Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi orang ramai terhadap filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal apabila ditayangkan di pawagam pada 21 Mac 2019 nanti. Debaran kian terasa apabila saya terlibat dengan pengurusan Mala Gala ataupun Tayangan Perdana filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal pada 5 Mac yang lalu. Malam gala ini diadakan di GSC Mid Valley dan rata-rata para jemputan adalah terdiri dari partner, fanclub, rakan media dan juga bloggers. Berdebar bukan saja dari menantikan reaksi mereka, tetapi dari segi kelancaran malam gala tersebut. Bagi yang belum membaca review saya berkaitan filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal boleh baca terlebih dahulu di sini. Jadi apa tunggu lagi, jom kita lihat suasana kemeriahan pada malam tersebut.

Di antara perancangan pada malam gala yang saya aturkan adalah menguruskan jadual bagi persembahan termasuklah flow pelancaran dan persembahan artis. Seperti yang kita tahu, terdapat 2 buah lagu OST bagi filem ini iaitu “Keris Sakti” yang dinyanyikan oleh penyanyi berasal dari Brunei iaitu Fakhrul Razi dan lagu “Buai Laju-Laju” yang dinyanyikan oleh penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Sesi briefing bersama Ernie Zakri

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Diantara fanclub yang sampai awal

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Suka family ni, pakai baju lengkap ala-ala kesultanan Melaka

Kedua-dua artis ini harus datang lebih awal bagi sesi latihan flow serta sound check. Senang bekerjasama dengan mereka ni sebab kedua-duanya adalah profesional dan sudah biasa membuat persembahan. Walaupun jemputan bermula pada jam 7.30malam tetapi macam tak percaya kebanyakkan tetamu dah mula datang seawal jam 5 petang lagi. Dengan bertemakan pakaian kebangsaan ataupun pakaian ala-ala pakaian melayu lama, ada juga tetamu yang hadir mengikut tema yang dicadangkan. Kagum saya tengok.

Advertisements

Antaranya adalah fanclub Upin & Ipin yang begitu setia bukan sahaja memberi sokongan terhadap filem ini, tetapi juga hadir berpakaian lengkap berpakaian ala-ala pahlawan Melaka.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Pintu masuk ke Dunia Inderaloka

Selain tu juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger saya yang turut hadir seperti DenaiHati.Com / Shakiddo.com, SisLin76.com, Ruby.my serta ramai lagi. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Youtuber vlogger sensasi yang namanya tengah top dikalangan movie reviewer iaitu ZhafVlog

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Diantara blogger yang hadir

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

ZhafVlog, Youtuber yang tengah naik dan terkenal di dalam movie review

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Terima kasih rakan-rakan blogger semua

Masa berjalan begitu pantas! Dari jam 5 petang sehinggalah 7 malam rasa begitu cepat. Selepas maghrib acara dipentas pun bermula dengan  pengenalan pengarah filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal iaitu Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz dan Ahmad Razuri. Masing-masing asalnya adalah pengarah bagi animasi terbitan Les’ Copaque Production iaitu Adam (Upin & Ipin), Nurfaiz (Puteri) dan Razuri (Pada Zaman Dahulu). Mempunyai kekuatan dan kelebihan yang berbeza, kepakaraan 3 pengarah muda ini digabungkan dalam 1 karya jiwa yang unggul iaitu Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal!

Selain itu juga, barisan pelakon suara animasi Upin & Ipin seperti watak Ehsan, Mei Mei, Jarjit juga turut membuat penampilan istimewa termasuklah beberapa watak baru yang diperkenalkan di dalam filem seperti Mat Jenin dan Raja Bersiong. Pelakon suara bagi watak Upin/Ipin iaitu Asyiela Putri adalah yang diantara mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi ketika mendemokan suaranya yang comel.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Perkenalan 3 pengarah filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Asyiela Putri, pelakon suara Upin dan Ipin

Ernie Zakri  yang juga melakonkan suara bagi watak Bawang Merah/Bawang Putih turut memukau dengan persembahan lagu “Buai Laju-Laju” yang begitu merdu. Terbuai-buai rasanya mendengarkan suara Ernie ni. Fakhrul Razi pula tampil dengan gaya pahlawan mendendangkan  lagu “Keris Sakti” dengan begitu bertenaga dan meriah. Fakhrul juga merupakan salah seorang pelakon suara di dalam filem ini iaitu sebagai Nakhoda Ragam.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Ernie Zakri ketika mendendangkan lagu Buai Laju-Laju

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Fakhrul Razi dengan lagu Keris Sakti

Sekitar jam 9pm, tetamu terhormat yang dijemput bagi majlis pelancaran malam gala filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal iaitu Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Maszlee Malik pun tiba. Tak sangka beliau datang dengan berpakaian sangat kasual, iaitu sweater “Gap” dan bertopi sahaja. Menurut beliau, beliau memang ingin tampil seperti ini dan tidak mahu kelihatan terlalu formal kerana ianya adalah “movie night” bagi beliau.

