Yeah, kali ni cerita pasal kucing ke 3 yang saya bela di rumah. Kucing ni actually bukanlah totally persian.. dia ni mix persian. Saya tak bela kucing ni dari kecik tapi saya beli semasa umur dia 2 bulan. Saya pun taktau kenapa saya beli kucing ni, mungkin sebab nak ada baka kucing persian lepas2 ni, so saya cuba aje la. Lagipun dia comel sangat neh. Ohya, namanya Ryoka. Nama macam orang Jepunkan. Actually Ryoka ni kucing jantan dan pada masa yang sama adik beradik dia iaitu kucing betina dibeli oleh kawan saya. Jadi kitaorang nak kasik nama yang sama ala-ala kembar gitu… jadi berilah nama Ryoka (kucing saya) dan Ryoko (kucing dia).
Ryoka lagi
Ryoka ni sangatlah penakut dan awal2 tu susah jugak nak biasanya diri kat rumah. Tambahan pula dah ada 2 ekor kucing kat rumah tu, jadi tambahlah lagi takut dia tu. Tapi lama2 tu nampak macam dah ok dan by now dorang semua dah berkawan. Takde gaduh2. Ryoka ni nampak comel dan berbulu lebat. Tapi perangai2 yang biasa sebagai kucing persian tu standard la masih ada. Mungkin saya tak bela dia dari kecik, jadi dia kurang penyayang skit bila dicompare dengan Simba dan Kimba.
Ryoka main-main
Ryoka dah biasa dengan environment
Ryoko suka dibelai
Tapi yang bagus pasal Ryoka ni dia suka dibelai. Kalau belai2 dia tu, mula nak nak berguling2 dia dibuatnya. Masa mula2 dia start untuk aktif tu, pelik juga dia suka lari ke sana ke sini sampai kadang-kadang terlanggar kerusi dan dinding. Ermm… .tak tau la kenapa. Tapi sekrang bila semuanya dah jadi member, memang legalah rasanya. Suka betul dorang main2 sama dorang. Tu la, rasanya better bela kucing 2-3 ekor dari bela seekor je. Atleast kucing tu ada lah juga member.
p/s : lepas2 ni saya akan ambil lagi gambar kucing2 ni in action…
Yes, akhirnya post yang dinanti-nantikan oleh pengikut blog saya termasuklah tuan-tuan kepada kucing-kucing diseluruh Malaysia siap juga. Post ni ialah mengenai adik beradik kucing yang sememangnya saya bela dari kecik lagi. Kalau nak ikut kan dah banyak jugaklah saya perabis semata-mata kucing kesayangan nih. Tapi saya tak kisah sebab apa? Sebab saya suka.
Oklah apa kata kita kenali kucing-kucing ni secara lebih dekat lagi. Yang oren ni nama nya Simba atau nama manjanya Sim sahaja. Walaupun kucing ni macam dah biasa tengok, yelah kucing standard Malaysiakan. Tapi saya yakin, satu hari nanti dia akan berjaya menggemukkan diri kerana sifat-sifat positif yang telah diterapkan dari kecil lagi. Simba ni tahu makan saja dan sangat penakut. Bukan sahaja penakut Simba juga antara yang boleh dikatakan pemalas sikit. Kalau lepas dia ke toilet memang dialah yang paling malas nak kambuskan hasil pembuangan tosik2 itu tadi. Ish2.. ikut sapa la ni.
Simba
Simba in action
Simba, makan je tau neh
Simba ni juga sebenarnya sangat rimas bila memakai colar loceng tu. Dia hanya bersetuju untuk memakai colar ni semasa sesi photoshoot ni sahaja. Ohya terlupa pula, Simba ni seekor kucing jantan ye. Jadi, begitulah ceritanya. Berkat usaha Simba selama ini beratnya dah melebihi dari kucing-kucing yang sama dengan umurnya. Ok, seterusnya kita tengok apa cerita Kimba. Kucing yang pernah saya postkan sebelum ini di blog ni iaitu Kimba ni pula ialah kucing betina.
