Category - Personal

Trip To Los Angeles (Mickey Mouse)

Assalamualaikum. Pada hari ke 3 ni banyak tempat-tempat dan pengalaman yang menarik saya dah lalui. Tapi oleh kerana masa sangat pack dan padat saya tak sempat nak tulis apa-apa pada hari ni. Sekejap lagi ni saya akan ke Universal Studio dan beberapa tempat yang lain lagi. Sementara itu, inilah gambar saya bersama Mickey Mouse setelah 1 jam beratur kat dalam rumah dia. ~

p/s : Sambal Mak Nurul pengubat rindu dengan makanan Melayu~

 1,718 total views

Trip To Los Angeles (Disneyland Park)

Salam Maulidur Rasul dari perantauan.~
Pada hari ke dua saya di LA, kami dah terus merancang ke Disneyland Park. Walaupun dah masuk hari ke dua, tapi actually kami baru sampai je di hotel pada pukul 11 malam semalam.. so kira macam baru hari pertama juga sebenarnya. Orang kata jetlag tu mungkin ada sikit-sikit sebab perubahan masa yang sangat besar.
Menunggu Breakfast 
 Kitaorang pun tak sabar nak makan
Jadi pada awal-awal pagi kami breakfast dengan makanan yang disediakan di hotel. Kat sini, hotel tak sediakan buffet breakfast macam kita kat Malaysia. Kita kena order makanan kita berdasarkan beberapa pilihan breakfast yang diberi. Macam biasalah, saya akan mengelak makanan ayam atau daging dan pilih sayur atau seafood sahaja. Dekat sini juga rupanya takde sos cili. Dorang makan semua pakai tomato sos dan tabassco sos. Memang susah tekak nak masuk makanan sebab kebanyakkannya agak tasteless. Nasib baik saya bawak sambal goreng Mak Nurul resepi orang Melaka… Hehe..
 Sos tomato dan Tabasco je yang ada
 Atas : Omelette dengan kentang 
Bawah : Pancake dengan kentang 
Ok, bismillah dulu
 

Read More

 3,792 total views

Maternity Photoshoot – Outdoor Session

Assalamualaikum. Beberapa minggu yang lalu saya dah kongsi pengalaman saya semasa bersiap sedia untuk sesi Maternity Photoshoot seperti pergi beli barang-barang dan mencari idea. Ok, tanpa membuang masa kali ni saya nak berkongsi situasi dan beberapa gambar final untuk sesi outdoor pula. Saya takut kalau saya tangguh lagi post kat blog ni, tengok-tengok si ibu dah bersalin pulak.. hehe.
Lokasi photoshoot ni dilakukan dikawasan Putrajaya sebab dekat dan banyak tempat-tempat yang cantik. Memperkenalkan semula, model bakal si ibu adalah kakak kepada Zarith Iylia iaitu Anis Iylia yang semasa sesi photoshoot ini kalau tak salah sudah mengandung lebih 8 bulan. Kali ni Zarith kena tolong saya jadi props girl dengan membawa semua props yang saya perlukan seperti tisu, payung, buku-buku, beg dan macam-macam lagi. Kali ni kita buli dia sikit…

Anis dan Zarith bersiap sedia

Lokasi Masjid Putrajaya menjadi pilihan
Pada awalnya sesi bergambar ni santai-santai saja dan saya bagi kebebasan kepada Anis dan Jojo untuk bergambar dengan pose masing-masing. Orang pregnantkan tak boleh berdiri lama sangat atau buat pose-pose yang extreme. Jadi saya banyak amik pose duduk dan sekali sekala berdiri. Macam mana sekalipun pose standard maternity macam buat bentuk love kat perut tu memang wajib diambil. Props macam kasut dan huruf “BOY” pun kadang kadang saya guna untuk hasilkan kelainan.
Sebelum bermulanya sesi outdoor ni, saya dah berbincang dengan pasangan untuk memilih tone warna baju yang sesuai.  Kombinasi warna pasangan haruslah nampak sedondon untuk hasilkan mood. Anis sendiri memilih baju warna hijau muda bersama tudung pink bagi menimbulkan warna ceria. Sayapun galakkan warna-warna ceria untuk sesi outdoor sebab nak bagi nampak happy dan seolah-olah tak sabar nak tunggu kelahiran.
Pose “Love” 

