Dah lama juga rasanya saya tak bercuti dan melancong. Maklumlah nak bercuti ni kena plan betul-betul kewangan dan rancang cuti yang ada. Lagi bagus kalau ada promo tiket murah masa nak pergi bercuti tu. Nak bercuti ni memang seronok tapi kena plan betul-betul supaya lepas balik bercuti nanti takde lah kena ikat perut pulak nanti. Ada macam-macam cara nak berjimat dari nak book hotel sehinggalah nak dapatkan tiket dengan harga yang murah dan berbaloi. Caranya senang saja dan kali ni saya nak kongsikan cara nak dapatkan best KLIA express ticket promo
Ramai yang pasti dah tau apa tu Traveloka kan? Pastikan korang semua download apps Traveloka ni tau. Sebab dengan apps ni kita boleh book hotel ataupun flight ticket melalui apps Traveloka dan kita boleh dapatkan get klia ekspres promotions online dengan senang dan cepat. Apps Traveloka ni ada untuk versi Apple dan Android dan boleh download secara percuma je. Lepas download, kita perlu buka aplikasi Traveloka dan cari book KLIA Transport. Dari situ bolehlah pilih lokasi kita dan kemudian pilih destinasi ke KLIA. Selepas tu harga akan dipaparkan dan kita boleh membuat pembayaran melalui debit card ataupun kredit card. Voucher tiket akan dihantar ke emel kita dan dengan voucher tu nantilah kita akan gunakan untuk menaiki tren. Senang betul sebab sekarang ni semuanya elektronik dan paperless. Tak perlu nak teksi ataupun grab bagi mengelakkan jam dan cepat sampai.
Selain ke KLIA, kita juga boleh ke KLIA2. Bergantung kepada penerbangan yang kita dah book tu. Ohya, bercakap pasal booking. Voucher tiket melalui apps Traveloka ni tak boleh dijual balik, jadi kena pastikan masa nak book tu kena semak betul-betul.
Sabah adalah satu tempat yang best dalam Malaysia kalau korang nak pergi bercuti especially Kota Kinabalu. Tercari lokasi best untuk chill di waktu malam semasa di Kota Kinabalu? Korang sekeluarga boleh melawat Perdana Park. Sekiranya korang ke taman ini bermula dari pukul 7 malam, korang bakal dikejutkan dengan pemandangan yang cukup mencuri hati iaitu pancuran air yang penuh warna-warni sambil diiringi dengan irama lagu. Persembahan percuma ini berlangsung selama 15 minit sebelum diulangi semula setiap 30 minit kemudian sehingga pukul 9 malam. Selain menikmati keindahan pancuran air, korang juga boleh menjadikan Perdana Park sebagai tempat untuk berjogging. Bila perut berbunyi, korang boleh bergerak menuju ke Pantai Tanjung Aru yang tidak jauh dari sini untuk menjamu selera.
Marine Muzium Kota Kinabalu adalah antara pusat akuarium yang terhebat di Kepulauan Borneo. Antara tarikan yang ada kat sini adalah Marine Museum & Research Showcase, Marine Aquarium, Mangrove Walks, teater mini dan Ocean Outreach Corner. Korang sekeluarga pasti teruja tengok kehidupan di dalam air yang dipamerkan dengan cara yang sangat menarik di dalam muzium ini. Kokol Haven Resort adalah sebuah penginapan indah yang terletak di puncak bukit Kokol di banjaran Crocker pada ketinggian 2,700 kaki dari paras laut. Kesegaran udara dan keindahan pemandangan yang ditawarkan di sekitar resort ini membuatkan ianya mendapat gelaran sebagai Kundasang yang ke-2. Selain tu, lokasinya yang terletak 25 km dari bandar Kota Kinabalu (dalam 40 ke 1 jam pemanduan) menjadikan ia lokasi yang hebat untuk korang sekeluarga mendapatkan ketenangan dari kesibukan kota. Kat sinilah korang dapat menikmati ketenangan yang sebenar! Baru betul-betul cuti! Antara tarikan menarik yang ada di resort ini adalah gym mini outdoor, taman herba, gelanggang serbaguna, kawasan untuk berjungle trekking dan pokok buah-buahan.
Tak puas dengan hanya tengok fauna yang ada di zoo, korang boleh ke Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve untuk menikmati keindahan alam semula jadi flora dan fauna yang sebenar ditawarkan negeri Sabah. Hutan simpan yang diuruskan oleh Shangri-La Rasa Ria Resort dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah ini berkeluasan 64 ekar dengan puncak tertinggi yang berketinggian 95 meter dari paras laut. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat sini selain meredah hutan adalah memerhati burung, tengok orang utan dan menderma untuk membantu penjagaan orang utan kat sini. Korang sekeluarga boleh tengok orang utan diberi makan 2 kali sehari setiap hari pada pukul 10.00 pagi dan 2 petang. Korang juga boleh menjadikan mana-mana orang utan yang ada kat sini sebagai ‘keluarga angkat’ dalam ‘Foster an Orang Utan Programme’ yang mana korang boleh menderma untuk menampung kebajikan mana-mana orang utan buat masa setahun. Best tak?
2,652 total views, 2 views today