana-mana. Sebagai contohnya adalah tabung unik, bekas pensel, jam elektronik, headphone berwarna-warni dan banyak lagi design yang menjadi trademark bagi Smiggle.

Advertisements

Pilihan alat tulisnya pula sangat banyak. Dari pen tekan, pen gantung, pen banyak warna hinggalah macam-macam pilihan yang ada. Pendek kata, kalau masuk ke Smiggle ni dari niat taknak beli, mesti akan beli something juga.

Smiggle Singapore

Beg merah

Smiggle Singapore

Pensel warna

Smiggle Singapore

Kotak pensel Pink

 Saya boleh katakan semua produk Smiggle yang saya pernah beli sangat berkualiti dan tahan lasak. Walaupun harganya sedikit mahal jika dibandingkan dengan jenama lain, tetapi mengumpul jenama Smiggle adalah sesuatu yang tidak merugikan. Beberapa design Smiggle juga sering diubah mengikut musim dan masa. Jadi tak hairanlah peminat sejati jenama Smiggle akan mengumpul semua design mengikut musim-musim tertentu.

Smiggle Singapore

Macam-macam lagi produk berwarna pink

Smiggle Singapore

Macam-macam pilihan pen

Smiggle Singapore

Pelbagai produk Smiggle

 Memang betul Smiggle menggunakan konsep warna yang cerah dan ceria. Terdapat beberapa warna yang digunakan sebagai warna asas dan setiap produk di sini disusun mengikut warna-warna tersebut. Diantaranya adalah warna hijau, pink, biru, merah dan hitam. Jadi kalau seseorang tu peminat warna pink contohnya, adalah lebih dari 50 pilihan produk berwarna pink untuk dipilih. Kalau kita beli apa-apa produk kat Smiggle ni, mesti orang akan tanya beli kat mana.

Smiggle Singapore

Kotak pensel warna hijau

Kali terakhir saya sampai di sini, kalau tak salah ada warna oren. Tapi dimaklumkan semua design warna oren telah ditukar dengan warna yang lain. Kesian saya tak dapat beli produk warna oren.

Smiggle Singapore

Keychain Z

Smiggle Singapore

Pensel berwarna warni

Smiggle Singapore

Pemadam berbentuk macaron

Smiggle Singapore

Keychain huruf pink

Smiggle Singapore

Stylus Pen yang stylo

Smiggle Singapore

Macam-macam lagi warna pink

Smiggle Singapore

Botol air warna pink pula

Smiggle Singapore

Pinky anyone?

Smiggle Singapore

Jam berwarna biru

Macam tu lah sedikit sebanyak rupa di dalam kedai Smiggle. Macam mana? Cantikkan? Rasa macam nak beli semua. Bagi sesiapa yang inginkan maklumat lanjut mengenai Smiggle bolehlah layari laman web rasmi mereka di http://www.smiggle.com.au/  

Smiggle Singapore

Yang ni gabungan 2 warna

Smiggle Singapore

Beg pula warna pink

copyright

 22,444 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

    • Hi, Isabel.
      If you wish to have them, i can help to source them and post it to you from JB.

      Visit my IG @kemsal.enterprise for my contact no.

      Thanks 🙂

  • anak akak tergila gila sngt dengn barngan smiggle ni. boleh beli online dr singapore ke?

    • Assalamulaikum, kak Rosni.
      Kalau nak saya boleh tolong belikan. I worked near Orchard Road.Saya boleh poskan dari JB.

      Visit IG @kemsal.enterprise for my contact no.

      Thanks 🙂

  • Hi abang Mohd Zarin, adik nak sangat beli barang smiggle tu, adik hari2 pergi kat google, pas tu adik tulis lah smiggle singapore adik tengok je rase mcm nak beli semuaaa je, kadang2 adik beli brng tu banyak skali adik dah siap adik tengok je, total semua 84.40 doller , ayah adik ade duit singapore tapi ade 5 doller tak dpt lah beli ??????.

  • Hello, Mohd Zarin
    I want to buy a specific smiggle’s pencil case for my niece ?
    Can you tell me the location of smiggle’s store in vivo city ?
    Or is there any other location other in vivo city mall which i can go to ?
    Thank you before ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.