Malaysia Social Media Week adalah acara tahunan yang wajib dihadiri bagi semua pengiat media sosial samada untuk syarikat ataupun individu. MSMW tahun ni seperti biasa memfokuskan kepada isu-isu semasa berkaitan dengan media sosial di dalam sesi talk dan summit mereka. Sudah 2 tahun berturut-turut saya menyertai sesi summit MSMW2016 dan ini adalah sebab mengapa saya akan teruskan lagi pada tahun ini.
Isu Media Sosial
Meskipun kita adalah pengguna harian media sosial seperti Facebook ataupun Instagram, namun teknologi media sosial ini sentiasa berkembang setiap hari. Ada saja info dan teknik-teknik terkini yang boleh diguna pakai yang dikongsikan oleh barisan speaker yang hebat. Kemahiran di dalam media sosial bukanlah sesuatu yang harus dipelajari pada sesuatu masa saja kerana teknologi ini tidak akan berhenti berkembang.
Pada tahun lepas saya mendengar talk dari @klubbkidd yang berkongsi idea bagaimana dia menggunakan twitter sebagai platform asas media sosialnya. Menurut @klubbkidd, tiada “Media Social Expert” kerana perkembangan media sosial terlalu laju dan cepat. Kita kena hari-hari belajar sesuatu yang baru.
Barisan Speaker Hebat
Setiap tahun saya akan nantikan siapakah speaker yang bakal berkongsi pengalaman. Speaker jemputan ini boleh terdiri dari yang amat dikenali sehingga yang tak pernah kita dengar sebelum ini. Tapi apa yang pasti semuanya berkongsikan pengalaman berharga mereka di dalam bidang masing-masing. Pada MSMW2015, saya teruja mendengar perkongsian dari blogger Working With Grace (Singapore) dan Sock Peng (Malaysia) mengenai situasi sebenar di dalam dunia blog.
Perkongsian VVIP
Tahun lepas ketika di MSMW2015 satu dewan riuh rendah mendengar ucapan dari VVIP yang terulung iaitu Tun Dr Mahathir. Jarang-jarang sekali saya dapat mendengar perkongsian Tun mengenai media sosial dan blog. Yelah, Tun kan ada blog CheDet.cc yang mempunyai ribuan pengikut dan pembaca setia.
Aktiviti Sosial Media
Sepanjang sesi summit MSMW ni sebenarnya kita bukan hanya mendengar sahaja tetapi ada saja aktiviti berkaitan dengan sosial media. Kadang-kadang ada hadiah yang diberikan untuk twitter terpantas ataupun menjawab soalan melalui twitter. Jadi sambil mendengar tangan kena cekap menaip kat twitter. Barulah kena dengan tema media sosial.

Ketika di MSMW2015
MSMW2016
Berikut adalah berapa speaker MSMW2016 yang telah diumumkan melalui laman web rasmi Malaysia Social Media Week 2016.
Bagi mereka yang nak join MSMW2016 masih belum terlambat dan boleh daftar secara online di laman web MSMW. Acara ini akan diadakan pada 7 – 13 Mac 2016 di Berjaya Times Square.
3,011 total views, 1 views today
Tahniah atas pencalonan. Content pun menarik dan layout cantik. Memang layak tercalon. Mudah-mudahan bloeh menang bro. Semoga berjaya.
Terima kasih banyak-banyak. Dapat pembaca baru blog pon saya dah bersyukur
kekadng sedih tgk mereka gelojoh guna media nak cepat kaya. berita x betul banyak juga tersebar
seri recently posted…Kelebihan SkinCare Shaklee YOUTH Penjagaan Muka Terbaru