Hari yang dinanti2kan pun akhirnya tiba. Malam tayangan GENG untuk para wartawan dan media ini umpama malam konvokesyen bagi staff LCP semua. Yela, mana tidaknya.. selepas berhempas pulas selama 2 tahun lebih menghasilkan GENG, kini hasilnya akan dinilai. Untuk menganjurkan malam tayangan sebegini bukannya mudah seperti yang disangka. Persediaannya saja sudah memerlukan 2-3 minggu lebih awal termasuklah printing, invitation dan venue.

Selain saya risau mengenai respon orang ramai mengenai GENG saya juga risau mengenai kelancaran acara pada malam tersebut. Pada kebiasannya tak kiralah kita merancang macam mana sekali pun mesti ada yg lari skit… tapi yang penting macam mana kita boleh menyelesaikan masalah pada masa tersebut.

Beginilah suasana pada awal petang di meja pendaftaran. Keadaan pada masa ini masih terkawal dan mengikut perancangan. Antara wartawan dan media yang hadir pada malam tersebut termasuklah dari RTM, Remaja (TV3), Filem di 9 (TV9), Karangkraf, Gempakstarz, Berita Harian, Harian Metro, gua.com.my dan banyak lagi.

Wow, sungguh bangga. Poster GENG memenuhi dinding pawagam. Poster ni actually double sided.

Team Les’ Copaque dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada yang handle teknikal, ada yang props, registration, usher dan sebagainya. Yang ni Faiz sedang adjust bunting punya placement.
Orang dah mula ramai…

Wohoo.. orang dah ramai.. jangan panic. Semua penonton diberi masuk ke pawagam lebih kurang pukul 8:30. Tapi sebenarnya kesibukkan event ni sudah bermula sebelum tayangan lagi. Pada masa ni lah, kebanyakan wartawan nak interview pelakon suara, pengarah dan penerbit. Time ni lah keadaan agak pack sikit.. tapi masih terkawal.

Selepas selesai saja tayangan, tepukan gemuruh diterima dari semua penonton dalam pawagam. Ada yang cakap siap ada standing ovation…. saya tak perasan sebab saya duduk depan… Wow, tak sangka sambutan yang begitu baik diterima dan sampai keluar panggung saja ada yang tak berhenti memuji.


Sebaik saja semua wartawan keluar panggung, press conference pula diadakan. Banyak la jugak soalan2 yang diajukan kepada pengarah GENG Mohd Nizam, penerbit Tn Hj Burhanuddin dan kepada panel2 yang lain.

Event pada malam tu boleh dikatakan totally selesai hampir 11:30pm. Kami semua rasa macam sungguh berbaloi dan sangat terharu dengan sambutan yang diterima. Rasa nak nangis pun ada…

Advertisements

Semua staff LCP bergambar sebagai kenangan dan mengharapkan sambutan menggalakan bagi filem GENG bila sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 12 Februari 2009.

Masih sempat berkongsi cerita masing2 bila keseluruhan event selesai.

P/S : Terima kasih kepada semua yang hadir lebih2 lagi kepada blogger atau forumer yang saya jemput secara langsung seperti topo, mysticmind dan vrempire.

 1,228 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.