 Penggunaan kasut dan huruf sebagai props

Pemandangan berlatarkan Masjid Putrajaya

Dari Masjid Putrajaya, kita bertukar lokasi iaitu ke Pullman. Siapa tak pernah pergi ke Pullman ni memang rugi sebab pemandangannya sangat cantik. Pullman ni pun sangat terkenal dikalangan photographer untuk photoshoot pre-wedding dan maternity. Saya tak sempat dan survey kawasan yang cantik sebab semasa tu tak sempat. Jadi saya hanya memilih satu kawasan jambatan kayu dan menghabiskan masa lebih kurang 30 minit bergambar.
 Bergambar di Pullman
Beberapa shoot mengunakan props

Seterusnya saya mencari lokasi yang banyak pokok-pokok dan rumput hijau. Lokasinya adalah Taman Botani. Kat sini saya spend masa sekejap je sebab masing-masing macam dah penat. Dapatlah juga saya capture beberapa moments menarik seperti ekspresi muka dan composition gambar yang lebih cantik. Elemen daun dan nature somehow memang banyak digunakan oleh photographer untuk maternity photoshoot. Selain gambar nampak cantik, nature feels ni akan memberikan mesej ketenangan kepada si ibu yang sebenarnya tengah sangat takut nak menghadapi due date.

 

Scene bawah pokok yang tenang

The best moment

The Sign

Overall experience memang sangat bernilai. Baru saya tahu maternity photoshoot macam ni kita kena hargai masa sebab si ibu mungkin akan penat. Kita kena guide sebijak mungkin dan capture the moments sebanyak mungkin. Yeah, itulah diantara perkara yang sangat dapat belajar. Dan lagi satu tips for the whole maternity photoshoot ni adalah kita kena naikkan confident bakal ibu. Tahu tak bila sedang mengandung, dorang akan rasa macam  tak yakin sebab nampak diri sendiri macam terlalu gemuk dan sebagainya. Jadi, camera angle serta pemakaian boleh “melupakan” dilema bakal ibu buat sementara. Camera angle tu kita boleh cari yang angle tight sikit ataupun center pointnya bukanlah pada perut. Try untuk bagi ruang kepada bakal bapa untuk berinteraksi dengan pasangannya.

Saya bersama Zarith, Anis dan Jojo

p/s : using Canon 5D 

 4,776 total views

Peminat Setia : Danish & Danial

Pada post yang lalu saya dah berkongsi cerita mengenai salah seorang peminat setia iaitu Kelly. Selepas ramai yang membaca mengenai cerita Kelly, saya telah mendapat beberapa respon yang sangat baik. Ramai nak saya teruskan sebab nak tahu cerita-cerita menarik mengenai peminat setia Upin & Ipin.

Danish & Danial pada tahun 2009
Kisah peminat setia seterusnya yang ingin kongsi adalah kisah Danish & Danial. Siapa yang tak kenal dengan kembar comel ni mesti jarang join event Upin & Ipin kan?. Danish & Danial ni selalu muncul dalam event Upin & Ipin. Ada beberapa event memang berdasarkan jemputan saya dan ada yang event yang dorang memang suka-suka datang. Tapi apa-apa pun setiap kali dorang join event Upin & Ipin mesti ramai yang akan bergambar dengan dorang ni.

Danish ketika di Zoo Negara (2010)

 Danial ketika di Zoo Negara (2010)
Danish & Danial sebenarnya bermula menjadi “Upin & Ipin” bila memasuki pertandingan pakaian beragam masa kecik-kecik dulu. Masa tu penjaga dia test jadikan dia seperti Upin & Ipin. Tengok-tengok ramai yang suka dan terus dapat sambutan. Pertama kali saya berjumpa dengan Danish & Danial adalah pada tahun 2009 iaitu sekitar sesi promosi filem Geng. Masa tu, rumors pasal ada kembar macam Upin & Ipin ni tersebar meluas sampai ke Friendster (Masa tu tak femes sangat Facebook) hinggalah saya dapat jumpa sendiri semasa di event Read Malaysia di Mines. Saya mula-mula tak sure nak buat apa dan berbelah bagi. Samada nak ambik gambar sama-sama ataupun nak saman (Sebab pakai imej Upin Ipin tanpa kebenaran.. kononnya la).
 
