Zaman sekarang ini platform YouTube sudah menjadi satu kemestian dan kewajipan bagi semua pengguna internet.  Macam-macam video dan cerita yang boleh ditonton di YouTube dari drama,iklan, muzik video hinggalah kepada program masakan. Jom kita tengok 10 YouTube Channel yang paling popular di Malaysia. ( Ranking ini adalah mengikut kemas kini pada 5 Ogos 2014)

10. Sunnah Rasul (215, 097 Subscribers)

Channel Sunnah Rassul ini mengumpulkan video-video ceramah berkaitan Islam dari serata dunia. Kebanyakkan video ceramah agama di channel ini adalah di dalam bahasa Inggeris.

Advertisements

http://www.youtube.com/user/sunnahrasul

10

9. DanKhoo Productions (221, 362 Subscribers)

YouTube Channel DanKhoo pula terkenal dengan video log nya yang mengambil topik berkaitan dengan isu semasa sebagai topik videonya. DanKhow juga suka menggunakan konsep “Manglish”bagi menyesesuaikan dengan minat penonton di Channelnya.

http://www.youtube.com/user/DanKhooProductions

09

8. Malaysia Kini (228, 383 Subscribers)

Malaysia Kini Channel seperti versi Laman web dan Facebooknya, channel ini mengumpulkan berita-berita semasa dari dalam dan luar negara di dalam bentuk video. Nampaknya agak ramai juga yang gemar menonton berita melalui Channel Malaysia Kini selain dari Channel Astro Awani.

http://www.youtube.com/user/malaysiakini

08

7. Les’ Copaque Production (232, 740 Subscribers)

Siapa yang tidak kenal dengan Upin & Ipin? YouTube Channel Les’ Copaque kini memuat naik pelbagai video pada setiap minggu. Diantara video yang mendapat perhatian adalah “Music Video” dan juga segment “Mari Mengeja”. Selain itu, banyak video-video lain yang juga dimuat naik adalah seperti video “Pada Zaman Dahulu” , “Diari Produksi”, Berita, Cita-Citaku dan banyak lagi.

http://www.youtube.com/user/lescopaque

07

6. Hamba Faqir (242, 787 Subscribers)

Channel Hamba Faqir menawarkan koleksi ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus. Dengan koleksi ceramah yang pelbagai dan banyak, tidak hairanlah Channel ini menjadi tumpuan bagi peminat penceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam tempoh 2 tahun, channel ini telah ditonton sebanyak 70 juta views.

http://www.youtube.com/user/Hambafaqir

06

5.  Ling Big Yong (295, 314 Subscribers)

Satu lagi Channel terkenal berkonsepkan VideoLog dan kali ini video-videonya lebih memfokuskan kepada video berbahasa cina. Ling Big Yong gemar menghasilkan video yang menggunakan isu-isu semasa terutama sekali cerita perihal pelajar.

http://www.youtube.com/user/purelukdex

05

4.  Mat Lufhti (370, 549 Subscribers)

Mat Lufhti merupakan salah seorang YouTubers yang paling terkenal di kalangan remaja.  Setiap videonya pasti menerima sekurang-kurangnya lebih dari 300 ribu views. Walaupun penghasilan videonya nampak mudah, tetapi yang menariknya adalah penceritaan dan mesej di dalam setiap video yang dihasilkan. Tahniah Mat Lufhti, teruskan menghasilkan video-video viral anda.

http://www.youtube.com/user/matluthfi90

04

3.  Name Wee (409, 549 Subscribers)

Name Wee adalah pengarah, penyanyi dan juga seorang Youtubers yang rajin. Di Channelnya ini sangat terkenal dengan music videonya yang viral serta promosi filem-filem arahannya. Diantara music video yang mendapat hits paling banyak adalah Malaysia Chabor iaitu sebanyak 6 juta views hanya dalam tempoh 2 bulan.

http://www.youtube.com/user/namewee

03

2.  JinnyBoyTV (449, 682 Subscribers)

Salah satu YouTube Channel yang paling berjaya sudah tentulah Channel JinnyBoyTV. Bermula dari Channel peribadi, channel ini telah berubah kepada brandingnya yang tersendiri. Merekalah yang memulakan viral “Aduben” dan pernah meletup dengan video “My GENERASI“. Kesemua video mereka dihasilkan dengan begitu kemas dan cantik.

http://www.youtube.com/user/JinnyboyTV/

 

02

1.  Astro Gempak (720, 234 Subscribers)

Dengan lebih dari 700 ribu subscribers, YouTube Channel Astro Gempak sememangnya tiada tandingan denan Channel lain. Telah memuatnaik lebih dari 5 ribu video, channel ini mengumpulkan video-video promo dari pelbagai program menarik di Astro. Fokus Channel Astrok Gempak adalah bukan pada total views per video tetapi lebih kepada promosi untuk program di Astro. Walaupun purata setiap video adalah sekitar 5 ribu sahaja, namun YouTube Channel Astro Gempak kekal di tempat pertama bagi channel paling popular di Malaysia.

http://www.youtube.com/user/aftalentaesb/

01

 15,262 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.