Ramai tuan-tuan kucing lain yang ingin menjadikan Kimba ni sebagai menantu. Tapi saya perlulah melihat dahulu kriteria kucing-kucing yang ingin dijodohkan itu kerana Kimba ni pemalu sikit kucingnya. Kimba ni sangat manja dengan saya. Kimbalah yang dulu selalu kejut saya waktu pagi dan telah berjanji tidak akan terkucil di ruang tamu. Sesuatu yang menarik mengenai Kimba ini ialah warna bulunya yang cantik. Kimba ni sangat bersih dan mengutamakan kebersihan diri yang optimum. Jadi kucing-kucing jantan lain tu, kenalah cermin diri dulu.
Kimba
Kimba in action
Kimba ni pula memang sangat baik dan dengar cakap. Macam tuan dia. Kimba ni juga pantang tengok camera. Pun macam tuan dia jugak. Pendek kata, Kimba ni macam Gadis Melayu versi kucing betinalah. Serba serbi lengkap. Makan frieskis pun tak berbunyi. Tertib je. Kedua-dua kucing ni Simba & Kimba sudah semestinya adik beradik satu mak. Sebenarnya warna Kimba lebih mengikut dari warna maknya. Dorang dua ekor ni sekarang ni sudah berumur lebih kurang 5 bulan. Dah besor dah pun.
Kimba landing baik macam kat pantai ye
Original pose dari Simba dan Kimba
Oleh kerana saya jarang berada di rumah, jadi dorang kenalah stay di dalam banglo 3 tingkat sementara. Mula-mulatu susah jugak nak train dorang duduk dalam ni. Tapi lama-lama tu dorang sudah redha dengan apa yang tuannya lakukan. Macam tulah. Dorang pun macam dah chop tempat masing-masing. Jadi tak lah kalut sangat. Untuk cage sebenarnya sahaja costnya lebih kurang RM300. Nak jaga kucingpun macam nak jaga anak juga. Ni bulan depan nak kena pegi klinik cucuk vaksin. Macam-macamlah.
Sangkar 3 tingkat Simba dan Kimba
Kimba minum air melalui botol yang disediakan
Botol air kucing
Oklah, lepas ni tak sabar nak reveal seekor lagi kucing kesayangan saya yang bernama Ryoka. Kucing ni baka lain dari Kimba dan Simba ni. Nak tahu nanti tunggu ye.
Salam. Saya sekadar nak berkongsi information yang saya dapat dan tau mengenai kucing. Saya kadangkala heran sebab kucing saya suka betul mengurut-urut badan atau tangan saya tapi tidak mengeluarkan kuku. Yang herannya kucing ni lebih kerap mengurut pada bahagian kulit secara terus dan bukannya permukaan badan yang beralas baju/kain. Kadangkala saya rasa sungguh terganggu kerana masa tulah samada saya sedang tengok TV ataupun sedang nak tidur. Memang kacau daun. Saya pasti kucing orang lain pun ada buat benda yang sama.
Sebenarnya kucing buat macam tu bukanlah nak mengurut tuannya. Tapi habit ni dia dapat dari ibunya dulu. Bila kita sebagai tuannya sedang rehat ataupun berbaring seolah-olah memberikan hints kepada kucing tu untuk minum susu sebagaimana ibunya dulu. Jadi kucing tu pun, menekan-nekan seolah-olah mengurut dengan tujuan melancarkan pengeluaran susu dari badan yang mana sepatutnya badan ibu kucing tu. Tapi kalau kucing dewasa pun buat macam ni lagi, maksudnya kucing ni sangat selesa dengan kita dan seolah-olah masih mengingati zaman kecilnya dulu.