Turut sertai Suarasa TV9
Ada milk mustache.. macam Upin Ipin dalam iklan Wyeth
Tapi selepas kerap berjumpa di beberapa event, saya ambik inisiatif untuk berkenalan dan merapatkan hubungan. Sejak dari itu, saya selalu juga membantu Danish & Danial dalam apa-apa event Upin & Ipin dan cuba menjadi seperti Abang angkat kepada dorang ni. Dorang sebenarnya sangat nakal dan susah nak jaga.. Hehe.. Tapi, mungkin ada timing-timingnya dan cara nak approach dorang then barulah dorang ni okay dan boleh berkawan. 
Saya masih ingat event di Melaka Wonderland 2010 di mana kami ada makan malam dengan pihak penganjur di restoran di Melaka. Semasa makan malam tu saya main-main ambik gambar Danish & Danial ni walaupun saya tahu dorang sangat susah nak bergambar. Bukan susah dari segi apa, susah dari segi nak senyum dan buat macam-macam expression yang pelik-pelik. Tapi malam tu dorang boleh dengar cakap saya dan ikut 3 pose bergambar cara comel yang saya ajar. Bermula dari situlah, pose-pose ni melekat kat dorang bila nak bergambar kat mana-mana event sekali pun. Walaupun nak bergambar kat rumah.

 Danish & Danial di Melaka Wonderland
Saya yang ajar dorang bergambar macam ni

Antara event lain yang penting buat Danish & Danial adalah di Karnival Upin & Ipin di SACC dan di Perak sebab Danish & Danial mengetuai pasukan animation parade ketika tu. Memang tak dapat dinafikan dengan penampilan Danish & Danial semasa parade tu sedikit sebanyak dapat mengambarkan macammana sambutan ataupun penerimaan siri Upin & Ipin kepada peminat-peminatnya. Turut serta dalam parade tu adalah 200 kanak-kanak lain yang turut memain pakaian seperti Upin & Ipin. Namun sudah tentulah yang istimewanya adalah Danish & Danial.
Ketika di Perak, kesihatan Danish & Danial agak kurang baik. Badan dorang agak panas dan tak bersemangat nak sertai apa-apa acara ketika tu. Mungkin juga situasi yang terlalu mengejutkan sebab Danish & Danial bersama penjaga masa tu datang naik train ke Ipoh pada petang sebelum hari event tu. Ditambahkan pula dengan cuaca panas ketika parade memang senang untuk jatuh sakit. Walaupun pada event tu Danish & Danial tak sihat sangat, tapi saya betul-betul berterima kasih kerana sokongan luar biasa yang diberikan.
Ketika di Suarasa TV9

 Ketika di Space U8 (2011)

Sertai event di Geng’s Corner
Memang banyak betul event yang pernah disertai oleh Danish & Danial. Boleh dikatakan kesemua staff Les’ Copaque memang kenal dengan dorang ni. Selain saya, Danish & Danial juga sangat rapat dengan “Opah”. Mungkin dorang ni menjiwai watak Upin & Ipin agaknya. Tapi kalau mood tengah hyper macam mana sekali pun kalau kat situ ada “Opah” mesti dorang akan dengar cakap Opah.
Dengan berimej Upin & Ipin, perwatakan Danish & Danial sekejap saja dapat dikesan oleh pihak media. Dorang ni pernah keluar sebagai cover depan majalah E-Baca keluaran Karangkraf pada tahun 2010. Bukan senang tau nak terpilih masuk majalah, siap jadi cover lagi tu. Tak lama selepas tu, bakat lakonan dorang pula cuba digilap di dalam penampilan khas filem “Momok – Jangan Cari Pasal. ” Filem Momok ni khabarnya akan ditayangkan dipawagam pada tahun 2012 ini juga. Sama-samalah kita beri sokongan nanti.
Cover depan majalah E-Baca
Pada tahun ini, Danish & Danial sudahpun memulakan persekolahan darjah 1. Macam-macam cerita kelakar saya baca di Facebook maknya berkaitan pengalaman hari pertama pasangan ni bersekolah. Bila dah masuk darjah 1 ni, mungkin imej Upin & Ipin secara tak langsung terpaksa dikurangkan. Yelah, takkan nak ke sekolah dengan rambut sehelai macam Upin kan? Sure sekolah tak bagi. “Tapi, kita tengoklah macam mana nanti. InsyaAllah.. boleh join lagi” Itulah pesanan penjaganya kepada saya dihari-hari terakhir sebelum Danish & Danial melangkah ke alam persekolahan.

