Category - Announcement

Mascot Class 101

Wow, sangat teruja nak post mengenai topik kali ni. Class mengenai maskot yang sebenarnya tak pernah diadakan ni bertujuan memberi pendedahan kepada staff LCP mengenai pengurusan dan penampilan maskot di dalam mana-mana event. Kebanyakkan staff LCP sebenarnya agak jarang atau tidak pernah terlibat di dalam penampilan maskot Upin & Ipin kerana kebanyakkannya staff di dalam event team sahaja yang biasanya akan mempunyai peluang sedemikian.

Saya menerangkan kepada staff LCP mengenai maskot

Antara staff LCP yang hadir

Class yang tidak wajib ni merupakan class pertama yang dimulakan di dalam sesi memperkenalkan setiap department kepada semua staff. Kebanyakkan staff yang hadir agak gembira dan teruja kerana class yang berkonsep terbuka dan santai ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada semua orang mencuba atau mendekati diri dengan maskot Upin & Ipin. Semua staff sebenarnya mestilah mencuba memakai maskot ini lebih-lebih lagi animator kerana merekalah yang mengerakkan watak Upin & Ipin di dalam komputer.

Berkongsi pengalaman

Antara staff yang mencuba maskot Upin & Ipin

Sesi memakai maskot Upin & Ipin ini pula merupakan aktiviti terakhir di dalam class ini selepas masing-masing didedahkan serta dikongsikan mengenai pengalaman sebagai maskot. Sebenarnya walaupun nampak mudah, tetapi seseorang pemakai maskot perlulah mengetahui beberapa perkara asas sebelum dibenarkan membuat sebarang penampilan. Class yang mengambil sekitar 30 minit ini diakhiri juga dengan sesi bergambar dan aktiviti bebas bersama maskot.

Antara staff yang berkelakuan comel
bergambar bersama maskot

Semua staff LCP yang hadir ketika Mascot Class 101

Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada class ini. Diharapkan ianya sedikit sebanyak telah berjaya membuka minda dan memberi idea baru mengenai maskot Upin & Ipin. Kepada pembaca blog saya, jangan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan maskot Upin & Ipin di lokasi event akan datang. InsyaAllah.

 1,077 total views

Open House di rumah Salina Ek

Maklumlah, rumah terbuka ni sentiasa menyeru kita datang. Tahun ni boleh tahan banyak juga rumah terbuka sampai tak sempat nak pergi. Rumah terbuka officemate LCP ni iaitu Salina kalau nak ikutkan tak sempat juga nak singgah kerana pada hari yang sama saya terpaksa membantu urusan event di tempat lain. Tapi, oleh kerana lokasinya tak berapa jauh dari rumah Salina yang terletak di area Kota Damasara ni jadi sempatlah juga saya singgah.

Bergambar bersama tuan rumah, Salina

Bergambar bersama tuan khemah,
eh kawan Salina aka officemate juga; Fila

Bagi saya yang menariknya open house di rumah Salina ni ialah menu makanannya (ialah kalau tak makan apa lagi kan). Menu utamanya iaitu laksa johor dan mee bandung muar ni memang melambangkan dia ni orang Johor. Semuanya homemade dan tiada langsung khidmat catering. Memang sedaplah sampai bermangkuk-mangkuk ditambah.


Aen dan Yuki menjamu selera

Antara staff yang hadir ke rumah Salina

Oleh kerana saya tiba lewat sedikit pada masa tu jadi saya tak sempat menjamu selera bersama rakan-rakan office yang lain. Tapi apa-apa pun open house tersebut memang best dan sekurang-kurang kenal la juga famili Salina. Huhu..

 1,230 total views

Carian Terkini


Salam, post kali ini saya sekadar berkongsi mengenai keyword yang digunakan oleh pengunjung di google.com sehingga menyebabkan terjumpanya blog saya ini. Saya menggunakan FEEDJIT untuk mengesan keyword ini.

