Oleh kerana event SHOUT! Awards lebih menarik dikongsi walaupun sebenarnya event inilah yang sebenarnya berlangsung terlebih dahulu. NBECE ataupun National Bumiputra Enterepreneur Conference & Exhibition telah berlangsung di Dewan Tun Razak 2, PWTC selama 2 hari bermula dari 17 Julai hingga 19 Julai 2009. Penglibatan Upin & Ipin semestinya berkait rapat dengan maskot Upin & Ipin serta penjualan barangan Upin & Ipin. Walaupun event ini secara kasarnya nampak seperti berpotensi besar tetapi mungkin kerana faktor-faktor promosi serta lokasi menjadikan event ini agak kurang mendapat sambutan.
Event ini bertujuan menempatkan pelbagai usahawan Malaysia di bawah satu bumbung selain membuka peluang perniagaan event ini juga memberi peluang kepada orang lain yang berminat untuk memulakan perniagaan masing-masing. Maskot Upin & Ipin di event ini muncul membuat penampilan di pentas utama. Namun mungkin, penampilan pertama pada hari Jumaat nampaknya begitu tidak mendapat sambutan. Maskot yang dibawa turun bersama Kak Ros hanya ditontoni kurang dari 20 orang. Terima kasih kepada Kak Ros yang begitu komited tetap memberikan persembahan yang terbaik pada hari tersebut. Kak Ros untuk weekend tersebut amat rajin mengikut saya ke beberapa event lain dan terima kasih sekali lagi diucapkan.

1,227 total views