Category - Personal

Seharian bersama Upin, Ipin dan Kak Ros

Saya berasa sungguh seronok seharian bersama dengan Upin, Ipin dan Kak Ros. Semuanya berkisar dari perjalanan kami ke studio SuriaFM untuk sesi temubual. Saya ni kan penjaga semua voice talents jadi memang sudah menjadi tanggung jawab saya membawa mereka ke studio dan memastikan segala perjalanan aturcara berjalan dengan baik. Kami diminta berada di studio pada pukul 7:30pagi. Tetapi 7:30 pagi kami masih di dalam kereta dan baru bergerak masuk ke KL melalui Putrajaya. Yelah, mula-mula saya kena ambik Kak Ros di Shah Alam dan kemudian ambil Upin/Ipin di Putrajaya. Barulah boleh ke studio SuriaFM yang terletak berhampiran dengan bulatan Pahang. Jauhnya bertambah dengan jem pulak tu.

Kesian Abang Halim tunggu kat studio

Abang Halim dan Zizi secara spontannya sudahpun memberi hints yang Upin & Ipin akan berada di studio pagi itu. Jam dah pun hampir pukul 8pagi dan kami masih di dalam kereta bersama dengan kesesakan lalulintas. Kami masih mendengar radio Suria FM kalau-kalau ada perkembangan terkini. Abang Halim berjenaka yang Upin & Ipin sudahpun sampai tetapi masih sangkut di lobi kerana ramai sangat peminat. Saya dan Kak Ros berpandangan sesama sendiri tanda cuak. Setelah mengharungi pelbagai halangan, akhirnya kami sampai juga sekitar pukul 9 pagi. Ada juga terlintas niat untuk mengaku kalah, tetapi kami taknak pulang dengan sia-sia. Syiela pula yang dah tidur bangun berapa kali entah, begitu tenang menyapa apabila sudah tiba ditempat parking kereta.

Syiela ketika mencuba headphone yang diberi

Abang Halim yang begitu sempoi

Zizi, Kak Ros, Syiela dan Abang Halim

Syiela dan Idaman (Kak Ros) sempat juga memenuhi baki 1 jam slot yang ada pagi itu. Bolehlah daripada tade. Keadaan office di SuriaFM agak sunyi tidak seperti studi HotFM. Kami bergambar bersama penyampai radio dan terus meninggalkan studio. Abang Halim seorang sahaja yang mengiringkan kami dari studio hinggalah ke lobi. Erm, agak segan pada mulanya sebab saya begitu menyanjungi Abang Halim. Dia sangat peramah dan baik. Seronok dapat berjumpa. (Tapi kenapa saya tak ambik gambar dengan dia? uhuhuk)

Oklah, bila saja balik saya mengajak Syiela dan Idaman untuk teman saya servis Honda City untuk 1000 mileage. Dorang pun ok je sebab tak rushing sangat. Pertama kali ke pusat Honda, saya rasa bangga sebab saya membawa 2 talents besar. Ermm, tapi sorang pun tak kenal dengan Syiela mahpun Kak Ros. Akhirnya cleaner Indonesia di situ yang mengecam Syiela. Terer betul dorang neh.

Kak Ros asyik main PSP je.. main game apa tu

Erm, lama juga nak tunggu ni

Oklah, pasal Honda pulak. Disepanjang kami berada di pusat Honda ni, teruja betul Syiela berceria pasal Honda ayahnya. Dia kata ayah dia juga ada kereta Honda. Erm, sempat pula Syiela kata dia nak beli kereta Honda bila dah besar nanti. Kalau nak tahu, Syiela ni juga suka bergambar. Kebanyakkan dari gambar kat blog ni, Syiela yang ambil. Sudah tentu pakai kamera saya. Takpe, awal-awal ni kita galakkan dia minat dengan camera, nanti dah besar senang.

Ni ke kereta ayah Syiela?

Erm, ni kereta saya

Kacau Kak Ros main PSP jap

Wah, Syiela dah book kereta Honda

Dah boleh buat down payment kereta dah ni

Makan McD

Lebih kurang sejam kat situ, akhirnya kami pun balik ke LCP. Tapi sebelum tu, terasa macam nak pergi makanlah. Jadi kami pun singgahlah ke McD Giant sekejap. Selepas tu, kami pun balik ke office. Saya tinggalkan kamera saya bersama Syiela dan di bawah ini merupakan diantara gambar yang diambil oleh Syiela. Entah, macam-macam gambar di ambil.

