Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dah lama dah saya teringin nak ke Farm In The City selepas ramai kawan-kawan saya yang dah bercerita dan berkongsi gambar semasa di Farm In The City. Kebanyakkan dari respon mereka adalah Farm In The City ni menarik tapi hanya untuk budak-budak saja. Jadi saya pun menunggu masa yang sesuai untuk membawa Aqeel bersama-sama memandangkan saya takde kanak-kanak lain.
Farm In The City terletak di Seri Kembangan dan berkonsepkan petting zoo dalam bandar. Tak susah sangat nak cari Farm In The City ini sebab ianya terletak berhampiran dengan Cyberjaya dan kalau nak datang boleh juga waze ke sini.
Tiket masuk adalah sekitar RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Walaupun bunyi macam mahal, tapi harga ni sebenarnya adalah termasuk dengan makanan untuk haiwan. Kat dalam ni kita boleh beri makanan kepada haiwan mengikut kesukaan kita. Kebanyakkan haiwan dibebaskan dan tidak dikurung di dalam sangkar. Jadi bila dah masuk kat dalam ni memang rugi kalau kita tak beri makanan kepada haiwan.
Kawasan pertama yang saya kunjungi adalah kawasan kura-kura dan penyu. Kat sini ada beberapa ekor kura-kura besar yang saya dimaklumkan diantara yang terbesar dan tertua. Di setiap kawasan akan ada petugas yang menerangkan dan berkongsi info mengenai haiwan-haiwan tersebut. Contohnya, macam mana nak kenal mana satu kura-kura jantan ataupun betina.
Kura-kura kat sini diberi makan sayur kangkung. Pengunjung pun boleh beri makan kura-kura ni sampai mereka kenyang. Selain dari kura-kura yang besar, kat sini juga ada macam-macam species kura-kura dan penyu. Dari kura-kura yang kecil sampailah kura-kura Dinosaur.
Selepas tu pula saya berjalan ke kawasan sangkar burung-burung. Banyak betul burung-burung dalam sangkar ni dan kebanyakkan dari burung-burung ni sangat jinak. Pada kebiasaannya dengan jumlah burung-burung yang banyak ni, burung-burung disimpan di dalam sangkar yang lebih besar. Oleh kerana di sini sangkarnya tidak terlalu besar, jadi tak kisah kita pusing arah mana pun pasti akan dapat bermesra dengan burung. Burung-burung semua ni juga akan datang ke arah kita bila kita menghulurkan makanan.
Kalau bernasib baik, ada petugas yang memberi arahan kepada burung-burung ni untuk membuat aksi yang menarik. Aqeel pun rasanya tak pernah tengok dan pegang burung dari jarak dekat. Masa Aqeel beri burung Merak makan, dia terkejut dan menangis sebab burung Merak tu patuk tangan dia ketika nak makan. Patukan dari burung Merak ni sebenarnya agak sedikit sakit sebab burung Merak ni dari kategori burung yang besar. Saya yang dewasa ni pun terasa sakit juga bila beri makan burung Merak.
Sebenarnya ada banyak lagi kawasan-kawasan lain yang menarik seperti kawasan reptilia, burung hantu, kuda dan macam-macam lagi. Tapi saya nak kongsikan salah satu kawasan yang menjadi tumpuan ramai kanak-kanak iaitu kawasan arnab. Siapa yang tak suka dengan arnabkan? Dah la gebu-gebu, comel pulak tu. Kat sini kanak-kanak juga beli bermain dengan memegang arnab. Percaya atau tidak saya yakin ramai kanak-kanak zaman sekarang yang tak pernah melihat arnab. Ada juga kanak-kanak yang keliru kenapa arnab dijadikan haiwan peliharaan dan pada masa yang sama ada sate arnab.
Itu tugas ibubapalah untuk memberi penerangan kepada anak-anak. Bila masukkan sini, setiap ibubapa mesti ada mindset yang anak mereka akan menjadi “kotor” kerana memegang haiwan dan bermain dengan tanah ataupun makanan haiwan. Tapi takpe, sebab itu adalah sebahagian dari sesi pembelajaran. Di Farm In The City, mereka menyediakan sinki dan sabun pencuci tangan pada setiap station bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang kepentingan mencuci tangan. Nampak tak, tanggung jawab kesedaran yang telah dibuat oleh Farm In The City.
Secara keseluruhannya, Farm In The City adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang mempunyai anak kecil supaya dapat memberi pendedahan awal. Saya juga galakkan bagi mereka yang sudah dewasa untuk datang juga ke sini kerana saya yakin, dalam dunia moden sekarang kita sendiri pun dah lama tak tengok ayam dan tak pernah memberi makanan kepada burung ataupun kura-kura. Selain itu, Farm In The City mampu memberi pengalaman dan suasana seperti di kampung halaman.
Ini adalah alamat Farm In The City
Farm In The City,
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika, 43300
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10,446 total views, 1 views today
besaq betul kura-kura tuhh..
geram aje tengok. nak picit je pipi dia.
ohcikgu recently posted…Cikgu, dia ejek saya GEMUK!
Nice…..Rasanya ini tempat yang sentiasa dapat kunjungan setiap kali cuti sekolah… sekarang tak perlu lagi pergi ke Zoo Negara kan….
Hazman Fadzil recently posted…Anda akan teruja nak gulung “popia basah” di Restoran Viet Thai Canteen Cyberjaya
Sesuai ke utk pengunjung berkerusi roda