Percaya atau tidak, sarapan pagi ataupun breakfast adalah menu paling penting untuk mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal. Sekiranya kita skip breakfast, kita bukan sahaja akan gagal untuk menurunkan berat badan malahan nafsu makan kita akan lebih bertambah ketika waktu makan tengahari dan menyebabkan kita makan lebih banyak. Selain itu juga, sarapan pagi dapat memberikan kita tenaga yang diperlukan bagi memulakan pekerjaan harian serta meransang otak untuk lebih cergas di waktu pagi.
Tapi ramai yang mengambil mudah sarapan pagi dengan makan menu sarapan yang tidak sihat dan boleh menggemukkan. Mengambil kuih-muih ketika sarapan pagi walaupun nampak remeh, tetapi ianya mengandungi lebih tinggi kalori dan tidak mengenyangkan. Kali ini saya nak kongsikan 5 idea resepi sihat yang saya sendiri amalkan ketika sarapan pagi. Kesemua menu resepi ini amat mudah disediakan dan mengandungi nutrisi yang baik untuk sarapan pagi
1. Roti gandum bersama Pisang dan Granola
Untuk menu ini boleh gunakan apa sahaja jenis roti gandum. Di dalam contoh ini saya menggunakan Roti Wholegrain (Warna Purple) kerana ianya rendah GI. Saya menggunakan peanut butter dan pisang kerana peanut butter mempunyai protein dan juga pisang mempunyai potasium yang memberikan tenaga.
Bahan-bahan
……………….
2 keping roti gandum
1 biji pisang
1 sudu kecil healthy peanut butter
2 sudu granola
Cara Penyediaan
……………….
Sapu peanut butter disebelah bahagian roti sahaja. Letakkan dan susunkan pisang yang telah dipotong serong ke atas kepingan roti tersebut. Taburkan sedikit granola ataupun chia seed.
2. Egg Rolled with vegetables
Saya suka buat Egg Rolled ni jika dibandingkan dengan menu scrambled egg sebab egg rolled macam ni lebih nampak menyelerakan.
Bahan-bahan
……………….
2-3 biji telur ayam
Sedikit Capsicum Merah dan Hijau
Carrot
Chia seed
Cheese (Kalau mahu)
Cara Penyediaan
……………….
Pecah dan kacau telur di dalam mangkuk. Untuk menu ini saya menggunakan kesemua telur dan tidak mengasingkan telur kuning. Masukkan capsicum dan carrot serta chia seed dan dikacaukan bersama-sama. Boleh masukkan sedikit garam serta black pepper sekiranya mahu.
Panaskan kuali dan tuangkan 1/3 bancuhan telur tadi ke dalam kuali dan biarkan sehingga 1-2 minit. Gulung telur tersebut dan biarkan dipenjuru kuali dan kemudiannya tuangkan 1/3 lagi acuan telur ke dalam kuali dan biarnya ianya masak dalam tempoh 1-2 minit. Boleh masukkan cheese pada fasa ini sekiranya mahu. Gulungan telur pertama tadi digulung ke arah acuan ke 2 telur tadi dan digulungkan bersama-sama. Ulang langkah ini untuk baki 1/3 lagi acuan telur yang tinggal.
3. Granola Bowl
Menu breakfast ini agak heavy sedikit tetapi sesiapa yang nak buat boleh mengurangkan sedikit bahan-bahannya mengikut kesesuaian. Saya suka mengambil breakfast ini sekiranya tiada masa untuk mengambil makan tengahari yang proper.
Bahan-bahan
……………….
Granola (dalam menu ini saya menggunakan jenama Granola Bites dari Bali Indonesia)
Susu rendah lemak
Protein Powder (Optional
Pisang
Chia Seeds
Cara Penyediaan
Blend pisang separuh biji pisang , protein powder dan susu rendah lemak sehingga menjadi smoothie. Tuangkan kesemuanya di dalam mangkuk dan susunkan baki separuh pisang lagi dengan cantik. Taburkan granola mengikut kesesuaian. Saya suka menggunakan granola jenama ini keranya ianya sudah mengandungi pelbagai jenis bahan yang menarik dan sedap. Boleh juga tambah chia seeds di dalam menu ini. Susun semua bahan-bahan ini cantik-cantik supaya nampak menarik dan menyelerakan.
*Versi Light (Ringan)
Ganti smoothie ini dengan plain yogurt
4. Banana Wrap
Banana adalah salah satu menu on the go yang saya suka. Wholemeal wrap ni mengandungi karbohidrat yang cukup untuk saya mulakan aktiviti harian saya. Pisang dan granola pula sebagai memberi tenaga sepanjang hari.
