Lili bersama pelakon Akademi Polis
Zuhairah (Penyampai Berita TV9)
p/s: Di mana pun kita berada yang penting kita kena ikhlas bekerja. Ingatkan diri supaya kita tak lupa diri. InsyaAllah.
1,628 total views
Lili bersama pelakon Akademi Polis
Zuhairah (Penyampai Berita TV9)
p/s: Di mana pun kita berada yang penting kita kena ikhlas bekerja. Ingatkan diri supaya kita tak lupa diri. InsyaAllah.
1,628 total views


Maskot Upin & Ipin ketika membuat penampilan
Suasana ketika aktiviti jualan merchandise
Nad, Nurul, Juan, Syazwan dan Nell antara staff LCP yang
Upin & Ipin ketika standby di tempat lintas langsung
p/s: sedey ni last Suarasa dpt join~
1,470 total views, 1 views today
Satu fakta yang saya rasa semua orang akan setuju ialah perjalannya yang sangat jauh. Bersepakat untuk mengunakan jalan ke Gua Musang, perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 9 jam ini terpaksa meredah pelbagai halangan seperti kawasan berbukit dan selalu bertembung dengan lori balak. Tapi, Alhamdullilah kerana disepanjang perjalanan kami cuaca nya amat baik sekali.
Sebaik sahaja kami berhenti di R&R Gua Musang, kami sudah dapat melihat beberapa kanak2 kecil berpakaian Upin & Ipin. Mungkin ini ialah petanda awal mengenai sambutan atau pendedahan mengenai Upin & Ipin walaupun difahamkan di sana tiada panggung wayang. Walaupun ianya hanya baju cetak rompak, tetapi sekurang-kurangnya populariti Upin & Ipin tidak kurang hebatnya di kawasan ini.
Masing-masing dengan pose sendiri ketika merancang untuk esok. Tapi bukan booth kat belakang tu ke.. kenapa tunjuk kat depan sana… huhu
Baik saja selesai makan, destinasi selepas tu sudah tentulah shopping. Tempat yang sangat terkenal kat sini ialah Wakaf Che Yeh. Berkonsepkan macam uptown, tempat ni memang banyak menjual barang-barang dengan harga yang sangat murah. Saya diberitahu Wakaf Che Yeh ni hanya beroperasi bermula pukul 10 malam ke atas dan ditutup pada awal pagi. Namun begitu dikawasan ni juga dapat dilihat pelbagai barangan cetak rompak Upin & Ipin dijual dengan banyaknya. Bukan sahaja banyak dari segi design malahan terdapat juga dalam pelbagai jenis produk. Ini juga sedikit sebanyak membuatkan kami berharap agar jualan barangan merchandise Upin & Ipin pada esok hari tidak terjejas dengan cetak rompak yang begitu berleluasa di kawasan ini.
Walaupun, kami menghabis masa lebih kurang sejam di sini tetapi kebanyakkan dari kami tidak membeli dengan kadar banyak kerana telah merancang ke Rantau Panjang pada hari Ahad nanti. Mengikut maklumat yang diberitahu, kebanyakkan stok di sini diambil dari Rantau Panjang dan harganya jauh lebih murah. Kalau sempat mungkin kami akan ke sana.
Selain dari tu sudah tentulah kemunculan maskot Upin & Ipin menjadi daya penarik. Maskot Upin & Ipin memang ditunggu-tunggu ramai dan pasti akan ramai pengunjung bersesak-sesak bila sampai waktu kemunculannya. Memang agak ramai peminat kecil Upin & Ipin yang datang time tu dan ni dapat dilihat melalui pakaian mereka.p/s: walaupun jauh dan penat, tapi its worth it… hehe
1,178 total views
Selain tu, sempat jugak join krew TV9 main volleyball. Tapi dah lama tak main jadi dah lupa law dia dan asyik terpukul kuat je. Anyway, memang best la main dengan dorang walaupun kalah 2 games. hehe…
Actually, saya pun baru 1st time tengok Jom Heboh. Rupanya lebih kurang mcam Suarasa jugak. Nak kata mana satu lebih happening tu susah jugak nak cakap. Tapi Suarasa rasanya lagi best sebab kita sendiri yang part of the event team. Jadi takde la rasa terasing sangat. Tapi, meriah tu meriah jugak. Antara booth2 yang ada tu kebanyakkannya booth TV3 seperti MyTV3, Kids at TV3, Melodi ada kut dan yang lain2 tu jualan dan sponsor spt Hotlinks.