Uncle sempoi

Fizi pun ada?

Gambar apa ni?

Syiela nak key in gaji sendiri ke? hehe

Oklah, pada sebelah petangnya selepas selesai sesi rakaman suara, saya menghantar Syiela balik kat rumah dia di Putrajaya. Seronok layan dia bercakap disepanjang perjalanan. Ok, nanti kita jalan-jalan lagi.

p/s : Syiela sibuk betul bekerja~

 2,625 total views

My workstation

Nak kata workstation sangat tu takdelah, cuma kali ni saya nak berkongsi mengenai gambar tempat saya bekerja di rumah. Saya lebih selesa pakai laptop saya ni dan diattachkan kepada monitor. Erm, kalau ada duit lebih ada monitor widescreen besar pun cun jugak ni. Laptop yang saya sedang gunakan ialah DELL XPS 16″ dan sesuai untuk kegunaan gaming dan kerja 3D ringkas. Kiranya kalau nak render sikit-sikit tu bolehlah pakai laptop ni. Laptop ni setiap hari saya gunakan untuk update facebook, transfer gambar dari DSLR, transfer video/lagu ke handphone saya, tengok movie dan mendengar lagu. Selain laptop kesayangan saya ni, NOKIA N900 saya antara item kesayangan saya yang baru. Dengan N900 ni, pada kebiasaanya saya mendengar internet radio sambil membluetoothkan audio out nya ke speaker melalui laptop saya. Erm, memang best.

Kawasan keseluruhan workstation

Laptop Dell XPS saya yang tidak
pernah mengecewakan

Nokia N900 yang dibluetoothkan bersama laptop

Ha, macamtu lah rupa workstation saya ni. Lepas ni saya akan kongsi cara saya mengoptimumkan kegunaan N900 saya dengan kawasan sekeliling saya. Saya boleh spend sepanjang weekend saya dengan hanya duduk di workstation saya.

 1,326 total views

Wedding Aida Gadis Melayu & Saiful Penyampai Berita TV3

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang sudah lama menyepi. Ada lagi ke pembaca blog saya ni? Sudah 2 bulan menyepi dan saya terlalu sibuk mengupdate blog yang satu lagi. Tapi saya rindu blog saya sendiri. Jadi, kali ni saya akan membayar hutang blog saya dengan pos lama yang patutnya saya pos 2 bulan lepas. Wedding yang dinanti-nanti dan menjadi perbualan ramai orang. Siapa lagi kalau bukan wedding Aida dan Saiful. Sebaik sahaja saya selesai upload gambar wedding mereka berdua ni fi Facebook, habis gambar yang saya upload tu orang ambik dan taruk di web-web peribadi. Tapi takpe, yang penting saya sangat gembira kerana diundang ke wedding Aida ni, dapat 2 kali kad jemputan lagi. Nampak sangat wajib datang. Hahaha…

Cantik kad menghiasi meja majlis

Dewan perkahwinan yang besar dan cantik
Dewan dipenuhi dengan tetamu undangan

Majlis perkahwinan ni dilangsungkan di dewan MBPJ pada 6 Jun yang lepas. Saya dan Afiq sudah mula bertolak dari rumah sejak awal petang lagi sambil membawa hadiah istimewa untuk pengantin. Saya dan pengantin je tahu apa isi hadiahnya. Hehe… Jarang-jarang ke wedding artis, mestilah nak kena bersiap sedia dengan camera. Menjejakkan kaki saja ke dalam dewan majlis, sudah boleh mula nampak beberapa orang artis dan orang kenamaan turut memeriahkan majlis. Antara yang saya boleh ingat ialah kawan baik Aida iaitu peserta gadis melayu seperti Husna, Aisyah dan Zehra Zamri. Tidak kurang juga, beberapa orang besar seperti Dato Seri Farid Ridzuan dan beberapa menteri yang lain.

Pesilat kecil sedang bersiap sedia

Wah, banyaknya hadiah!

