Resepi Ayam Buttermilk sememangnya sungguh sedap dan enak dimakan serta digemari oleh kebanyakan orang. Rasanya yang tidak terlalu pedas, berlemak manis masin pasti membangkitkan selera serta aroma dari daun kari. Untuk menu ini, ianya lebih sesuai sekiranya dimasak menggunakan isi ayam bahagian isi atau dada.
Isi ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian barulah dicampurkan ke dalam kuah buttermilk. Oleh itu, untuk resepi ini kita harus menggoreng terlebih dahulu isi ayamnya secara berasingan.
Resepi Ayam Buttermilk
Masa Penyediaan: 10 – 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Jumlah Hidangan: 2-3 orang
Tahap Kesusahan: Sederhana
Bahan-Bahan:
- 2 ketul besar ayam (bahagian dada)
- 1/2 tin susu cair
- 3 ulas bawang putih dihiris halus
- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 tangkai daun kari
- 4-7 batang cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
- 1 sudu besar serbuk kari
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Air secukupnya
Cara Penyediaan:
Goreng Ayam
- Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
- Masukkan telur dan sedikit garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
- Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan asingkan.
Cara-Cara Penyediaan Kuah Buttermilk
- Panaskan butter sehingga cair di dalam kuali dan kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan bawang besar serta isi ayam yang telah digoreng tadi.
- Masakan sehingga kuah sedikit pekat. Boleh tambahkan air sekiranya ingin ianya berkuah sedikit.
- Tambah garam secukup rasa.
Okay, dah siap! Sekiranya gemarkan pedas bolehlah lebihkan cili padi. Ayam Buttermilk memang enak dimakan bersama nasi panas dan dah perlukan lauk lain lagi lagi.
Selamat mencuba.
4,600 total views, 1 views today
Waduh-waduh hebatnya dia boleh masak ciken buttermilk ni…nampak mudah, tapi kalau tak kena gaya, tak menjadi buttermilknya kan..
Tengok resepi Zarin ni, kompom sedap…dalam peti ais ada ayam, ada susu so bolehlah cuba nanti..makan dengan nasi panas-panas…
Sis Lin recently posted…SULTAN JOHOR: ‘LUPAKAN BAZAR RAMADHAN’
Sedap tu masak ayam buttermilk, nti kena cuba tu, tgk mcm sng jer nk membuatnya, blhlah tkr2 masak lauk ayam ni
alahai sedapnya lah bah. macam senang je nak masak kan. bahan pun mudah. step masak pun dah ada. ok boleh save. 😉
YatieOwner recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Menarik resepi ni. Nak cubalah. Apa agaknya rasa ayam buttermilk ini mesti rlmak lemak pedaa kan?
sedapnyaaa ayam buttermilk. lama dah tak makan boleh lah try resipi ni kat rumah hehe
messarah recently posted…Itaewon Class Review & What Is Actually Wrong With This K-Drama
sedapnya.. nampak mudah je. dah lama teringin nak masak ni tapi tak buat2 lagi. dah ada resepi ni boleh la buat
Ooohhh……. I love chicken butter milk. Very tasty to eat. Thank you for sharing your recipe with us.
thanks share resepi ni, insyaAllah akan cuba. memang suka juga cara masak ni
RAIHANAH AHMAD recently posted…British Elderberry Bersifat Anti Virus dan Tingkatkan Imun Badan
TB tak pernah masak ayam buttermilk nk walaupun resepi ni viral giler.. Sebab kalau masak TB takut hubby tak makan sdbB hubby ni memilih sikit.. Huhuhu.. Tapi bafu-baru ni dia ternampak gambar ayam buttermilk dekat fb.. Tiba2 lak kata.. Rasa nak try masak… Eh eh.. Mengidam pulak ke.. Heee..
Will share this recipe with my dad! He will make it for us! Nampak je dah sedap!
Veronica C recently posted…Mary Kay Satin Hands
Menarik betul tengok gambar ayam buttermilk tu. Nampak menyelerakan. Boleh lah cuba nanti 🙂
ienaeliena recently posted…Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah – Durian Lava Cake
Nie menu feveret sy nie. Ringkas dan mudah je bahan2 utk masak. nanti nak masak jugaklah. semua bahan ada dekat dapur tu
Zharif Azis recently posted…Berhujung Minggu Bersama Kawan-kawan di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands
Oh sedap, this dish i can try sebab bahan nyer senang dicari and senang masak.
Sunshine Kelly recently posted…Shop Top 6 MCO Essentials @ Watsons Online & Earn OctaPLUS Cashback