Pulau Langkawi sememangnya dikenali sebagai syurga membeli belah bagi kaum wanita. Semua barangan pinggan mangkuk serta barangan keperluan rumah dijual dengan harga yang terlalu murah kerana semuanya dijual tanpa dikenakan cukai. Percutian ke Langkawi pasti tak lengkap sekiranya tak mencuci mata dan meneman orang rumah membeli belah di kedai-kedai Duty Free di Langkawi.
Sekiranya memang ke Langkawi untuk bershopping, saya cadangkan booklah hotel di kawasan Pekan Kuah seperti Adya Hotel Langkawi kerana semua kedai duty free terletak di kawasan sini.
Ada banyak kedai Duty Free di Langkawi, tetapi diantara yang terkenal adalah Kompleks Haji Ismail Group.
Kompleks Haji Ismail Group
Saya kagum bila membaca sejarah mengenai Haji Ismail Group. Bermula dari tahun 1987, Haji Ismail hanya berniaga secara kecil-kecilan di Pekan Kuah dan pada awal tahun 2015, Perniagaan Haji Ismail Group telahpun diperbadankan. Bangunan Kompleks Haji Ismail Group (HIG) ini sangat besar dan tinggi. Dari jauhpun kita dah boleh nampak. Bangunan HIG ini juga turut bersambung dengan Hotel HIG yang juga baru dibina. Pada bahagian hadapannya pula terdapat deretan kedai, surau dan medan selera yang sangat selesa.
Di HIG, kita boleh membeli apa saja yang dijual di pulau Langkawi. Dari pelbagai pilihan pinggan mangkuk, periuk, sudu besi, beg, kain pelikat hinggalah coklat yang murah semuanya dijual di sini. Pendek kata, HIG ni dah macam one stop centre yang amat berbaloi. Menurut kata orang perempuan yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini harga-harga pinggan, harga kat sini secara kasarkan adalah lebih murah dari KL. Perbezaan harga kadang-kadang boleh mencecah sehingga 50%. Memang tak hairanlah kalau si suami dilupakan sekejap sekiranya membawa si isteri di HIG.
Diantara jenama yang sering mendapat tumpuan dan sering dicari oleh setiap orang yang datang ke Langkawi adalah seperti Tefal, Corelle, Joseph Joseph, HappyCall, Pyrex, CorningWare dan banyak lagi. Seperti yang saya dah bagitahu, semua barangan kat sini lebih murah jika dibandingkan dengan di KL sekurang-kurang 50%.
Berikut adalah harga duty free di Langkawi :
Set Periuk HappyCall (4 Unit) : Biasa : RM799 / Langkawi : RM350
Set Corningware (Plain) (5 Unit) : Biasa : RM1300++ / Langkawi : RM499
Set Corningware (Corak) (5 Unit) : Biasa : RM1800++ / Langkawi : RM679
Sudu/Garfu Stainless Steel (2pcs) : Biasa : RM10++/ Langkawi (6 Pcs): RM12
Ruang bershopping di HIG sangat selesa kerana ianya sangat luas.
Bagi kaki GoShop pula, bolehlah tengok beberapa produk yang sama dijual di GoShop tetapi dengan harga yang lebih murah. Mula-mula saya pun tak percaya tetapi memang produk yang dijual adalah produk yang sama seperti di GoShop. Contohnya adalah seperti kuali HappyCall.
Di sudut coklat pula tidak kurang hebatnya. Semua coklat sememangnya dijual dengan harga yang rendah dan murah. Contohnya :
1 Pack Daim (300g) : Biasa – RM24 / Langkawi – RM15
1 kotak Kinder Bueno : Biasa- RM28 / Langkawi – RM18
Ada juga pilihan coklat yang tidak ada ataupun susah nak dibeli di KL seperti “Nutella & Go”, Ovamaltine Crunchy Cream dan banyak lagi. Jadi kalau datang tu kenalah beli sedap semua coklat kat sini memang sedap. Saya juga nak ingatkan coklat seperti Nutella & Go selalunya cepat habis. Jadi kalau sampai di mana-mana kedai di Langkawi tu terus je beli, jangan tangguh-tangguh lagi.
RAMS
Salah satu lagi kedai duty free yang terkenal adalah di RAMS. Lokasinya masih di Pekan Kuah dan sebenarnya tidaklah terlalu jauh dari HIG. “Waze” saja dan pasti akan sampai ke RAMS dengan mudah.