Saiful dan Aida ketika mula berarak ke dalam dewan

Ramainya jurukamera berebut dan ambil gambar
Antara VVIP yang duduk dikerusi hadapan sekali

Bila mula saja pengantin dibawak berarak masuk ke dalam dewan, begitu ramai jurukamera yanng berebut-rebut nak ambil gambar. Saya pun dengan berbekal kamera putih sama-sama berebut mengambil gambar juga. Ada diantaranya yang dari program NONA, Berita TV3, surat khabar dan majalah. Tetapi saya yang tidak dari mana-mana ni dengan selambanya turut berebut mengambil gambar. Biar nampak macam orang media sikit. Pasangan pengantin yang sepakat mengenakan pakaian putih sungguh kelihatan cantik dan ayu. Majlis yang begitu santai dan tenang ini begitu meriah dan terasa cepat masa berlalu. Antara yang membuat saya teruja ialah video wedding mereka. Video yang dihasilkan seolah-olah video music video lagu dengan shots dan camera angle yang sungguh cantik.
Pasangan pengantin dipelamin tersenyum
Zehra Zamri ambil gambar sendiri nampaknya
Comelnya adik Aida, dengar cakap pulak tu

Scene suap kek pulut


Saiful & Aida nampak sama cantik dan padan

Afiq dan saya sempat bergambar bersama pengantin


Majlis perkahwinan yang berakhir sekitar 11 malam ini, membuatkan saya terbayang-bayang macam mana nanti majlis saya pula. Ketika saya menulis blog ini, Afiq pula baru sahaja pulang dari berbulan madu. Wah, semua orang dah kahwin ni. InyaAllah, kalau ada jodoh nanti tak lamalah tu. Hehe


p/s : terima kasih kepad Zawin, adik Aida kerana banyak membantu. Ohyeah!

 2,838 total views

Akademi Vokal untuk Nanad

Kalau kita biasa dengar Akademi Fantasia ataupun Mentor mahupun Gangstar, geng-geng LCP sendiri di atas dasar-dasar mencungkil bakat terpendam dan mengubat luka dihati sebenarnya agak aktif menganjurkan Akademi Vokal. Akademi Vokal mahupun bahasa kasarnya karaoke beramai-ramai ini kerap dilakukan di area Klang ataupun Shah Alam. Bilangan penyanyinya pula biasanya mesti lebih dari 12 orang, barulah dipanggil Akademi.

Suasana di bilik Akademi

Leman sedang menghayati
lagu yang disampaikan

Akademi Vokal kali ini agak istimewa kerana ianya bersempena dengan hari terakhir salah seorang kakitangan LCM iaitu Nanad. Nanad ni merupakan antara member yang rapat dan juga persaing Ella kalau di dalam Akademi Vokal kami. Kami sungguh teruja setiap kali Nanad menyanyikan lagu Ella kerana ianya memang sama. Lirik lagu yang dia nyanyikan memang sama dengan Ella.

Nyanyi la lagi

Ni nyanyi sampai keluar lidah dah

Pada kebiasaannya bila dah ramai macam ni, Akademi ni mengambil masa lebih kurang 3 jam. Memang masing-masing sangat sporting dan menyokong persembahan orang-orang yang lain. Antara penyanyi lain yang mendapat undian tertinggi pada kebiasaanya ialah Kiki. Kiki ni merupakan salah seorang intern yang pada masa ini dah sambung belajar. Yang ajaibnya tentang Kiki ni tenaga dia tak pernah abis dan selalu akan mengikut video klip. Kalau penyanyi tu menari panjat dinding, dia pun nak panjat dinding. Kagum banget!

Kiki bersemangat

Macam-macam aksi pun ada

Nanad dan Kiki bergabung, meletop tak?

Gambar kenangan bersama Nanad

Aik, gambar saya tade ke? Iye, gambar saya tak banyak kerana sayalah jurugambar pada masa itu. Suara saya pun tak sedap sangat, jadi malaslah promote lebih2. Tapi dorang ni semua sering menyamakan saya dengan Yusry KRU. Saya pun kurang pasti kenapa. Tapi apa-apapon, all the best kepada Nanad kerana setiap lagu yang dinyanyikan bersama akan diabadikan. Ceh wah…

 1,161 total views

Talk di UiTM Kedah

Best jugak dapat naik kapal terbang ni. Maklumlah dah disponsor, jadi amik je la peluang ni. Walaupun dekat, tapi talk di UiTM Kedah kali ni menaja penerbangan saya ni. Perjalanan lebih kurang 1 jam saja kalau dibandingkan dengan memandu boleh sampai 4-5 jam. Tapi rasa macam bosanlah pulak naik flight ni. Dah la nak kena check in la, tunggu flight la.. rasa macam drive sendiri lagi senang, bebas je nak ke mana-mana. Nak merewang pun senang. huhu

Sempat juga amik gambar kapal
terbang sebelum naik

Okay, flight ni actually mendarat di Penang dan ada orang amik saya untuk ke UiTM Kedah pula. Tu pun dah makan lebih kurang 30 minit lagi. Aduh, terseksa jiwa raga. Talk saya tu sebenarnya keesokkan hari, jadi pada malamnya saya dibawa pergi makan satu gerai nasi kandar yang dikatakan sedap gila ni. Saya pun lupa nak rasa sedap gila ke tak, sebab sedar-sedar je nasi depan saya dah abis. Hmm…

Kedai Nasi Kandar sedap!

