Tag - Langkawi

Nasi Dagang Pak Malau Makanan Wajib di Langkawi

Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara menu makanan yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Walaupun baru saja beroperasi sekitar 3 tahun yang lalu, Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok apa yang menarik di Nasi Dagang Pak Malau.

Nasi Dagang Pak Malau

Kedai Makan Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau

Suasana ketika awal pagi

Nasi Dagang Pak Malau

Pilihan masakan ayam

Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Tiada yang lagi indah selain dapat melihat sawah padi serta pemandangan kampung ketika sedang menjamu selera di sini. Nasi Dagang Pak Malau ni dibuka seawal jam 8pagi tetapi dengar katanya dalam jam 10-11 pagi kebanyakkan lauk dah habis. Jadi kalau nak datang ke sini, saya memang sarankan datanglah awal. Read More

 23,830 total views

Lokasi Pasar Malam di Langkawi

Selain Langkawi terkenal dengan barangan bebas cukai seperti pinggan mangkuk dan coklat, Langkawi sebenarnya juga amat terkenal dengan pasar malam. Kalau bercuti ke Langkawi, jangan terlepas untuk singgah ke Pasar Malam di Langkawi kerana macam-macam makanan serta barangan ada dijual kat sini. Pasar Malam di Langkawi juga diadakan setiap hari bermula seawal jam 7 sehingga jam 10 malam di lokasi yang berbeza. Memang best sebab hari-hari ada pasar malam dan dapat makan makanan yang best-best.

Ini adalah jadual lengkap serta lokasi setiap Pasar Malam di Langkawi.

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Roti Pizza

Lokasi Pasar Malam Langkawi

Pelbagai jenis kuih

Banyak betul jenis-jenis makanan yang susah nak jumpa ada dijual di Pasar Malam Langkawi. Ini termasuklah kuih tradisional serta kuih muih moden yang unik. Ada juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis ayam percik serta bahagian dalaman ayam yang dimasak dengan pelbagai jenis cara. Kuih moden seperti Pizza Roti serta air tempayan diantara yang unik dijual kat sini. Selain makanan, bagi penggemar rokok pula boleh dapatkan rokok tanpa cukai yang lebih murah dari harga di kedai. Secara puratanya harga yang dijual di pasar malam sudah tentulah berpatutan dan tidaklah mahal sangat. Jadi boleh kita makan banyak sikit.

Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasar malam Langkawi ni, tak hairanlah pasar malam ini juga turut dikunjungi oleh pelancong asing yang teringin nak makan makanan ala “street food” tempatan. Read More

 42,876 total views

Spiderman Langkawi Viral Berbasikal

Sewaktu bercuti ke Pulau Langkawi pada minggu lalu, saya tak sangka terserempak dengan Spiderman menaiki basikal. Kejadian aneh dan pelik ini sempat saya rakam ketika berada di sekitar Pekan Kuah. Spiderman ni menaiki basikal melalui tepi jalan utama dan akhirnya berhenti di KFC. Sepanjang perjalanan Spiderman ni, saya nampak ramai yang membunyikan hon serta menjerit “Spiderman” seolah-olah memberi sokongan kepada beliau.

Hasil dari kajian saya, rupanya lelaki yang memakai pakaian ala Spiderman ni sememangnya sudah dikenali oleh rakyat setempat. Kehadirannya di beberapa lokasi utama sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat Spiderman. Spiderman ini yang lebih gemar dikenali sebagai Spiderman Langkawi rupanya mempromosikan aktiviti berbasikal dengan gayanya yang tersendiri. Berpendapat aktiviti berbasikal semakin kurang mendapat perhatian, anak jati Langkawi ini mengambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan aktiviti riadah tersebut.

Spiderman Langkawi

Spiderman Langkawi berbasikal

Spiderman Langkawi

Spiderman di Dataran Lang

Spiderman Langkawi

Spiderman Langkawi bersama kanak-kanak

Read More

 8,228 total views

SkyCab dan SkyBridge Langkawi

Macam-macam aktiviti yang harus dilakukan bila bercuti ke Langkawi. Sebelum sampai ke sini lagi saya dah berazam nak naik cable car ataupun SkyCab di Langkawi sebab dengar kata ianya merupakan diantara tarikan utama kat sini. Langkawi SkyCab ini terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkawi iaitu di Oriental Village.

Banyak sebenarnya yang ada di sini termasuklah Langkawi SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Tak susah nak cari lokasi ni sebab kalau di Langkawi ni pusing-pusing akan sampai kat area tu juga.