Menurut Maszlee di dalam teks ucapannya, Upin & Ipin telah berjaya menyatukan masyarakat Malaysia dan memberi nilai-nilai murni di dalam institusi pendidikan kanak-kanak. Upin & Ipin sepatutnya sudah boleh diexport ke negara luar seperti Jepun bagi mempromosikan budaya Malaysia dan menunjukkan masyarakat majmuk Malaysia. Beliau mengakhiri teks ucapan dengan melantik Upin & Ipin sebagai Duta Mahabbah iaitu simbolik bagi kasih sayang dan penyatuan budaya

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Ketibaan Dr. Maszlee, Menteri Pendidikan Malaysia

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Majlis pelancaran Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi mengayakan Malam Gala filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Sama-sama kita saksikan filem animasi no. 1 Malaysia ini pada 21 Mac nanti di pawagam seluruh Malaysia.

 11,452 total views,  2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

19 CommentsLeave a comment

  • Sampai skrg tak tgk-tgk lagi Upin Ipin ni. Sbb x biasa bawak anak pi cinema. Tunggu keluar DVD la kot baru leh tgk ngan anak-anak kat rumah. Huhu.

  • Tahniah kepad Upin Ipin atas kejayaan filem Siamang Tunggal dan kita sangat bangga dengan filem animasi tempatan kenapa kita nak bawa animasi luar masuk negara kita kalau kita dah ada produk dan ikon animasi sendiri kannn.. Patut ini yang kita angkatkan… teruskan usaha Uipin Ipin… tahniah juga pada Pengarah muda seorang tu bekas Junior kita tu hehehehe…
    Mahamahu recently posted…Dibalik Tabir Video Resipi Rendang Ayam PokkaMy Profile

  • Fuh ! Bestnya majlis malam gala upin ipin ni! Seronok tengok. Meriah sungguh! Dahlah semua artis terlibat pon ada. Mesti teruja. Cx dah tengok keris siamang tunggal, bawa anak². Excited sangat. Memang best. Terbaik animasi kali ini. Tak sempat nak menoleh kiri kanan, plot cerita dia sgt menarik

  • Wahh meriahnyaaa.. geng blogger pun ramai yang turun ekk. Sis lin tu bior betikkk, sanggup datang dari JB semata2 sebab malam gala keris siamang tunggal ekk. Salute laaa.. Memang ramai yang cakap best filem ni.. Sis pun bagi 10 bintang.. hehe

  • Ramai yang kata filem ni best, sis belum berkesempatan lagi nak pergi tengok. Nak gi sensorg cam pelik je..kena lah tunggu anak gi sesama nanti..heheh.
    Meriah betul malam gala dinner ya..tahniah

  • Upin & Ipin is getting more and more famous among Malaysians, will support this movie with my kids since it’s the holidays it’s easy to find time and visit.

  • nampak meriah betul pada malam gala upin ipin nie ya. malang sekali tak dapat nak hadiri untuk sama2 meraikan movie keris siamang tunggal nie. dah tengok movie nie dan memang terbaik. bangga sebab ia hasil kerja anak malaysia

  • Anak2 AM sampai dua kali tgk kat pawagam tue.. Siap bila blk leh citer dr A sampai z cerita upin ipin dgn penuh teruja.. Tahniah buat team sbb am pun layan gak tgk.. 😍😍😍

  • Yaaa tahniah sekali lagi..
    Memang puashati kali ni bagi siapa yang menonton..Yang tak menonton pasti rugi..
    Sis dua kali menonton pun tak jemu, sampaikan anak saudara pun keluar panggung siap kata ‘Nanti kita tengok lagi ya Ayyom” hehehehe

    Moga lepas ni ada juga sambungannya …

  • Cerita paling meletup yang ditunggu2 untuk tonton. Tak berkesempatan lg nk tonton. Ramai kata menarik dan tak bosan. Nk kene tonton ni. hehehe

  • Nisa belum sempat tengok upin ipinn!!!
    huwaaa nak tengokkk. tapi selalu busy dan takde kawan nak teman! semuaaa dah pi tengok! sedih nyaa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.