Author - Mohd Zarin

Review Teater Zombie LaLaLa

Teater Zombie LaLaLa merupakan sebuah karya terbaru CTRA Production yang pertama kali menampilkan teater yang menggunakan genre komedi seram. CTRA Production sebelum ini telah berjaya membawa persembahan teater hebat seperti Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick, Di Bawah Lindungan Kaabah, Upin Ipin Musical dan banyak lagi. Nama CTRA di dalam perkembangan teater tempatan tidak perlu dipertikaikan lagi kerana mereka sememangnya mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas.

Pada kaca mata saya, cabaran utama teater ini adalah durasi persediaan dan latihan yang sangat terhad. Saya dimaklumkan pelakon-pelakon teater hanya ada 8 hari untuk latihan tarian dan lakonan. Masa yang ada untuk persediaan set, props dan juga costume tidaklah semewah seperti teater sebelum ini. Saya berkesempatan menonton teater ini di Istana Budaya tempoh hari dan ini adalah review jujur saya.

zombie lalala

zombie lalala

Teater Zombie LaLaLa merupakan teater komedi yang berkonsepkan jenaka ringan dan semata-mata bertujuan untuk menghiburkan. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan direka supaya mudah difahami. Terdapat 8 watak utama yang dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Amar Baharin, Siti Saleha, Hafreez, Amy Mastura, Zulin Aziz, Janna Nick serta dua pelakon teater iaitu Mei Fin dan Rosnan Rahman yang merupakan selling point bagi teater ini. Kesemua watak utama ini masing-masing membawakan hantu yang berbeza dan unik. Beberapa watak hantu juga dapat dilihat diambil dari watak-watak terkenal dan diparodikan. Read More

 6,732 total views

Summit Malaysia Social Media Week 2016

Malaysia Social Media Week adalah acara tahunan yang wajib dihadiri bagi semua pengiat media sosial samada untuk syarikat ataupun individu. MSMW tahun ni seperti biasa memfokuskan kepada isu-isu semasa berkaitan dengan media sosial di dalam sesi talk dan summit mereka. Sudah 2 tahun berturut-turut saya menyertai sesi summit MSMW2016 dan ini adalah sebab mengapa saya akan teruskan lagi pada tahun ini.

summit

Isu Media Sosial

Meskipun kita adalah pengguna harian media sosial seperti Facebook ataupun Instagram, namun teknologi media sosial ini sentiasa berkembang setiap hari. Ada saja info dan teknik-teknik terkini yang boleh diguna pakai yang dikongsikan oleh barisan speaker yang hebat. Kemahiran di dalam media sosial bukanlah sesuatu yang harus dipelajari pada sesuatu masa saja kerana teknologi ini tidak akan berhenti berkembang.

Pada tahun lepas saya mendengar talk dari @klubbkidd yang berkongsi idea bagaimana dia menggunakan twitter sebagai platform asas media sosialnya. Menurut @klubbkidd, tiada “Media Social Expert” kerana perkembangan media sosial terlalu laju dan cepat. Kita kena hari-hari belajar sesuatu yang baru.

MSMW2016

Sesi bersama Tun Dr. Mahathir ketika MSMW2015

MSMW2016

Bersama Klubbkidd

Read More

 3,010 total views

Apa yang Istimewa dengan Tiara Glowtox?

Pada usia awal 30an macam saya ni (terpecah rahsia umur), kesihatan amat penting lebih-lebih lagi saya kena bekerja pada waktu siang dan menulis blog pada waktu malam. Saya kena sentiasa bertenaga dan mengurangkan risiko sakit serta kena sentiasa bertenaga. Kadang-kadang saya akan makan macam-macam jenis makanan untuk food review dan akan menyebabkan toksin yang berlebihan dalam badan.

Saya diperkenalkan dengan GlowTox keluaran Tiara Wellness yang iaitu supplement semulajadi yang lengkap bagi membantu masalah saya. Glowtox ni diperbuat dari ekstrak biji Anggur, Acai Berry, ekstrak Zaitun serta Multivitamin. Dengan macam-macam bahan yang baik ni, Glowtox membekalkan bahan antioksida serta nutrient berkhasiat untuk merangan kesihatan menyeluruh.