Saya nak amik kesempatan untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada Danish & Danial serta keluarga dengan sokongan yang tak pernah putus-putus selama ini. Terima kasih kerana memeriahkan dunia “Upin & Ipin”.

Facebook Danish & Danial : https://www.facebook.com/ddfarhan

 2,188 total views

Maternity Photoshoot – The Preparation ~

Assalamualaikum dan berjumpa lagi di dalam blog saya ni. Alhamdullilah.. dah lama saya teringin nak mencuba maternity photography ni semenjak saya kenal dengan camera DSLR. Tapi untuk sekian lama, saya tak pernah dapat peluang untuk try. Kalau tak salah tahun lepas saya ada offer Kak Ijan, tapi dia kata dia malu sangat. Malu punya malu tengok-tengok dah 2 kali saya tak dapat ambik gambar semasa dia sedang mengandung.
Untuk maternity photoshoot kali ni saya diberi peluang untuk amik gambar kakak Zarith iaitu Anis Iylia sendiri. Mengikut dari due datenya insyaAllah dia akan deliver sekitar pertengahan bulan Februari nanti. InsyaAllah baby boy~! Jadi bukan saya saja yang sibuk-sibuk nak buat photoshoot ni, tapi si Zarith sendiri pun sibuk jugak sebab kena teman saya buat persediaan nak beli props dan apa-apa yang berkaitan dengan photoshoot tu nanti. Lokasi utama kami adalah sekitar One Utama, The Curve dan Ikano.

 

One Utama ketika tu boleh kata ramai juga orang. Yelah, maklum saja ramai yang shopping untuk CNY. Agak awal pagi jugalah kitaorang sampai kat sini. Jadi, sebelum apa-apa kita mulakan dengan breakfast dulu. Walaupun niat awalnya untuk beli barang maternity tapi kitaorang mula-mula setelkan barang kitaorang dulu di One Utama ni. Boleh pulak kat OU ni, beli je barang ada cabutan bertuahlah pulak. So, kitaorang pun beratur dan tunggu apa hadiah cabutan bertuahnya. Hadiahnya boleh tahan menarik seperti Gold Medal 10Gram, 5Gram dan 1Gram. Yang lain-lain tu biasa-biasa je. Tapi, kitaorang dapat hadiah kotak tisu dan bantal sahaja. Haha… takpela, janji dapat jugak hadiah.~!
 
 Ramai juga orang di One Utama walaupun pada awal pagi
 
Bergambar di kedai cenderamata barangan CNY

Antara hadiah cabutan bertuah (kecuali bag Gap tu)

 Breakfast di Kopitiam jap

Masih bergambar

Selepas hampir sejam dua berada di One Utama tu barulah perasan yang sebenarnya tak beli apa-apa pun lagi untuk barang maternity. Tu pun sebab banyak barang plan nak beli sekitar The Curve nanti. Jadi lokasi seterusnya adalah di The Curve. Siapa pernah pergi flea market sure tahu macam-macam barang ada dijual kat sini. Dari pakaian, cenderamata hinggalah kepada barangan pakaian bayi. Antara barangan yang ada dalam kepala adalah baju dan kasut baby. Tak sure size apa yang patut beli untuk baby, tapi taknak terlalu kecil sebab tak nampak cantik dalam gambar. Cukuplah size sederhana, boleh juga pakai bila dah besar nanti.

 Flea Market
 Ye, kat sini pun kena amik gambar jugak

Hadapan E-Curve Cineleisure

Flea Market

Pakaian Baby

 Rasanya ni payung~

Pakaian baby gurl

 Yes, inilah baju yang kitaorang beli!