Sekali lagi saya membela kucing walaupun mengikut rekod yang lepas-lepas kucing tu sama ada lari ataupun saya lepaskan sendiri. Tapi kali ini agak lain sikit (harap-haraplah) sebab saya dah memjaga kucing ni dari kecik lagi sampai la sekarang. Sekarang ni rasanya umur dia dalam 2-3 bulan dan dah pandai buang air besar di tempat yang saya sediakan. Kalau pada awal-awal dulu Tuhan saja yang tahu. Buang sesuka-suki. Kucing putih ni pula diberika nama oleh housemate saya iaitu sebagai “Kimba”. Nama ni datang dari animasi White Lion. Lebih kurang cam tu la.
Kimba suka amik gambar
Tak dinafikan nak jaga kucing ni bukan sahaja kena sabar, tapi kena pakai banyak jugak duit. Nak kena beli tu.. beli ni tapi kalau dah suka apa-apa pun tak kisah. Tapi lately ada pula idea-idea di mana saya terpaksa membuang Kimba di atas sebab-sebab housemate saya kurang menyenangni kehadiran kucing di rumah. Yelah, mungkin sebab haritu Kimba terbuang cecair kuning kat baju dorang. Hmm, saya pada mulanya rasanya memang itu sahajalah jalan penyelesaian memandang saya pun kurang masa berada di rumah. Tapi selepas difikir-fikir sambil menonton episod Upin, Ipin dan Apin rasanya saya perlu menjaga kucing ni lagi. Tanggung jawab menjaga kucing ni harus diteruskanlah. Mungkin saya perlu membeli cage yang besar untuk Kimba ni.
Kimba lagi
Kimba dengar orang nak bagi makanan ke
Ooo, lupa pula nak cakap. Sebenarnya ada 2 ekor kucing. Seekor lagi lupa nak amik gambar masatu. Lepas ni saya post mengenai yang lagi seekor tu pula. Sambil tu doa-doala saya berjaya membela kucing ni sampai besar.
p/s : Ada orang cakap kalau orang tu bela kucing, nanti kucing tu doakan tuannya tak kahwin sebab dia taknak hilang belaian tuannya itu. Hmm?
Kucing yang lama dah mak dia larikan… pergi mana ntah. Sekarang rasanya anak kucing tu dah boleh kata besar la jugak. Tapi, sekian lama.. sekali lagi mak kucing yang lama menyelinap masuk balik dalam rumah dan bersalinkan 5 ekor anak lagi. Haih, dah macam hospital kucing pulak. Nak bersalin tau aje mana nak carik tempat.
Anyway, kali ni anaknya dua ekor putih, dua ekor oren dan sekor lagi warna hitam. Tersangatlah comel dorang2 ni lebih2 lagi yang warna putih dan hitam ni. Pandai betul kucing ni carik baka yang cantik.. hehe.
Kali ni macam nak bela (macam tu jgk cakap masa kucing yg sebelum ni). Tapi kena tengoklah mcam mana nanti. Takut tak cukup masa untuk kucing2 ni. Nanti kurang kasih sayang.. sapa yg susah…
Selepas sebulan lebih rasanya anak2 kucing kat rumah ni dah macam besar skit. Walaupun tak aktif sangat lagi… tapi dah mula merayau dalam lingkungan dia. Semua anak2 kucing ni sihat macam anak kucing biasa.
Yang ni yang paling peramah dan manja. Tak takut orang sangat. Dan paling comel kut.
Ha masa ni semua nya tengah mengusu dengan mak dia. Comel kan?
Yang kaler lain ni pun comel jugak actually tapi masih macam malu2 lagi.
Yang oren ni macam ada ekor yang unik sikit. Ekor dia macam sebesar jambul saje.
Yay, I have a new kittens. Cute isnt it. My house don’t have cat actually but the mother of this kitten somehow find a way to get inside my house and give birth to all this babies. This 4 cute kittens still cannot walk and barely can open their eyes. Their mummy are still around and take care of her babies.
I decided to take care the kittens until all of them strong enough.