Kedai duty free RAMS adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan HIG tetapi masih mempunyai beberapa kelebihan. Bergantung kepada apa yang ingin dibeli, saya sarankan agar buat perbandingan harga diantara 2 kedai ini terlebih dahulu. Contohnya beberapa design Corelle dan CorningWare adalah lebih murah di RAMS. Tetapi ada pula beberapa design lain yang berharga sedikit mahal. Tapi apa-apapun bagi saya, samada RAMS atau HIG kedua-duanya merupakan kedai duty free yang termurah jika dibandingkan dengan tempat lain.
Di RAMS, saya membeli banyak pinggan putih pelbagai bentuk kerana di sini lebih banyak pilihan dan murah. Walaupun murah, tetapi ianya sangat berkualiti dan setanding pinggan di hotel. Bagi peminat pinggan pasti rasa macam nak beli semua pilihan pinggan di sini. Selain itu, di RAMS juga mempunyai pilihan sudu yang banyak dan berkualiti. Walaupun sedikit mahal dari HIG, tetapi sudu di RAMS adalah jenis stainless steel yang berat dan sangat berkualiti. Pilihan sudu ada dari yang tidak mempunyai corak sehinggalah kepada yang bercorak bunga.
Saya amat suka shopping di RAMS kerana khidmat pelanggan mereka yang cepat dan teratur. Semua barangan yang dibeli boleh dibungkuskan terus ke dalam kotak tanpa sebarang caj tambahan. Bagi yang bercadang ingin membawa (hand carry) kotak tersebut di dalam kapal terbang, saya sarankan jangan pack sudu dan garfu sekali. Barangan seperti sudu, pisau dan sebagainya haruslah dimasukkan ke dalam luggage dan tidak diberikan dibawa bersama di dalam flight.
Selain dari 2 kedai yang disebutkan, terdapat banyak lagi kedai-kedai duty free yang boleh dicuba.
- The Zon – Pantai Cenang
- Jetty Point Kompleks – Kuah
- Cenang Mall – Kuah
- Coco Valley -Pantai Cenang
Dalam pada shopping pinggan dan mangkuk tu jangan lupa pula beli minyak gamat sebagai cenderamata. Minyak gamat sangat terkenal di sini sehingga ianya dihasilkan di dalam pelbagai jenis dan kegunaan. Ada juga yang buat sup gamat. Siapa pernah rasa?
129,595 total views, 1 views today



















[…] membeli belah barangan dapur dan coklat yang murah-murah di Langkawi, pastikan tidak terlepas menjamu Laksa Ikan Sekoq bila berkunjung ke […]
xsangka ya pinggan mangkuk semua murah..tp hubby xmo beli ktenya xnk bawak brg byk..sooo..tengok sajalah..haha..nasib baik coklat murah ble beli
Iye. memang murah. Rasa macam nak beli sekali lagi je ni
Mohd Zarin recently posted…Japan Boat Takoyaki
samalah kita pergi jer tapi x blh beli pinggan mangkuk….tgk jer…beli coklat jer
Tgh di langkawi skrg..igt nk holiday n relax je. Tp baca entries psl shopping nie jd excited nk terjah jamu mata juga . ^_^
Oja Samid recently posted…Pengalaman Asingkan Sampah untuk Kitar Semula di Jepun
Tips yg berguna utk yg pertama kali ke langkawi cam saya ni,teme ksh 😎
Saya ad jual set tefal murah dr harga pasaran malaysia….saya amik stock direct dr uk…
Boleh check fb saya Estin Trada Kitchenware atau whatsapp saya0196660129
Tak zabaaaarrnyeee nk beli cekelaaaatt.rse mcm,turun je flight terus nk g shopping chocolate.. Woww??? terujanyaaaa
tumpang tanye…..tahu x waktu operasi tempat2 shoping ni
selalunya 10 pg- 10 mlm
9.00am to 9.00pm hari biasa.. klu weekend smpi 9.30pm.. ni dkt RAMS.. rase yg lain2 same jgk kot
[…] Langkawi terkenal dengan barangan bebas cukai seperti pinggan mangkuk dan coklat, Langkawi sebenarnya juga amat terkenal dengan pasar malam. […]
salam, saya nak tanya, kalau bawa knife set lepas ke masuk dalam luggage?
Kalau pisau… tak lepas, termasuklah sudu dan garfu
Review abang byk membantu saya dan kawan-kawan bercuti di Langkawi. Terbaik!
tumpang tanya kalau rokok bape katen bole beli?
seorang boleh 2 katen
Kalau beli rokok, simpan dalam luggage kita check in lps x?
Kalau barang elektronik ada pelepasan cukai tak?
Ye, bebas cukai
AssalamuAlaikum. Nk tnya. Kalau beli minyak gamat ada limit x?
Waalaikumsalam, saya kurang pasti tentang tu.. Maaf