Semakin hari nampaknya semakin ramai yang suka ambil gambar menggunakan DSLR, compact camera ataupun melalui smartphone masing-masing. Saya sendiri hampir setiap hari akan mengambil gambar sekurang-kurangnya 10 keping setiap hari. Bergantung kepada situasi, kadang-kadang ambil gambar untuk kegunaan kerja ataupun sekadar suka-suka.
Canon CP900
Saya tergerak nak cari alternative untuk print gambar-gambar saya ni secara instant dan cantik. Kalau boleh saya nak lepas ambik gambar tu boleh terus print. Jadi saya berjumpa dengan solution terbaru iaitu untuk membeli printer compact jenama Canon ni. Printer compact actually tak berapa banyak dipasaran sebab kosnya agak mahal. Canon CP900 ni memenuhi citarasa saya yang inginkan printer bersaiz kecil dan boleh print serta merta. CP900 ni boleh mencetak gambar bersaiz 4R dalam masa kurang dari 1 minit. Printer ni boleh mencetak gambar dari sumber SD Card, MMC Card ataupun dari USB termasuklah dari thumbdrive. Maksudnya kita tak perlu menggunakan komputer langsung untuk mencetak.
Canon CP900 sebuah printer compact yang menarik
Sokongan print secara WiFi memang berguna
Yang paling menarik sekali printer ni juga boleh print gambar yang dikongsikan dari WIFI. Saya boleh pilih gambar apa yang nak print dari iPhone saya dan bagi arahan pada printer untuk cetak gambar pilihan saya. Erm, bestkan?
Printer ni boleh menerima 10 keping paper 4R setiap kali proses mencetak. Ink Cartridge printernya pula biasanya di datangkan bersama pakej 108 keping paper 4R berserta 3 roll ink. 3 roll ink ni akan boleh mencetak sebanyak 108 gambar ni. Maksudnya, kalau paper tu dah habis, ink pun akan turut habis sekali.
Kalau cakap pasal harga pulak, printer ni tak sesuai kalau nak print gambar 4R secara banyak. Ianya lebih sesuai untuk kegunaan express seperti di majlis hari jadi ataupun pada masa musim perayaan di rumah. Ini adalah sebab kos untuk mencetak sekeping gambar 4R akan jatuh dalam lingkungan RM1.20 di mana kalau anda print di kedai boleh dapat semurah 50sen sekeping. Tapi dengan tujuan pencetakkan secara express, harga tu tadi bolehlah dilupakan seketika sebab kualiti gambar dan photopapernya memang sangat cantik.
Test print gambar Aqeel
Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal printer ni bolehlah layari website Canon Printer
p/s : Sangat suka dengan features print melalui iPhone (wifi)
7,808 total views, 4 views today
Advertisements
I love portable printers. It would be a really great tool for students. Thanks for the helpful article.