Langkawi SkyCab

Papan tanda arah nak ke mana

Langkawi SkyCab

Banyak kedai-kedai di sini

Langkawi SkyCab

Nak main ni pun boleh

Suasana di dalam Oriental Village ni sangat santai. Kalau nak duduk-duduk je kat dalam ni sampai tengok gelagat orang pun dah cukup terhibur. Untuk ke kaunter tiket SkyCab, kita haruslah berjalan kaki sedikit ke dalam selama 5 minit. Jangan risau, takde lah jauh sangat. Boleh lagi mencuci mata sebab macam-macam dijual kat sini. Read More

 35,079 total views

Muzium 3D : Langkawi Art in Paradise

Sekarang ni memang famous betul dengan Muzium 3D. Tapi siapa sangka di Langkawi pun rupanya dah ada Muzium 3D yang bukan saja terkenal malahan telahpun dirasmikan oleh Tun Mahathir. Pada beberapa bulan selepas perasmian muzium ni pula, Tun datang sekali lagi bersama-sama dengan ahli keluarga beliau. Memang comel melihat aksi-aksi Tun bergambar kat sini. Saya juga dimaklumkan Langkawi Art In Paradise ini telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records sebagai  Muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan yang ke dua terbesar di dunia. Wah, memang betul-betul best kalau macam ni.

Art in Paradise Langkawi

Gambar 3D dipintu masuk

Art in Paradise Langkawi

Naik surfboard

Art in Paradise Langkawi

Pergi jumpa Gajah

Langkawi Art In Paradise ini sebenarnya terletak di dalam Oriental Village dan seluas 21,000 kaki. Ianya mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa. Selain dari Langkawi Art In Paradise, di Oriental Village ini juga adalah lokasi terkenal untuk menaiki SkyCab, DuckTours dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau datang ke sini dah macam cover separuh attraction di Langkawi. Read More

 16,821 total views

Laksa Ikan Sekoq Langkawi

Selain membeli belah barangan dapur dan coklat yang murah-murah di Langkawi, pastikan tidak terlepas menjamu Laksa Ikan Sekoq bila berkunjung ke sini. Laksa Ikan Sekoq ni sebenarnya dah jadi makanan wajib bagi setiap pengunjung kerana ianya bukan saja sedap tetapi lokasinya yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang membuatkan ianya sangat mudah dikunjungi.

Laksa Ikan Sekoq

Kedai No 08

Laksa Ikan Sekoq

Berada di tepi jalan raya berhampiran dengan lapangan terbang

Read More

 12,783 total views

Shopping Duty Free di Langkawi

Pulau Langkawi sememangnya dikenali sebagai syurga membeli belah bagi kaum wanita. Semua barangan pinggan mangkuk serta barangan keperluan rumah dijual dengan harga yang terlalu murah kerana semuanya dijual tanpa dikenakan cukai. Percutian ke Langkawi pasti tak lengkap sekiranya tak mencuci mata dan meneman orang rumah membeli belah di kedai-kedai Duty Free di Langkawi.

Sekiranya memang ke Langkawi untuk bershopping, saya cadangkan booklah hotel di kawasan Pekan Kuah seperti Adya Hotel Langkawi kerana semua kedai duty free terletak di kawasan sini.

Ada banyak kedai Duty Free di Langkawi, tetapi diantara yang terkenal adalah Kompleks Haji Ismail Group.

Kompleks Haji Ismail Group

Saya kagum bila membaca sejarah mengenai Haji Ismail Group. Bermula dari tahun 1987, Haji Ismail hanya berniaga secara kecil-kecilan di Pekan Kuah dan pada awal tahun 2015, Perniagaan Haji Ismail Group telahpun diperbadankan. Bangunan Kompleks Haji Ismail Group (HIG) ini sangat besar dan tinggi. Dari jauhpun kita dah boleh nampak. Bangunan HIG ini juga turut bersambung dengan Hotel HIG yang juga baru dibina. Pada bahagian hadapannya pula terdapat deretan kedai, surau dan medan selera yang sangat selesa.