Banyak pilihan

Diantara props yang dapat kitaorang jumpa adalah seperti kasut, baju-baju dan beberapa props kecil-kecil yang colorful. Memang rambang mata bila datang sini. Nak beli benda lain, benda lain pulak terbeli. Tak caya tengok lah ni!

Banyak baju-baju characters yang comel-comel

Cantikkan baju-baju characters macam ni? Kalau ada yang suka bolehlah pergi tengok-tengok kat flea market ni setiap weekend. Saya berkenanan nak beli couple t-shirt macam Donald Duck dengan Daisy ataupun Mickey dengan Minnie Mouse ataupun Stitch dengan Pink Stitch (taktau nama)… tapi oleh sebab size dah habis.. jadi kitaorang beli dua-dua pun watak stitch. Harga sehelai tshirt ni adalah RM29 dan dipackkan dalam bekas mesra alam. Sangat eksklusif!

Ye, Comel sangatt

Dalam keasyikkan saya amik gambar-gambar di atas ni adalah kakak yang menjual tudung ni tegur. “Takde pun orang nak amik gambar akak”. “Untung girlfriend ada orang amikkan gambar”. Saya pun jawab, yelah kak nak saya amik gambar akak pun boleh je… Rupanya akak ni sekali sekala ada juga menjadi model tudung sendiri. Mungkin ada bisnes online rasanya. Hopefull, bisnes online pun masyuk jugak…

 Senyum skit kak, nak amik gambar ni..

Beli anak tudung pulak

Oklah, itulah sedikit sebanyak cerita pasal nak beli barang semasa preparation. Walaupun nampak sikit tapi kami yang seharian mencari barang ni rasa macam nak tercabut kaki dah.. Hehe.. Nanti saya akan sharekan output dan beberapa tips pasal maternity photography.

 2,304 total views

Peminat Setia : Kelly

Kali ni saya tergerak hati ingin berkongsi cerita berkaitan dengan peminat setia Upin Ipin yang saya pernah kenal disepanjang 5-6 tahun kebelakangan ini. Terlalu ramai untuk diingati dan diceritakan sebenarnya. Tetapi ada beberapa orang peminat kecil yang sangat setia dan selalu berhubung sehingga kadang-kadang terasa terharu dengan sokongan yang telah diberikan. Senarai peminat setia ini tidak dikeluarkan mengikut senarai ranking sebab saya tulis mana yang saya ingat dulu…

Kelly bersama “Mei Mei” ketika di Karnival Upin Ipin Shah Alam 2010

Kelly bersama pasukan “Lanun”nya

Saya akan mulakan dengan Kelly. Kelly ni berasal dari Ampang dan pertama kali saya berjumpa dengan Kelly sebenarnya pada tahun 2010. Mak Kelly iaitu Mandy pada awalnya berurusan dengan saya untuk menjadi penonton rancangan Kelab Upin & Ipin. Masa tu shooting Kelab Upin Ipin ni nak dilakukan di Damansara.  Tak sangka first time jumpa Kelly dia nampak sangat comel dengan pakaian ala-ala princess. Tapi masa tu dia malu-malu sebab dia takde kawan nak berborak. Sedikit demi sedikit saya cuba mengenali Kelly dan maknya.
Selepas tu involvement terbesar Kelly adalah semasa di Karnival Upin Ipin Shah Alam pada hujung tahun 2010. Kelly dipilih untuk memakai baju Puteri Mei Mei. Dia suka sangat masa tu. Kelly ditempatkan di dalam kumpulan “Lanun” dan bukan di bawah jagaan kumpulan saya. Walaupun macam tu, tapi mak kelly sangat appriciate bantuan saya sebab bagi anak dia expose dengan aktiviti macam ni. Mak dia nak sangat Kelly ni bergaul dan berkawan dengan semua orang supaya boleh build confident.

 Kelly bergambar untuk Majalah Komik Upin & Ipin

Oleh kerana kecomelan Kelly menjadi puteri Mei Mei, saya pun bawa Kelly ke studio untuk test suara. Manalah tau dia boleh buat suara Mei Mei. Tapi mungkin dalam umur 6 tahun masa tu agak terlalu awal untuk Kelly berani mencuba. Tapi tak kisah, its worth the effort sebab relation dengan Kelly tak habis sampai situ.