Teruskan membaca…

Tiara Glowtox

15 Sachet di dalam setiap kotak

Tiara Glowtox

Shake dulu

Dalam 1 kotak Glowtox terdapat 15 sachet dalam bungkusan emas. Setiap sachet ni boleh diminum dengan mencampurkan 100 ml air sejuk ataupun suam. Kalau sesiapa ada shaker tu boleh juga pakai shaker, barulah sebati sikit. Rasa Glowtox ni tersangat sedap sehingga rasa tak cukup kalau minum satu sachet tu. Rasanya seolah-olah manis buah Berry dan wangi seperti Anggur. Perasaan minum Glowtox adalah hampir sama seperti ketika minum Yogurt buah. Read More

 3,082 total views

Give Away #4 Tiket Teater Zombie LaLaLa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni sekali lagi saya nak buat give away khusus untuk rakan blogger yang menjadi pembaca setia blog MohdZarin.com. Hadiahnya adalah :

1 X Tiket Teater Zombie LaLaLa
(14 Feb 2016, 8.30 malam, Istana Budaya)

Caranya mudah saja iaitu rakan-rakan blogger hanya perlu menulis 1 entri di blog masing-masing dengan menggunakan tajuk “Jom Tengok Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya”. Kemudian hanya perlu copy dan paste dari <MULA> hingga <AKHIR> ayat di bawah sebagai pengisian di entri blog anda. Pastikan teks yang mempunyai link turut disertakan. Sharekan link entri blog anda di ruangan komen di bawah.

10 blogger yang terawal yang meninggalkan komen dengan URL entri masing-masing akan memenangi 1 (satu) tiket Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya pada 14 Feb 2016, 8.30 malam di Istana Budaya.

*Peraduan akan berakhir secara automatik bila dah cukup 10 blogger yang mengikuti langkah di atas

<MULA>
Jom kita saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 13 hingga 21 Februari 2016. Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi. Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Sinopsis

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?zombie_poster Read More

 5,312 total views

Majalah BackPackerz khas buat Kaki Travel

Bagi sesiapa yang tahu, saya sebenarnya pengikut sejati Majalah Libur yang telahpun ditamatkan pengeluarannya pada tahun lalu. Bagai tumbuh hilang berganti, kini saya telah temui satu lagi majalah travel yang boleh dijadikan rujukan iaitu majalah BackPackerz. Walaupun nama majalah ini seolah-olah khusus bagi backpacker tetapi sebenarnya majalah ini merangkumi semua yang berkaitan dengan travel dan pelancongan.

Tambah istimewa lagi, majalah Backpackerz ni baru saja muncul dengan keluaran edisi pertama di pasaran pada bulan Januari 2016. Jadi kepada kaki travel memang rugi kalau tak mula beli dan jadikan sebahagian dari koleksi majalah.

Majalah BackPackerz

Majalah BackPackerz ketika di MITA 2016

Majalah BackPackerz

Cover depan Majalah BackPackerz isu 1

Majalah BackPackerz

Rupa di dalam Majalah BackPackerz

Read More

 10,876 total views

Sesi Latihan Teater Zombie LaLaLa

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum teater Zombie LaLaLa terbitan CTRA Production bakal dipentaskan di Istana Budaya dan kini semua pelakon utama teater tersebut sedang giat berlatih. Semasa sesi script reading semalam, nampaknya semua pelakon memberikan komitmen menjayakan watak masing-masing. Walaupun baru saja fasa script reading, tapi suasana kelakar dan gelak tawa tak berhenti-henti kerana jalan cerita teater Zombie LaLaLa yang mempunyai elemen humor dan mesej tersirat.

Pengarah teater Zombie LaLaLa iaitu Aris Kadir  memberikan kata semangat kepada semua pelakon teater memandangkan sesi latihan yang singkat dan masa yang suntuk.

