Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum teater Zombie LaLaLa terbitan CTRA Production bakal dipentaskan di Istana Budaya dan kini semua pelakon utama teater tersebut sedang giat berlatih. Semasa sesi script reading semalam, nampaknya semua pelakon memberikan komitmen menjayakan watak masing-masing. Walaupun baru saja fasa script reading, tapi suasana kelakar dan gelak tawa tak berhenti-henti kerana jalan cerita teater Zombie LaLaLa yang mempunyai elemen humor dan mesej tersirat.

Pengarah teater Zombie LaLaLa iaitu Aris Kadir  memberikan kata semangat kepada semua pelakon teater memandangkan sesi latihan yang singkat dan masa yang suntuk.

Zombie LaLaLa

Pengarah Aris Kadir memberi arahan

Zombie LaLaLa

Amy Mastura ler ni

Zombie LaLaLa

Janna Nick sangat bersemangat berlakon walaupun baru script reading

Zombie LaLaLa

Mei Fan berlakon sebagai watak Lili Poh

Zombie LaLaLa

Zulin Aziz

Diantara watak utama teater Zombie LaLaLa adalah Amar Bahrain, Zulin Aziz, Amy Mastura, Janna Nick, Hafreez Adam dan juga Siti Saleha. Di antara pelakon yang pertama kali berlakon teater adalah Janna Nick yang membawakan watak hantu MeMangNak yang berasal dari Thailand. Dengan menggunakan loghat utara bercampur Thailand, nampak macam watak yang dibawa oleh Janna Nick memang sesuai.

Advertisements

Manakala watak-watak lain seperti Amy Mastura yang melakonkan watak HappyWitch dan juga Zulin Aziz yang melakonkan watak Miss K sangat mencuit hati. Kedua-dua pelakon yang sangat berpengalaman ni pandai menambah dialog spontan sehingga tenaga produksi tak kering gusi ketawa.

Zombie LaLaLa

Fokus betul Amar Bahrain

Zombie LaLaLa

Pelakon-pelakon lain

Zombie LaLaLa

Beberapa ekspresi Janna Nick

Okay, itu baru saja latihan hari pertama dan belum lagi latihan tarian dan sebagainya. Jadi jangan tunggu saat akhir untuk dapatkan tiket untuk menonton teater Zombie LaLaLa ni.

Dapatkan tiket berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online diAirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya. Rock Corver & Victoria Music Centre.

 4,343 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.