Sekiranya berkunjung ke Jakarta, semestinya inginkan pilihan hotel yang terbaik. Salah satu cawangan hotel yang terkenal di Jakarta adalah Hotel Santika yang mempunyai beberapa cawangan di Jakarta termasuklah di Jakarta Timur. Yang menariknya dengan Hotel Santika di Jakarta Timur adalah kerana ianya terletak berhampiran dengan Taman Mini Indonesia Indah sehingga ianya dikenali sebagai Hotel Santika TMII.
Berbeza dengan Jakarta Central yang lebih padat dan “macet”, suasana di Jakarta Timur lebih tenang dan tidak sibuk. Seolah-olah berada di pinggir bandar, suasana di hotel ini dirasakan amat sesuai untuk berehat dan lari dari kesibukan kota.
Sekali pandang, Hotel Santika ini kelihatan seperti hotel lama mungkin kerana reka bentuk luarannya. Dengan rekabina yang klasik dan eksklusif saya tak sangka hotel semewah ini adalah hotel bertaraf 3 bintang. Kawasan sekitar hotel ini juga amat menyenangkan. Terdapat shopping mall dan kedai makan berhampiran seperti JCO Donut ataupun kedai ikan bakar.
Harga Hotel Santika TMII
Secara puratanya, harga untuk bermalam di sini adalah sekitar RM200-RM350. Ruang biliknya sangat luas dan selesa. Namun begitu ianya tidaklah begitu mewah dan bersesuaian dengan level 3 bintang.
Ruang cafe untuk sarapannya agak selesa dan menawarkan pelbagai makanan Indonesia seperti bakso dan sebagainya.
Disebalik keselesaan suasana di hotel ini, ianya terletak jauh dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 1- 2 jam untuk sampai ke airport. Jadi perancangan masa amat penting sekiranya memilih untuk menetap di sini. Saya sarankan kepada yang ingin lari dari kesibukan Jakarta untuk memilih hotel ini.
3,006 total views, 1 views today
Looks so comfort.