Selain Bandung terkenal dengan makan yang best-best, bandung juga terkenal sebagai syurga bagi yang suka membeli-belah. Semasa saya bercuti-cuti ke Bandung tempoh hari, saya sebenarnya sudah dibawa ke merata tempat shopping seperti Rumah Tas, Cihampelas dan banyak lagi. Namun, dalam banyak-banyak tu Rumah Mode merupakan diantara tempat shopping yang paling menarik dan unik. Jom ikut saya jalan-jalan.
Rumah Mode ni sebenarnya adalah salah satu factory outlet yang terkenal di Bandung. Bila sampai je kat sini, rasa macam tengah memasuki kawasan muzium batu sebab ianya dikelilingi dengan arca batu seakan-akan patung dewa. Selain dari tu, di Rumah Mode ni anda akan rasa sangat tenang dan rilek je untuk berbelanja sebab di beberapa kawasan Rumah Mode ini ada disediakan kawasan rehat yang nyaman.
Kat sini saya sempat mencuci mata pelbagai jenis pakaian termasuklah seluar jeans. Harganya memang jauh lebih murah dan terlalu banyak pilihan yang ada. Secara puratanya, seluar jeans berjenama adalah di bawah RM100. Selain seluar jeans, kat sini jua ada menjual pakaian, pakaian bayi, kasut, beg, aksesori dan banyak lagi barangan berjenama. Haritu saya tak shopping sangat kat sini sebab saya memang tak mencari pakaian.
Tapi saya nampak orang lain borong seluar jeans sampai 2-3 beg sebab terlalu murah. Kalau sesiapa pernah sampai ke Indonesia, mesti dah pernah dengar penjual bercakap “Belanja ibu.. Belanja bapak…” yang bermaksud belilah barang yang dijualnya.
Selepas penat seharian berbelanja, bolehlah minum atau makan di cafe yang disediakan. Pilihan makanan kat sini boleh tahan sedap dan berpatutan. Kalau sesiapa yang dah lenguh-lenguh badan sebab banyak sangat bershopping pun boleh urut kaki atau full body massage di sini. Kiranya macam one stop centerlah kat sini.
Rumah Mode ini sememangnya salah satu tempat wajib untuk bershopping kalau ke Bandung. Ini adalah alamat Rumah Mode :
Bandung, Indonesia

15,149 total views, 3 views today












Keunikan Indonesia adalah patung-patung ukiran mereka.
Sangat unik dan berbeza.
Keunikan itu melambangkan budaya nenek moyang mereka.
Saya suka bandung.
Penah berkunjung ke atas atas urusan kerja.
Tak sempat nak shopping sakan sangat.
AZENI AHMAD recently posted…BerPaintBall di Tanamera, Sungai Buloh
Betul3… Saya pun rasa nak repeat Bandung lagi..
uikk..ramainya awek baju pink.
ohcikgu recently posted…Aliya RINDU ayah ye?
1st time OhCikgu terjah blog ni… hehe
Mohd Zarin recently posted…Lunch di Gerai Gugel