Nak makan kena beratur dulu ye

Okay, tugas sebenar saya pun bermula pada keesokan paginya. Kalau siapa perasan saya dah selalu ke UiTM untuk beri seminar atau talk tapi UiTM Kedah ini yang pertama kali. Cuba kita list jap, UiTM Segamat, UiTM Shah Alam, UiTM Perak, UiTM Terengganu dan UiTM Kedah. Erm, pengalaman di UiTM Kedah ni sudah tentunya pengalaman baru dan tidak boleh dilupakan. Walaupun bukanlah UiTM feveret saya tapi suasananya masih best. Apa agaknya yang saya cakap lama2 tu ek. Sebenarnya setiap talk tu contentsnya agak sama. Cuma yang membezakannya ialah dari segi update. Mungkin pada talk lain saya tunggu benda lain, kalau pada talk lain mungkin benda tu dah diupdate sikit. Macam tu lah lebih kurang. Selain tu, saya biasanya akan mengambil kesempatan untuk memberi hadiah ataupun goodies kepada pelajar-pelajar ni. Baikkan saya?


Suasana ketika talk diberi

Profile saya yang turut dicetak

Talk saya ni mengambil masa lebih kurang 2 jam. Saya turut diberitahu seminggu sebelum saya datang di sini, Gayour telah pun datang memberi ceramah dan sambutannya sangat menggalakkan. Kebanyakkan pelajar di sini actually tak belajar 3D sangat tapi lebih fokus kepada multimedia. Jadi pendedahan awal berkaitan 3D ni sangatlah penting dan boleh menarik minat bila nak belajar 3D pula nanti.


Sesi ceramah lebih kurang 2 jam

Sukalah tue

Nak bagi hadiah kat pelajar2 ni


Di post ni saya ingin berkongsi manakah talk yang paling best ataupun sebagainya mengikut kategori yang saya fikirkan sesuai. Mari kita lihat!


Talk Paling Lama
UiTM Segamat. Saya diminta bercakap selama 4 jam. Habis semua benda saya goreng.

Talk Paling Layanannya Best
UiTM Segamat. Saya dilayan macam pengantin. Siap ada pengiring untuk saya nak ke mana saja. Pengacara majlisnya pula, memulakan talk tu dengan pantun. Memang macam raja seharilah. Cuma yang kurangnya tak disediakan pengantin perempuan je. uhuhu

Talk Paling Jauh
UMS Labuan. Sudah tentu jauh. Siap makan angin lagi.

Talk Paling Happening
UiTM Shah Alam. Ni adalah kerana layanan dorang ni boleh tahan. Siap bagi banyak hadiah dan cawan yang ada muka2 dorang ni. Crowdnya pun boleh tahan dan sporting.

Talk Paling Berserabut
UMT Terengganu. Sebabnya talk saya ini dibuat pada awal pagi dan merupakan slot pertama program. Hall yang besar tapi hanya ada kurang 20 orang yang attend. Laptop saya pula buat hal. Lag la, hang la. Memang macam-macam problem masa tu. Haih…

Talk Paling Sempoi

FeSSTis, PKNS. Hehe, kat PKNS pun buat talk tau. Tapi ni under program FeSSTIS kiranya macam program teknologi lah. Dah cakap pun dalam shopping mall, jadi saya tukar konsep lebih kepada interaction dengan orang dalam PKNS tu. Aler, tade rupa talk pun…

Talk Paling Terkejut
UiTM Perak. Memang terkejut beruk dibuatnya. Mana taknya, sepatutnya saya datang untuk tujuan promosi iaitu membawa maskot dan bagi student bergambar, bermesra dengan pelakon suara. Sampai-sampainya dorang dah siapkan 1 hall penuh dengan pelajar multimedia dekat 300 orang lebih. Memang terus kena buat talk spontan. Terbaik.