Walaupun konsert hanya bermula time malam, tapi kami kena sampai awal sebab perlu reheasal dan buat crossover. Pada hari yang sama, Upin & Ipin ditayangkan selama 90 minit di TV9 jadi Upin & Ipin kenalah macam promote skit rancangan tu masa crossover.
Di antara personaliti TV9 yang turut memeriahkan konsert ni ialah Aida (Apa Ke Halnya), Mr Os (Apa Ke Halnya), Fauziah Gaus, Sharifah Nur (Busana ), Shamsul Ghau Ghau (Apa Ke Halnya), Amin Hayat (Berita TV9), Azura Abu Samah (Berita TV9) ,Irma dan banyak lagi… tengok la gambar kat bawah ni.
Dan macam biasalah, saya selain photographer tetap Upin & Ipin saya juga photographer sambilan untuk Aida.. hehe. Nak dijadikan cerita, semasa 1st time Aida nak amik gambar dengan Upin & Ipin, dorang kena standby untuk crossover… jadi saya terpaksa panggil dorang terus. Jadi Aida tak sempat pun nak amik gambar…. hehe sori2. Lepas tu bila dan selesai semua offer amik gambar dgn Upin & Ipin tapi Aida dah “merajuk”. Tapi lepas Upin dah pujuk barulah Aida senyum balik dan bergambar dengan Upin (gatal ye Upin). Rasanya time event ni boleh dikatakan banyak masa jugak Aida dapat bersama Upin & Ipin kesayangan dia. Salah satu yang menarik ialah, ni first time saya tengok di mana orang bacakan doa untuk Upin & Ipin sebelum mulakan konsert malam tu. Jadi time tu Aida act macam Kak Ros versi baik untuk Upin & Ipin. Hmm, nak mana satu ni Upin Ipin.. nak Kak Ros baru ke lama.?
Secara keseluruhannya, trip ke Lumut ni sangat menarik dan kami semua looking forward untuk ke Suarasa Kelantan pada minggu depan. Semua krew TV9 memang sangat supportive dan fun.
1,565 total views


Dicampur dengan hari Ahad pulak, jadi memanglah ramai budak2 yang nak bergambar dengan Upin & Ipin ni. Tapi jaga2… yang mana dah basah kuyup tu.. jangan peluk Upin Ipin… nanti rosak baju dia… kesian dia nanti. Pusing punya pusing, terserempak lagi dengan Nabil yang baru2 ni menang dah ABP… Cayalah. Tapi satu je tak caya, kenapalah suka sangat tarik seluar Upin Ipin. Apa2 pon keluarga Sharifah Syahirah pun ada… sempat la jugak bergambo.
Ha, lepas tu pulak… bergambar dengan krew TV9 lagi. Aik. Aida pun ada lagi. Rasanya dah banyak Aida amik gambar dengan Upin & Ipin ni. Masa ni Aida ambik gambar Upin & Ipin ni dengan handphone Samsungnya yang baru (assume je) hehe. Tapi, nasib tak baik bagi maskot Upin & Ipin pada hari ni ialah, secara kebetulan identiti dorang sebagai maskot telah diketahui oleh Aida. Biasanya identiti maskot ni tersangatlah rahsia. Identiti maskot ni sama penting macam identiti superhero. Seriously.