Zombie LaLaLa

Pengarah Aris Kadir memberi arahan

Zombie LaLaLa

Amy Mastura ler ni

Zombie LaLaLa

Janna Nick sangat bersemangat berlakon walaupun baru script reading

Read More

 4,342 total views

Vote untuk Promosing Blogger of the Year MSMW2016

Buat kali ke 5 sekali lagi Malaysia Social Media Week akan dianjurkan dan sudah pastilah anugerah khusus untuk para blogger menjadi perhatian dan sasaran bagi semua blogger Malaysia. Tahun ini blog MohdZarin. com dicalonkan di dalam kategori “Best Lifestyle Blog” dan juga “Promosing Blogger of the Year”. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi kerana turut bersaing dengan blogger-blogger yang lebih hebat seperti Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Erine Nadia, Nisakay.com, BudakPacak.com, KisahTatie, PenaBerkala.com  dan ramai lagi blogger yang sekurang-kurangnya telah bertapak selama 5 tahun di dalam industri.

Walau bagaimanapun manalah tau kalau ada rezeki dan saya harap semua pembaca setia blog saya turut memberikan sokongan dengan mengundi blog saya di kedua-dua kategori. Read More

 2,546 total views

Saksikan Teater Zombie LaLaLa

Nampaknya tak lama lagi, peminat teater tanahair bakal menyaksikan sebuah teater yang seram tapi nampak kelakar. Teater Zombie LaLaLa yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 – 21 Februari 2016 merupakan terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Siti Saleha dan beberapa wajah baru di dalam bidang teater.
zombie_poster Read More

 2,771 total views

Cuti di Perth (Part 2)

Sambungan dari percutian di Perth (Part 1) di mana saya sempat berjalan-jalan di Fremantle dan kawasan sekitarnya. Kat sini memang sangat santai dan dah macam melawat ke Central Market sebab boleh tahan ramai juga yang buat persembahan jalanan seperti menyanyi dan bermain alat muzik. Terdapat sebuah “pasar” kat sini yang juga seakan-akan Central Market yang menjual barangan seni seperti lukisan, boomerang, cenderamata dan macam-macam lagi. Lokasi ni saya rasa lokasi wajib kalau sesiapa yang datang ke kawasan ni.

Cuti di Perth

Berada di depan Fremantle Market

Cuti di Perth

Suasana di dalam Fremantle Market

Read More

 25,091 total views

Review Teater Bikers Kental

Teater Bikers Kental merupakan salah satu teater adaptasi dari filem Bikers Kental yang dipopularkan oleh Zizan Razak dan Awie. Teater ini telahpun dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 23 sehingga 31 Januari 2016. Biarpun sambutan asal filem ini tidaklah begitu mendapat sambutan di panggung wayang ketika ditayangkan dulu, tetapi pihak produksi teater ini tetap meraih harapan tinggi dengan menggunakan kaedah yang sedikit berbeza.

Menggunakan jalan cerita yang sama, penonton sudah dapat membaca setiap jalan cerita yang dipersembahkan. Walaupun ianya adalah adaptasi dari filem, tapi saya mengharapkan sedikit perubahan dari jalan cerita dan kejutan ataupun penambahan baru dalam teater ini. Dibarisi pelakon hebat seperti Zizan dan Awie, Istana Budaya ternyata riuh rendah dengan gelak tawa hasil dari komedi spontan mereka berdua.

12321237_543917869106868_5031413355470042909_n 12439556_543917859106869_424405817034984922_n

Lakonan spontan Zizan sememenangnya mencuit hati dan menjadi penguat kepada teater Bikers Kental. Tanpa kelibat Zizan, mungkin teater ini terasa kosong dan lemah. Beberapa lawak berulang dari filem Polis Evo mungkin terlalu overused dan mengganggu fokus jalan cerita sebenarnya. Walaupun teater ini dipentaskan di Istana Budaya, tetapi elemen pementasan teater terasa kurang diguna pakai. Seolah-olah sedang menonton persembahan dipentas yang biasa sahaja.  Read More

 4,082 total views