Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang sedang membaca blog peribadi saya yang tak seberapa ni. Kalau pada bulan puasa sebegini sudah tentulah bazaar Ramadhan menjadi tarikan utama sewaktu membeli juadah berbuka. Hanya beberapa km sahaja dari studio Les’ Copaque, sememangnya Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam ini menjadi destinasi utama kepada staff di sini termasuklah saya.
Bazaar Ramadhan di sini bolehlah dikategorikan diantara yang terkenal dan terbesar disekitar lembah klang. Pernah keluar beberapa kali di dalam rancangan tv dan sekali gus mempopularkan bazaar ini. Banyaklah juga gerai terkenal yang memerlukan ramai orang beratur untuk mendapat makanan. Saya sendiri sebenarnya malas nak beratur dan berebut. Cukuplah sekadar membeli di kedai yang tidak begitu ramai orang. Selebihnya hanya melihat pilihan yang ada.
Teringat episod Upin & Ipin di mana Mail menjual ayam semasa saya lalu di gerai menjual ayam golek. Terbayang juga suasana sekiranya saya membawa maskot Upin & Ipin di dalam kawasan bazaar. Hmm, pasti pengsan orang kat dalam. Sememangnya suasana semasa membeli makanan berbuka begitu mewah sekiranya dibandingkan dengan hari-hari lain. Hopefully kita pandai control dan berjimat-cermat.
Selepas ini saya berhajat untuk pergi ke Bazaar Ramadhan Putrajaya dan Bangi sekiranya sempat. Harap-harap dapatlah jugak menyelitkan diri untuk ke sana dan nak tengok suasana Bazaar di tempat lain pula.
935 total views, 1 views today
Advertisements
mmm…menarik nih..gi bazar lepas suarasa nih..ahaha
Zarin, mana hasil tuaiannya???? 😀