1. Atok Ranggi
2. Upin & Ipin Toys 3. Penganjur Karnival Suarasa 4. Program Suarasa Bulan November
5. Aida dari Kipsas
6. Mediahorizon
7. mediahorizon.blogspot.com
8. Menarik di Muar
9. Gambar Siti Nurhaliza di Majlis penutup Hari Raya
10. Gambar mewarna Upin & Ipin

 893 total views

Original VS Cetak Rompak

Wow, nampaknya sebaik sahaja DVD Geng Original berada dipasaran ianya terus mendapat sambutan hangat dari peminat filem ini. Boleh dikatakan ianya merupakan masa yang sesuai untuk mengeluarkan DVD ini lebih-lebih lagi untuk tayangan pada cuti raya nanti. Tapi ramai yang tak tau sebenarnya cetak rompak filem ini telah berada dipasaran lebih kurang selepas 2 hari selepas DVD ini dijual. Wah, sungguh berdedikasi nampaknya pencetak rompak semua bekerja. Memang sedia maklum di Malaysia isu cetak rompak memang sudah diketengahkan untuk sekian lama dan nampaknya sampai sekarang tiada apa-apa yang berubah. Sebelum ini kalau kita perasan jangan katakan CD dan baju malahan benda sekecik selipar pun boleh dicetak rompak dengan begitu mudah sekali. Ini sebenarnya kerana faktor tiada kesedaran dan tidak faham atau pura-pura tidak faham dengan apa itu Harta Intelek ataupun IP ni. Kebanyakan dari mereka menganggap mereka yang mengeluarkan kos penghasilan produk berkenanan dan tiada kesalahan langsung di sisi undang-undang. Di Malaysia pula hak Harta Intelek juga agak baru dan kebanyakkan pihak agak kabur-kabur dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Bayangkan Upin & Ipin sendiri sebenarnya telah ditrademark sebelum keluarnya siri Upin & Ipin dipasaran lagi.
Cover DVD Geng Cetak Rompak

Tak cukup dengan DVD cetak rompak yang banyak di pasaran sekarang, muncul pula video DVD Rip yang sangat mudah didapati di laman web torrent tempatan. Bagaikan bangga dengan hasil rip video berkenanan sesetengah laman web mengendaki pemuat turun untuk meletakkan watermark laman web torrent tersebut sebagai tanda dari mana sumber tersebut boleh didapati. Sekiranya anda google sekarang saya pasti sekurang-kurangnya 10 laman web torrent menawarkan perkhidmatan ini.

Screenshot hasil DVD RIP

Bersesuaian dengan cuti hari raya, DVD Geng cetak rompak sememangnya telah dijual berleluasa di seluruh negara. Saya sendiri dapat menyaksikan DVD Geng cetak rompak dijual di Batu Pahat dengan begitu terbuka. Tidak kurang juga beberapa kedai video yang menjual DVD Original tetapi pada masa yang sama juga turut mempromosikan DVD cetak rompak. Mereka memperlekehkan DVD Original dan memberitahu sudah cukup sekadar membeli DVD cetak rompak. Seperti musuh dalam selimut sebenarnya sikap segelintir orang sebeginilah yang menjatuhkan industri kita.

Ramai juga yang tidak tahu DVD Geng Original Disk 1 yang mengandungi keseluruhan filem dilengkapi dengan sistem anti cetak rompak. Disk 1 ini tidak boleh di “copy” terus seperti DVD yang biasa kita lihat dipasaran. Itulah janji pengedar DVD Geng dan lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Ah Wei memeriksa DVD cetak rompak

Namun begitu tidak juga dinafikan ramai peminat setia yang menyokong dan membeli DVD Original GENG. Kebanyakkan dari mereka sudah pun menonton berkali-kali filem Geng semasa di pawagam beberapa bulan lalu dan ingin menjadikan DVD Geng Original ini sebagai koleksi peribadi. Terima kasih kepada peminat yang sanggup membeli DVD Original ini yang sekarang ini begitu mudah didapati di mana-mana ccawangan Music Valley, Tesco, Giant serta Jusco. Kepada pembaca blog saya yang sudah membeli DVD Geng, apa kata anda tulis sedikit review atau komen di blog anda untuk dikongsi bersama-sama.

Kebanyakkan peminat yang membeli DVD Geng ini semestinya untuk tayangan bersama keluarga semasa cuti hari raya. Saya juga ada mendapat maklumat di mana ada beberapa peminat yang menyaksikan Geng di dalam kenderaan masing-masing semasa di dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Tidak kurang juga yang menayangkan filem Geng semasa menyambut kunjungan sanak saudara beraya ke rumah.