Shopping Duty Free Langkawi

Haji Ismail Group

Shopping Duty Free Langkawi

Perniagaan HIG merupakan diantara yang terkenal

Shopping Duty Free Langkawi

Kawasan yang luas dan selesa

Di HIG, kita boleh membeli apa saja yang dijual di pulau Langkawi. Dari pelbagai pilihan pinggan mangkuk, periuk, sudu besi, beg, kain pelikat hinggalah coklat yang murah semuanya dijual di sini. Pendek kata, HIG ni dah macam one stop centre yang amat berbaloi. Menurut kata orang perempuan yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini harga-harga pinggan, harga kat sini secara kasarkan adalah lebih murah dari KL. Perbezaan harga kadang-kadang boleh mencecah sehingga 50%. Memang tak hairanlah kalau si suami dilupakan sekejap sekiranya membawa si isteri di HIG. Read More

 129,621 total views

Pengalaman di Adya Hotel Langkawi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Rasanya dah berpuluh-puluh tahun saya tak menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Dah banyak yang berubah dan Langkawi dah tak macam dulu lagi. Selain aktiviti membeli belah di kedai duty free, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti menaiki SkyCab, Art in Paradise dan banyak lagi. Baru-baru ni saya telah bercuti selama 4 hari 3 malam di Langkawi dan saya telah memilih Adya Hotel sebagai tempat penginapan kali ini. Saya tahu mengenai Adya Hotel ni pun dari rancangan Romantika bersama Irma Hasmie dan semenjak dari itu saya dan wife dah pasang niat untuk datang ke sini.

Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang dan mula beroperasi pada awal tahun 2015.

Adya Hotel Langkawi

Bangunan paling tinggi di Pekan Kuah

 

Adya Hotel Langkawi

Rekaan bangunan bercirikan Islamik

Konsep Islamik

Adya Hotel terletak di tengah-tengah pekan Kuah dan memang lokasi strategik sekiranya ingin ke membeli coklat ataupun pinggan mangkuk di kedai duty free terkenal seperti di RAMS dan Haji Ismail Group. Bangunannya merupakan diantara yang tertinggi di kawasan pekan Kuah dan memang tak susah nak cari. Diantara keunikan Adya Hotel adalah hotel pertama yang berkonsepkan Islamik. Konsep Islamik yang diterapkan oleh Adya termasuklah dari rekaan arkitek bangunannya yang menggunakan konsep arabic dan corak-corak dinding seperti yang biasa kita lihat di masjid. Terdapat juga beberapa pokok kurma di hadapan pintu masuk hotel bagi memberi mood berada seperti di negara Arab. Read More

 33,827 total views

Laksa Ikan Sekoq Sedap ~!

Siapa yang tengah lapar dan tengah mengidam laksa ni saya pasti anda akan terliuq bila baca post saya kali ni. Pada kunjungan terakhir saya ke Kedah baru-baru ni saya sempat ke gerai “Laksa Ikan Sekoq” yang terletak di Alor Setar. Gerai ni pernah disiarkan di dalam surat khabar dan saya memang dah lama mencari gerai ni. 
Inilah dia gerai Laksa Ikan Sekoq
Laksa di gerai ni memang sangat sedap dan melihatkan gambar laksa ni je dah boleh membuatkan sesiapapun akan teringin nak rasa. Seperti yang diiklankan, laksa ni didatangkan dengan seekor ikan dalam setiap pinggan. Kuahnya sendiri dah ada isi ikan dan sememangnya lebih sedap bila dijamu dengan seekor lagi ikan. Walaupun ikannya tidaklah begitu besar, tetapi untuk ianya sudah cukup untuk hidangan sepinggan laksa. Siapa yang tak cukup tu, bolehlah tambah laksa dan kuah secara percuma. Ye, betul tu! Kalau nak tambah apa-apa je (kecuali ikan) memang percuma je. Dengar kata ada orang pernah menambah sehingga 4 kali tambah. Amboi, amboi.. melantak ke tu~ Hehe…

Hidangan Laksa Ikan Sekoq
Tapi apa-apapun pemilik gerai ni iaitu Fauzi Man tak risau sebab itulah diantara tarikan menarik digerai beliau. Katanya ramai pelanggan bukan sahaja dari Kedah malahan dari negeri lain juga turut datang untuk merasa sendiri kenikmatan sebenar laksa di sini. Saya sendiri secara jujurnya suka sangat dengan rasa laksa kat sini sebab bagi saya semuanya cukup rasa. Tambahan pula dengan adanya menu sampingan seperti cendul dan macam-macam lagi. Sebelum balik, barulah saya perasan ada menu unik iaitu Laksa Udang. Sempat pula saya bungkus laksa udang ni sebab ianya merupakan menu baru dan tiada ditempat lain.

Antara menu sampingan yang lain

 5,622 total views