Tapi, ni lagi 1 nasib tak baik. Ala, kenapa la Abg Os perlu gigit telinga Ipin mcam tu.. Haih, nak tegur pun salah… tak tegur pun serba salah. Rosaklah fabrik telinga dia cam tu… Aduh, Apa ke halnya ni… Tapi, takpela saya dah maafkan. Actually, saya pun nak bergambo jugak… tapi takde org yang boleh amikkan gambo.. jadi lepas dah abis semua event barulah sempat nak bergambo… tu pon ramai org dah balik… jadi yang sempat bergambar dengan Syarifah Syahirah aje…1,413 total views
Berbekal tiket percuma hasil bodekan kepada orang dalam mediaprima… saya dan 5 org rakan Les Copaque yang lain akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Arena of Star, Genting untuk Anugerah Bintang Popular. Tiket yang ditulis khas untuk VIP ni, membolehkan kami mendapatkan view yang agak menarik dan dekat walaupun tak dapat duduk berdekatan dengan artis2. Walaupun kami tidak berjalan di red carpet tapi carpet yang kami jalan hanya bersebelahan dengan red carpet… Laluan untuk VIP (Iaitu kami) masuk ke dalam hall jugak sebenarnya ialah laluan yang sama dengan artis2 yg lain.Seat yang begitu cantik membolehkan En Faizu mengunakan kemahiran beliau mengambil gambar dari jarak jauh. Hasil gambar2 ni sungguh menarik, seolah2 diambil dari jarak dekat… syabas2. Persembahan pembukaan yang begitu bertenaga oleh Anita Sarawak terus mendapat tepukan gemuruh walaupun sebelum dah banyak kali disuruh practice oleh penganjur. Diikuti oleh persembahan yang unik dan menarik oleh Stacy iaitu diantara persembahan yang saya minati.
Stacy ketika memenangi Anugerah
881 total views
Jejak je kaki kat pintu masuk Zoo, dah start bau macam2… memang confirm tak wangila. Eventnya tu agak dalam dan kena jalan kaki lebih kurang 5-10 minit baru sampai. Event under TM ni focus kat budak2 dan antara aktiviti yang dijalankan macam coloring contest, games2, magic2, clown dan penampilan maskot.
Sudah tentulah maskot yang kena keluar dulu maskot bluehypo. Automatic bila jumpa org disebalik maskot ni terus jadi macam sedara mara dah. Yela maskot saja yang memahami perasaan maskot lain.. huhu.. Sekali maskot bluehypo ni kluar.. kitaorg semua pun pakat bergambar macam tak pernah jumpa maskot. Kesian jugak kat bluehypo ni sebab dia sorang2 je jadi maskot… Upin Ipin kan berdua..
Oleh kerana kawasan event tu jalannya tak berapa bersih, berlumpur skit2.. jadi team maskot tak dapatlah berjalan lebih jauh dari kawasan event ni. Pihak Zoo pulak tak bagi kerjasama sekiranya nak bawak maskot Upin & Ipin ni naik tram. Malas nak complicatedkan keadaan jadi kitaorg keep it simple aje…Kebetulan, kitaorg jumpa Anne dan Ikwan dari HotFM yang jadi emcee untuk event ni. Oleh kerana memang dah pernah jumpa dulu masa kat Titiwangsa.. jadi kali ni jumpa dah jadi tahap bro bro dah la… Untuk event ni ada masalah sikit dgn pihak management Zoo, jadi kami tak dapat jual barangan Upin & Ipin. Jadi dorang just beli baju GENG ni dari kitaorg kat belakang pentas. Khas untuk Anne dan Ikwan kitaorg sanggup jugak jual secara senyap2.
Dengar cerita dorang dua memang dah tengok filem GENG. Lepas abis keje, midnight lari tengok GENG sekejap. Dorang memang bg feedback yang amat baik… memang suka sangatlah.. kalau tak, takkan la beli baju kan… Cayalah. HotFM memang banyak support kitaorang dan selalu tolong promote dalam radio.
Dan gambar bersama Anne mengakhiri sesi bersama TM di Zoo Negara. Walaupun event ni tak begitu ramai orang, namun atleast sekali sekala dapat tengok monyet, badak dan haiwan2 lain pun dapat rehatkan minda dari keje opis….1,160 total views
Majlis ni dimeriahkan dengan persembahan oleh artis tempatan dari pelbagai latar belakang. Diantaranya ialah Aizat, Meet Uncle Hussien, Azharina dan err sapa lg ek.. Jeffry Din, DJ Dave dan beberapa orang lagi. Macam biasalah tarian dan persembahan yang macam biasa kita tgk kat tv.