 1,214 total views

Berhibur bersama Haris and the Pembaris

Haris? Pembaris? Apa ko bondo nye ni? Ha!X5, ni lah indie band LCP yang baru ditubuhkan untuk persembahan-persembahan amal untuk function LCP. Dorang ni kesemuanya merupakan staff LCP yang pada siang harinya sangat tekun mengadap komputer. Haris, iaitu ketua kumpulan ini pada siang begitu aktif bermain dengan tablet tapi pada malam hari telah berubah rupa dan gemar memukul kayu drum. Semua sintom2 ni adalah untuk persiapan Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin. Saya taknak bercerita lanjut mengenai malam sahabat niaga kerana info2 mengenai boleh di baca di blog LCP.

Seminar pada siang hari

Sesi berkenalan dengan staff

Ada rupa sama ke? Oh, tidak!

Walaupun kejadian itu berlaku pada malam harinya, tetapi pada siang harinya sebenarnya terdapat satu lagi kejadian yang tak kurang pentingnya. Kejadian ini diberi nama SEMINAR. Iye, memang benar seminar ni telah berlaku dan dengan tidak semena-menanya sayalah pengacara majlis seminar tersebut. Dipilih 1 jam sebelum majlis, saya sememegangnya main hentam saja bercakap tanpa skrip. Dipendekkan cerita, seminar tamat dalam masa 2 jam lebih rasanya dan krew2 event bergegas pula dalam sesi raptai.

Rupanya kitaorang yang menang

Para penyambut tetamu pada malam itu

Ok, kita teruskan dengan saat-saat bermulanya majlis. Walaupun majlis ni sebenarnya bermula pukul 8 malam, tapi sudah ramai yang datang lagi awal untuk mengisi perut. Maklumlah, perut kosong tak boleh kerja pula nanti. Malam tersebut actually sangat simple dan easy. Bertemakan warna biru, setiap staff dan krew digalakkan memakai baju biru. Antara mereka-mereka yang hadir ni beralasan tade baju biru ataupun buta warna merupakan alasan tidak berbaju biru. Tapi janji ada tone2 biru sikit2 tu kira halallah.

Makan ingat orang belakang sikit ye

Dorang ni memang minum air kosong aje

Aien, Juan dan Fila

Mula-mula majlis bermula dengan ucapan dan macam-macamlah aktiviti protokol yang kena dilangsungkan. Haris and the Pembaris hanya muncul ketika sesi makan malam. Muncul dengan berkaca hitam walaupun semasa malam tidak sedikitpun mengurangkan prestasi persembahan mereka pada malam itu. Haris ketua kumpulan, selaku drummer agak malu-malu bersuara tetapi begitu bersemangat menghayun kayu drum mengikut rentak muzik. Penyanyinya pula iaitu Afiq, menyanyi dengan tenang 3 buah lagu diantaranya ialah Dara Pujaan. Afiq yang standard level seperti pemenang pertandingan karaoke dengan mudah menyapu bersih 3 buah lagu tersebut sebagai acara persembahan ketika tetamu semua sedang makan. Afiq juga sempat berinterksi dengan tetamu sambil membuat lawak-lawak spontan. Kelakarye abang Afiq ni… hihi

Razuri, lead guitar

Akmal, bass guitar

Haris, drummer

Haris and the Pembaris ketika membuat persembahan

Wah, memang terhiburlah dengan persembahan mereka ni. Lepas ni dijangkakan mereka akan membuat roadtour 1 Malaysia bermula di Zoo Negara dulu. Mungkin mereka akan menghiburkan binatang-binatang di sana dengan lagu Lion Sleep Tonight. Nanti kita akan kongsi suasana di Zoo Negara pula nanti.

 1,219 total views

Apa yang pelajar TAK patut buat!

Salam, kali ni saya terasa ingin berkongsi mengenai beberapa sikap pelajar kadang-kadang terasa angin juga. Bukanlah saya cakap semua pelajar yang berurusan dengan saya macam ni, tapi adalah segelintir yang tak berfikir panjang dan terlalu ambil mudah beberapa perkara bila berurusan dengan orang lain.