Bahan-bahan
……………….
Wholemeal wrap
Healthy Peanut butter
Pisang
Granola
Kurma (Optional)
Cara Penyediaan
……………….
Sapukan peanut butter ke atas wrap secara keseluruhan. Sapukan nipis sahaja dan hadkan kepada 1 sudu peanut butter sahaja. Letakkan sebiji pisang yang belum dipotong di atas wrap tersebut dan taburkan granola serta kurma yang telah dipotong kecil. Gulungkan wrap tersebut secara berhati-hati dan kemudiannya potong mengikut kesesuaian dan siap sedia untuk dimakan.
5. Telur Microwave Sandwich 
Menu ini adalah menu paling simple dan cepat disediakan. Saya hanya menggunakan microwave sahaja untuk menyediakan telur ini dan siap dimakan dalam tempoh 2 minit.
Bahan-bahan
……………….
1 biji telur ayam
2 keping roti wholemeal
Salad
Chia seed (Optional)
Cara Penyediaan
……………….
Kacaukan telur di dalam mangkuk kecil. Saiz mangkuk ini menentukan shape telur ini nanti, jadi jangan pakai mangkuk yang terlalu besar. Boleh tambahkan chia seed sekiranya mahu ketika proses ini. Masukkan ke dalam microwave selama 2 minit dan telur kita pun dah siap. Letak telur yang telah siap ke atas kepingan roti berserta salad segar. Okay dah boleh makan
10,606 total views, 1 views today
Terima kasih berkongsi resipi yang sihat ini. Lepas ini boleh Naim mencuba setiap makanan di atas. Kenyang pun dapat dan sihat pun dapat jua.
Thanks share resepi ni. Wrap tu nampak menarik sangat untuk dicuba.
Thank you for sharing the healthy breakfast ideas. I am trying to eat healthy too. So normally i eat oats or wholemeal crackers and vege fruits smoothie for my breakfast.
mmg tahu makanan sihat tu tapi tekak tetap nak telan makanan yg kurang sihat.isk3
Menariknya semua resepi diatas! Sangat berkhasiat dan mudah disediakan. Terima kasih atas perkongsian. Yaya nak trylah nanti hihi Semoga murah rezeki sebab sudi share resepi ya!
Sedap2 semua.
Dan sihat.
Kekangan aida ni, masa.
Aduhai…
Lom start dgn healthy eating.
Bestnya..macam tau2 jer kami tengah diet loni..terima kasih atas perkongsian..
Thanks for the recipe for the healthy breakfast meal. Can’t wait to make healthy breakfast for my children daily.
macam sedap je semua ni. sekali sekala elak roti canai ngam jugak beberapa idea di atas ni. nampak mudah. moga ada kerajinan untuk membuatnya.
sedap pulak bila tengok granola ni, dah lama tak makan. Wrap banana tu nampak menarik sebagai breakfast. Kadang buntu nak breakfast apa bila diet
farhanajafri recently posted…Alina Rai – Katrina Kaif’s Doppelganger
Wah. I nak try yang microwave egg tu. Macam boleh buat kat office je nie. Mesti best – makan dengan kengkawan bagai kan. Thanks share recipe nie.
Ni memang betul betul menu sihat untuk sarapan. Boleh try lah ni. Selain sihat ia membantu kita turunkan berat badan kan. Nanti nak try lah kesemua resipi ni. Thanks for sharing
Sihat sungguh 5 jenis breakfast yg tuan share. Sesuai sgt utk org mcm nur amalkan. Paling nur suka telur gulung sayur tu. Selalu juga buat. Sbb itu paling ngam ditekak. Lps ni nak try telur microwave sandwich pulak laaa. Tq share
Nur @ DeCamellia recently posted…Pengalaman Menghidap Guillain Barre Syndrome (GBS)
telur microwave sandwich!!! yummylicious… macam tau-tau je tengah diet ni… hehehehe… nanti nak try buat resepi yang lain-lain tu… chaiyokkk gambatte… #stillondiet
Ya ampun makanan berkhasiat tetapi tetap menyelerakan. Best ni kalau dapat buat sendiri sbb kita tahu apa yg kita makan
[…] pemakanan. Kawal pengambilan makanan dan kurangan makanan berminyak, manis, garam serta amalkan makanan yang sihat. Selain itu juga, pengawalan jumlah makanan juga amat penting bagi memastikan kita tidak makan […]