Cuma yang agak menarik ialah pertama kali dapat jumpa dgn Meet Uncle Hussien balik. Actually, dorang ni kawan masa belajar time diploma dulu. Memang kenal sangat la dengan gitaris dorang Taja (dulu panggil Nik aje) dan vokalis Lan. Tak sangka sekarang dorang dah femes gila. Dulu stock malas pergi kelas la… mungkin rezeki orang kita taktau… Ingat lagi, dulu pernah 1 group dengan Taja buat projek multimedia. Saya focus buat animation tu ini.. tapi dia semangat gila siap nak compose lagu (rasanya boleh download je.. student level tak kisah).. tengok2 sekarang dia dah jadi composer dan gitaris terkenal… saya pulak bekerja dalam bidang 3d animation. Memang tak sangka.Dorang memang sebijik cam dulu. Apa yang orang RTM interview lain yang dijawab. Nasib baik tak jadi manager dorang… kalau tak pening jugak. Apa2 pun memang sungguh bangga dengan dorang ni. Hopefully one day kita boleh bekerjasama… buat soundtrack filem mungkin… Bila berborak dengan Lan pulak, tak sangka dia dah tengok filem GENG sebanyak 2 kali dah. Dia betul2 minat dengan filem GENG dah tak sangka saya salah seorang team yang hasilkan filem ni.

Akhirnya event malam tu berakhir hampir pukul 12am jugak la. Bermula dari Genting turun ke RTM.. ni memanglah umpama 1 hari bersama artis.
1,081 total views
Inilah antara artis yang ada pada sesi bergambar kat Genting ni. Antaranya ialah Juliana Evans, Nurul Alis, Kenchana Devis, Scha, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Nabil, Aqasha, Faizal Ismail, Aiman dan tidak lupa maskot Upin & Ipin. Walaupon maskot Upin & Ipin tidak dicalonkan untuk sebarang kategori, tetapi populariti dorang ni kadang2 lebih hebat sebab berkerumun orang datang nak bergambar dgn dorang ni.
Antara yang sempat ditegur dan berbual ialah Liyana Jasmay. Liyana atau nama panggilannya Nana ni rupanya kakak dia kenalan masa belajar kat MMU. Jadi semasa makan semeja dengan dorang ni lah sempat berkenal-kenalan. Walaupon Nana tak tengok lagi GENG dan siri Upin & Ipin tapi dia antara yang histeria bila nampak maskot Upin & Ipin. Comey sangat agaknya.

Selain tu yang sempat makan semeja ialah Diana Danielle. Diana ni pun peramah. Walaupon nampak macam 24 tahun, tapi rupanya baru nak masuk PLKN (by now dah ada kat dalam dah). Bila ditanya adakah harapan untuk memenangi ABP, dia hanya menjawab yang dia tak harapkan apa2 kemenangan.
Oklah, selain pasal citer makan semeja, semua artis2 ABP ni berjalan 1 genting sambil main mainan apa yang sempat dan berani. Tapi, maskot Upin & Ipin tak lepas untuk main sebab kepala dorang terlalu besar. Sambil main sambil bergambar. Hampir 2-3 jam di Genting rasa sekejap, sebab semua permainan tu main sekejap2 je. Diiring ioleh krew Genting sendiri, dorang semua tak payah beratur untuk semua permainan kat dalam taman tema luar walaupon pada masa tu tengah ramai org beratur.

Yay, diakhir aktiviti kat Genting ni sempatlah jugak nak bergambar dengan Liyana. Dengan sportingnya dia memberi two thumbs up untuk aktiviti yang sungguh menceriakan itu. Kat bawah ni pulak, gambar bersama Scha. Actually tak banyak sangat benda yang boleh diceritakan pasal Scha. Scha pun time ni agak kurang sihat dan pening mungkin sebab lepas main permainan apa ntah kat taman tema luar tu. Scha ni sunggu tinggi dan sempoi je….

Ye, last but not least… walaupun dia ni bukan artis, tapi dia nilah antara orang penting yang menjadikan aktiviti ni berlaku. Dia ni ialah abang Zubir orang wartawan hiburan Berita Harian. Semuanya Abg Zubir yang organize dari mula sampai abis. Abang Zubir ni selalu jugak keluar TV untuk rancangan yang mengulas pasal artis. Tq ye Abg Zubir.1,209 total views
Rata-rata ahli sifoo.com terhibur dengan tayangan filem GENG tersebut dan penaung sifoo.com sendiri iaitu En. Imran telahpun menulis reviewnya mengenai filem GENG. Sebaik sahaja selesai tayangan, masing-masing diberi hadiah GENG melalui kuiz ringkas yang dijalankan secara spontan.
868 total views