Selang beberapa bulan lepas tu, kami semua buat Karnival Upin Ipin di Melaka Wonderland. Ada juga ajak Kelly, tapi masa tu dia tak dapat pergi sebab ada Birthday Party dia di KL. Yang kelakarnya, dia pulak ajak saya join Birthday Party dia yang dia buat di McDonalds. Siap ada kad jemputan McDonald lagi. Its was a cute invitation. Tapi saya tak dapat pergi sebab tarikh tu saya masih di Melaka. But, thanks again for the invitation.
Antara mainan koleksi Kelly di rumah

Pada hujung tahun lepas, tiba-tiba saya memerlukan contents untuk Majalah Komik Upin & Ipin. Contents untuk segment baru tu adalah untuk segment “Cerita Kelab Upin & Ipin”. Jadi saya pilih Kelly untuk berkongsi cerita menariknya sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Bermulalah satu lagi involvement baru Kelly ke dalam Majalah Komik Upin Ipin pula. Untuk menyiapkan cerita tu, saya kena pergi ke rumah Kelly untuk ambik gambar dan data-data yang saya perlu. Jadi secara tak langsung, saya diberi peluang untuk kenal Kelly dan keluarga dengan lebih rapat lagi. Kelly ni sebenarnya anak tunggal dan famili dia sangat jaga dia betul-betul. Teruja pertama kali datang ke rumah Kelly banyak betul tengok permainan Kelly seperti dapur memasak, toaster, patung-patung dan terlalu banyak lagi. Isu majalah yang ada cerita Kelly pun dah berada dipasaran sekarang. Habis mak dia borong semua kat kedai.

Walaupun Kelly masih malu-malu sampai sekarang tapi saya tahu Kelly sangat happy jadi sebagaian dari ahli Kelab Upin Ipin. Last event saya di Muzium Negara, saya sendiri ada letak beberapa gambar Kelly disegment galeri bagi menunjukkan gambar-gambar peminat setia Upin Ipin. Ada satu hari dia datang ke Muzium Negara semasa hari saya tak bertugas, mak dia terus sms saya sebab dia terkejut. Terkejut tengok ada gambar Kelly di muzium negara. Kelly katanya menjerit bila jumpa gambar dia yang diprint sebesar A3 tu. Panjang betul mak dia sms kat saya malam tu, cakap terima kasih dan dia thankful sebab kenal dengan saya. Wow~!

Kadang-kadang kita tak expect apa yang kita buat tu is a big favor sangat sebab memang part of our job. Tapi bila adanya pujian dan expression macam ni membuatkan kita rasa di-appreciate sangat dan ia adalah sangat priceless.

p/s : Thanks juga sebab support Upin Ipin. XOXOXO

 2,210 total views

Orang gi mancing, kita gi makan ~

 
Tu la nak gi mancing macam malas sebab malas nak menunggu ikan tu makan umpan. Baik kita sendiri gi makan, lagi baguskan. Ha itulah aktiviti paling latest iaitu makan ikan di tepi kolam pancing. Lokasinya terletak kat Shah Alam seksyen 24 berhampiran dengan uptown Shah Alam. Aler, kalau orang Shah Alam sure tahu punya lah~!
Zarith dan Saya sebelum kenyang

Pada malam kejadian tu, si tukang pengajak makan dan merangkap rakan mangsa iaitu Nurulhuda telah menghabiskan set ikan siakap 3 rasa berserta makanan sampingan yang lain sebab saya dan Zarith lambat sampai. Cepat betul habisnya sebab masa saya otw, dia kata dia baru sampai restoran tu. Tapi, takpelah.. oleh kerana saya pun lapar, jadi kami mengorder satu set lagi ikan siakap 3 rasa yang harganya hanya sekitar RM29 (setelah dimasak).