Staff Les’ Copaque harap peminat menyokong DVD Original

Terima kasih sekali kepada yang telah membeli DVD Geng Original dan teruskan menyokong industri animasi tempatan. Berikut ialah diantara blog yang ada menulis mengenai DVD Geng ini:

http://zimieizmel.blogspot.com/
http://blog.exjam.net/
http://afiqludin.blogspot.com/
http://papysnow.blogspot.com/


 3,541 total views

Kad Raya untuk semua

Seperti yang dijanjikan saya telahpun mengedarkan kad raya Upin & Ipin kepada rakan-rakan sekalian. Kalau cepat mungkin 3 atau 4 hari bekerja dapatlah tu (bermula selepas 8hb). Oleh kerana tahun lepas saya agak malas nak menghantar kad raya ni, jadi tahun ni saya berazam untuk wajib jugak menghantar kad raya. Tahun ni juga saya terlebih rajin dan menyelitkan sampul raya kat dalam setiap kad raya yang saya hantar tu. Tapi sampul raya kosong je la, isi dia kena taruk sendiri. Tapi actually bukan semua orang dapat sampul raya tu, sebab sampul raya tu terhad. Kepada kawan-kawan yang dah dapat kad raya tu, kalau sempat janganlah bagi saya biar di rumah dengan tangan kosong aje. hehe…


 1,790 total views

Niat Berpuasa dan Buka Puasa

Assalamualaikum, rasanya tak salah kalau kongsi niat berpuasa dan berbuka puasa. Sudah tentulah ramai yang dah tahupun.

Niat Berpuasa

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hzizhi sanati lillahhi ta’ala.

Maksudnya : “Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Niat Berbuka Puasa

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Kalau beramai – ramai :

Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin.

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

 2,028 total views

Selamat Berpuasa~

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Diharapkan bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Perasaan Ramadhan kali ini juga amat berbeza bila kali ini saya akan lebih banyak bertugas diluar walaupun pada bulan Ramadhan. Bagi saya itu bukanlah masalah atau alasan untuk kita tidak berpuasa. Malahan saya memang lebih gemar melakukan aktiviti luar semasa bulan ini kerana ianya lebih baik dan menyihatkan. Sebelum masuk Ramadhan lagi, sebenarnya ada beberapa program melibatkan bulan puasa dan hari raya yang telah saya sertai. InsyaAllah sekiranya ada kelapangan saya akan menulis mengenainya.

Zarin bersama Fimi di salah
sebuah program Hari Raya TV9

Saya masih ingat 2 tahun lepas semasa di France saya pernah berpuasa di sana untuk lebih kurang dalam tempoh 1 minggu. Sememangnya berpuasa di negara sendiri disamping keluarga dan kawan-kawan membuatkan kita rasa lebih bersyukur dan menghargai. Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf kepada semua sekiranya ada melakukan kesalahan sebelum ini.

 897 total views

Website Upin & Ipin

Selain saya ni selalu keluar-keluar event, kadang-kadang saya akan update website Upin & Ipin. Jadi seperti yang kita tau tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan dan kebiasaannya website Upin & Ipin ni hits sepanjang bulan puasa ni. Selain pengunjung nak tengok episod baru, kebiasaanya jugak nak dapatkan maklumat terkini seperti merchandise dan lain2. Jadi sebagai persediaan awal, ni merupakan layout Upin & Ipin yang baru siap dengan sponsor utama iaitu TM. InsyaAllah selepas ini akan ditambah dengan macam-macam benda lagi. Tunggu je lah

Layout website baru yang dikemas kini

Website yang pernah diguna untuk tahun lepas

p/s : dari time belajar dulu, saya start dengan buka webserver dikolej, serve movies, mp3 etc.. sampai sekarang ni buat website pula… tapi, takpe.. memang saya suka.. hehe

 2,005 total views

Mediahorizon di Bloghiburan.com

Layout baru Bloghiburan


Wow, rasa macam tak percaya pula bila tiba2 terperasan link blog ni di Bloghiburan yang sememangnya sudah dikenali ramai. Blog saya diletakkan di dalam kategori Rakan Media yang mana link blog lain2 tu sememangnya blog yang dihasilkan khas untuk perkembangan artis2 tanah air. Walaupun konsep blog saya berbeza sedikit dan lebih personal, namun rasa terharu kerana blog yang tak seberapa ni diletak juga di link tersebut. Terima kasih kepada Nazrin yang begitu komited dengan kerjanya tu.. hehe. Apa2 nanti insyaAllah kita akan update sama2 lagi. Thanks.

Link Media Horizon di ruangan Rakan Media


 1,031 total views