Selain Langkawi terkenal dengan barangan bebas cukai seperti pinggan mangkuk dan coklat, Langkawi sebenarnya juga amat terkenal dengan pasar malam. Kalau bercuti ke Langkawi, jangan terlepas untuk singgah ke Pasar Malam di Langkawi kerana macam-macam makanan serta barangan ada dijual kat sini. Pasar Malam di Langkawi juga diadakan setiap hari bermula seawal jam 7 sehingga jam 10 malam di lokasi yang berbeza. Memang best sebab hari-hari ada pasar malam dan dapat makan makanan yang best-best.

Ini adalah jadual lengkap serta lokasi setiap Pasar Malam di Langkawi.

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Roti Pizza

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Pelbagai jenis kuih

Banyak betul jenis-jenis makanan yang susah nak jumpa ada dijual di Pasar Malam Langkawi. Ini termasuklah kuih tradisional serta kuih muih moden yang unik. Ada juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis ayam percik serta bahagian dalaman ayam yang dimasak dengan pelbagai jenis cara. Kuih moden seperti Pizza Roti serta air tempayan diantara yang unik dijual kat sini. Selain makanan, bagi penggemar rokok pula boleh dapatkan rokok tanpa cukai yang lebih murah dari harga di kedai. Secara puratanya harga yang dijual di pasar malam sudah tentulah berpatutan dan tidaklah mahal sangat. Jadi boleh kita makan banyak sikit.

Advertisements

Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasar malam Langkawi ni, tak hairanlah pasar malam ini juga turut dikunjungi oleh pelancong asing yang teringin nak makan makanan ala “street food” tempatan.

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Ayam percik

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Rokok pun ada dijual

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Kacang

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Goreng udang

Berikut adalah jadual lengkap lokasi Pasar Malam di Langkawi.

Jadual Lokasi Pasar Malam Langkawi
Ahad : Padang Matsirat
Isnin : Ulu Melaka
Selasa : Kedawang
Rabu : Kuah
Khamis : Temonyong
Jumaat : Ayer Hangat
Sabtu : Kuah

Masa : 7pm – 10pm

Jadi jangan lupa untuk singgah di mana-mana lokasi pasar malam mengikut hari yang telah dimaklumkan.

 39,290 total views,  4 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.