Gambar Hiasan

1. Set appointment melalui Facebook
Ye, memang betul sekarang ni semuanya pakai Facebook sajelah. Tapi cuba fikir, kalau nak hantar resume kerja pun pakai facebook kat mana pulak logiknya. Saya tak tahulah kalau ada syarikat yang memang ingin ambil pekerja melalui Facebook, tapi apa-apa punk enalah berfikiran realistic dan berfikiran logik. Sekurang-kurangnya gunakanlah emel rasmi syarikat. Tak susah pun.

2. Tak buat research
Banyak pelajar yang ditugaskan buat research untuk beberapa topik yang telah ditetapkan oleh pihak IPT. Tak salah sekiranya berminat nak buat research dan biasanya saya memang sedia membantu. Kalau pelajar tu terlalu jauh dan tak mampu nak datang pula diberi kelonggaran untuk memberi soalan research melalui emel. Ha, kat sinilah masalahnya. Bila dah beri peluang, habis semua soalan dicampak kat emel. Macam saya kena jawab semua soalan yang lecturer dia bagi pulak. Tolonglah research dulu sebelum nak hantar soalan ye. Soalan-soalan simple tak perlulah bagi.

3. Last minute appointment
Buat masa ni, perkara nilah yang saya rasa paling tidak boleh diterima. Adalah beberapa group of student ni yang ingin untuk membuat research atau interview ni merasakan ianya sangat senang dan mudah lebih-lebih lagi kalau kampusnya dekat saja dengan opis syarikat tersebut. Saya terasa ingin kongsi juga pengalaman dealing dengan student ni sebab perkara ni bukan sekali tapi dah banyak kali berlaku. Student ni call kata nak buat interview untuk topik tertentu. Saya jawablah boleh dan tiada masalah, hanya kena hantarkan surat sekurang-kurangnya seminggu awal. Dia menjawab yang dia dah tak sempat nak hantar surat dan ingin terus datang ke opis. Saya kata tak boleh macam tu, sebab bukan orang yang nak diinterview tu ada setiap masa di opis. Saya cuba beri kelonggaran sedikit dengan bertanyakan sekiranya ingin datang, ingin datang bila. Pelajar tu dengan mudahnya menjawab nak datang SEKARANG!. Adeh, cuba bagitahu di manakah rasionalnya untuk tiba-tiba datang macam tu. Nak beli makanan pun kena beratur. Bila saya menjawab tak mungkin boleh, pelajar tu dengan senang hati menjawab “oklah, TERIMA KASIH” dan meletakkan telefon. Terasa macam apa yang dia mohon pada awalnya seperti main-main. Hanya mencuba nasib. Erm, kenapalah boleh berfikir macam tu agaknya.

Saya harap pelajar-pelajar lain tidaklah berfikiran macam ni. Erm, saya rasanya ingin berkongsi perkara-perkara yang sering pelajar buat salah apabila menghantar resume untuk kerja. Rasanya ada yang minat nak baca tak? Sebab semua kesalahan ni yang akan saya kongsikan nanti rasanya takde ditulis kat mana-mana buku. Eheh, menarikan. Nantilah kalau ada masa saya akan tulis mengenai ni pula.

 845 total views

ABC di Seksyen 2, Shah Alam

Macam jalan-jalan cari makan pulak dah tapi itulah yang pasti iaitu; aktiviti makan! Sebenarnya dah selalu saya bersama kawan-kawan makan ABC di kawasan ni tapi ni lah first time saya memblog mengenai ABC ni. Kalau student-student di UiTM Shah Alam ni dah pasti fimiliar sangat dengan kawasan ni sebab selain sedap harganya memang khas untuk student. Jimat budget.

Oh ni wajah-wajah yang join aktiviti makan ABC,
tapi ABC tak sampai lagi masa ni

Wow, ABC

Kenapa ek ABC kat sini sedap sangat ke? Tak sedap sangat sebenarnya. Tapi bayangkan lapisan ABC tu ditimbuni dengan aiskrim dan kemudian dicurah dengan limpahan coklat sambil diselitkan sebiji buah apa ntah. Tidak ketinggalan biskut Love Letter ataupun orang panggil biskut rokok dicucuk bersama-sama dengan straw. Menarik bukan?