Sotong Goreng Tepung

Kailan Ikan masin

Ikan siakap terbaik nie~

Isi ikannya memang terbaik sebab rasanya sangatlah fresh. Ikan sebesar tu akhirnya selamat juga ditangan saya dan Zarith. Walaupun bersaiz sederhana, tapi oleh kerana taknak bagi Nurulhuda dan Neysa curi ikan tu.. saya tetap bersemangat habiskan sehingga ke kepala. Kak Ijan dan famili pun ikut juga. Terima kasih kepada Kak Ijan selaku rakan penaja pada malam tu. Semoga dimurahkan rezeki lagi. Amin~

Neysa dan Nurul kenyang benor makan

Bersama Damia Comel~
p/s : Teringin nak buat blog pasal makanan… hehe

 1,438 total views

Mentedarah di Pizza Hut

Betul ek eja Mentedarah tu? Hehe, actually baru-baru ni saya dan beberapa orang lagi baru je sepakat makan di Pizza Hut sebab promosi special 1 hari yang Pizza keluarkan. Promosi dia adalah 4 Pizza size personal berharga RM27 dan save RM11 katanya.

Kitaorang pun print promosi 2 helai dan order 8 Pizza size personal tu. Orang yang makan masa tu ada 5 orang je. Ni semua Nurul punya idea. Last-last x habis dia yang kena habiskan. Hee

P/s : Sekarang ni semua fast food pun banyak buat promosi sehari dua yang murah. Taukan ada promosi KFC yang dibatalkan oleh KFC haritu kena kutuk gila-gila oleh orang ramai.

 1,154 total views

Damia Umairah

Damia Umairah

Setelah 9 bulan penantian akhirnya Kak Izan atau nama sebenar Khairiah Hafizan telahpun melahirkan seorang puteri yang comel. Nama diberi Damia Umairah. Sekali pandang memang akan perasan dengan rambutnya yang sangat panjang dan lebat. Pada hari kejadian kelahiran kalau tak salah saya sedang ada di event jadi tak sempat nak melawat. Lagi pun Kak Izan memang tak bagi melawat kat hospital.

Dalam kurang dari seminggu, saya dan beberapa orang lagi officemate akhir berkesempatan juga lah melawat baby baru Kak Izan. Oleh kerana proses kelahirannya kali ini lebih mudah, jadi Kak Izan nampaknya begitu lincah dan tak sedikit pun macam orang berpantang. Dengar kata pada minggu ke dua dia dah mula pegi shopping di Jusco. Takpelah, biorlah dia lepas geram sekejap, asalkan tidak memudaratkan.

Kak Izan bersama puteri tercinta
Afiq anak pertama Kak Izan

Walaupun standard diberi cuti kepada ibu baru bersalin sekarang ini ialah 3 bulan, tapi Kak Izan khabar hanya akan mengambil cuti 2 bulan saja. Maklumlah risau tengok Nisa di office sorang-sorang je. Oklah, apa-apa pun tahniah dan syukur diucapkan kepada Kak Izan dan keluarga. Semoga diberkati dan menjadi anak yang solehah.

 1,888 total views

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum semua. Akhirnya tahun baru 2011 pun datang bagi mengantikan tahun 2010. Sungguh cepat masa berlalu, seperti baru semalam saja kita berada di tahun 2010 (memang semalam pon). Saya membaca kembali blogpost pada awal tahun yang lepas. Rupanya pada masa itu saya sedang sibuk menjalankan urusan kerja event ke merata pelusuk negeri. Ada masa yang saya pergi ke Terengganu dan ada juga yang pergi ke Taiping. Begitu juga dengan penutup pada tahun ini. Saya bersama rakan seperjuangan yang lain baru saja selesai mengerjakan urusan event yang sangat besar. Nampaknya begitulah secara ringkasnya kehidupan saya disepanjang tahun 2010. Dipenuhi dengan event sehingga blog ini juga terbengkalai hendak diusahakan. Pada tahun 2010, saya hanya menulis sebanyak 39 post berbanding dengan pada tahun 2009 iaitu sebanyak 130 posts. Erm, insyaAllah saya akan ubah dan cuba menulis sebanyak mungkin pada tahun 2011.
Kali ini saya meminjam cover Majalah Komik Upin & Ipin sebagai penghias ucapan tahun baru. Doakan kesihatan saya dan insyaAllah saya akan terus buat yang terbaik.

 2,334 total views