Suasana ketika makan ABC

Orang dari jauh iaitu Zarith pun turut join

Afiq makan 3 cawan sekali.
Kata nak diet je lebih.. ehhe

Ha kalau nak try boleh la singgah kat Seksyen 2 ni. Tapi pastikan kedainya ialah Kedai Pegaga. Kalau kedai lain mungkin rupa ABC dia agak berbeza mengikut kedai yang anda pergi. Ok, sedapkan. Yay, nanti nak pegi lagi.

p/s : diet makan ABC je ok kut~

 1,217 total views

Close Up di Extreme Park

Akhirnya hari yang dinanti-nantipun tiba. Hari yang sama saya membeli lens 300mm saya pun sebenarnya dengan tiba-tiba mendapat idea untuk mencubanya di sini. Bermula sekitar pukul 6 petang lokasi saya ialah Extreme Park yang memang dah lama buka. Saya pula tak pernah ke sini melainkan kalau singgah Burger King sahaja. Memang nasib saya baik kerana hari tu memang agak ramai orang beriadah kat situ dengan extreme games masing-masing. Antaranya ialah skateboard, rock climbing, bicycle, flying fox dan tak kurang juga yang hanya bersantai kat situ.

View kawasan rock climbing sewaktu hampir senja

Masih ada orang yang berusaha nak panjat


Antara pemanjat yang berdedikasi

Tempat shooting pertama saya ialah di kawasan rock climbing. Alangkah bestnya kerana saya dapat zoom in kepada orang yang telahpun sampai di atas sekali dengan jelas. Walau bagaimanapun oleh kerana zoomnya jauh, jadi memudahkan gambar untuk jadi blur. Kena control tangan betul-betul barulah tak blur. Suasana kat situ dengan cahaya hampir senja tu memang cantik dan nyaman. Selain itu, saya ke ruang skateboarding pula yang boleh dikatakan bersepah-sepah orang bermain. Di setiap sudut ada saja skateboarder yang sedang melompat-lompat dengan board masing-masing. Lens ni juga saya jugakan untuk mengambil gambar dari jauh kerana risau terlanggar dorang ni. Tak sangka dorang semua ni memang hebat sangatlah. Sampai jatuh banyak kali pun masih nak teruskan lagi.

Kawasan skateboard ala-ala pool

Sequence skateboarder bermain (klik untuk lihat besar)


Antara aksi menarik para skateboarders

Wow, sanggup tu lompat tinggi-tinggi

Tak tau apa nak panggil. Orang naik basikal la kut.

Kawasan rock climbing yang tak putus-putus ada orang

Wah, sepetang kat sini memang best betul. Masing-masing akan buat gaya tersendiri bila saya halakan lens camera kat dorang. Masuk majalah ni dik. heheh. Apa-apapun lepas ni saya akan berkunjung ke sini lagi untuk cuba mendapatkan shoots yang lebih unik dan kreatif. Hmm. Kalau ada widelens ni pun mesti lagi cun.

 1,320 total views

Tamron 70mm-300mm

Ohyea, penambahan terkini dalam set camera putih saya ialah Zoom Lens Tamron 70mm-300mm. Tamron ni sebenarnya jenama pengeluar Lens untuk macam-macam camera termasuklah Nikon dan Canon. Cumakan Pentax susah sikit nak carik lens dia kat Malaysia ni, jadi saya cubalah guna lens Tamron pula. Apakah kelebihan lens ni? Bila dah ada lens 300MM ni, yang bestnya dapat mengzoom tahap jauh sehingga 300MM lah. Biasanya orang pakai 300MM ni untuk shoot binatang macam burung ataupun harimau. Even orang kedai tu pun tak recommend saya beli lens ni tapi lebih mencadangkan untuk beli wide lens. Katanya awak akan jarang pakai lens ni melainkan kalau awak memang shooting gambar widelife. Ok, saya tak dengar cakap dia.. saya beli terus.

Lens 300MM

Lens Tamron ni pun ada Macro features

Tapi lens ni memanglah warna hitam. Takpelah nak cari warna putih juga memanglah tade dan tak mungkin ada. Jadi lepas je dapat, saya pun test shoot di sekitar Midvalley. Alamak, kantoi pulak beli kat MidValley. Gambar-gambar kat bawah ni memangnya di ambil se maksimum zoom mengunakan 300MM ni. Patung-patung ni semua terletak di atas bangunan tinggi (bahagian dalam MidValley). Dapat ambil sedekat ni memang saya rasa kagum. Hehe.

Sample gambar

Sample gambar

Sample gambar

Oklah ni kan. Ni pun kira widelife jugak ni apa. Tapi apa2pun selepas tu saja dah ada macam-macam idea untuk shoot. Ha, lepas ni saya akan tunjukkan ke mana saya pergi dengan lens baru ni. Memang best!

 808 total views