Alhamdullilah, saya ni sebenarnya dah lama tak turun event dan berjalan jauh. Jadi satu hari ni saya ditugaskan untuk bersama-sama team yang lain untuk ke USIM pula ataupun nama panjangnya Universiti Sains Islam Malaysia. Takde lah jauh sangat, pejam celik pejam celik drive tengok-tengok dah sampai dah. Berdekatkan dengan area Nilai, event kali ni lebih tertumpu pasal pameran IPTA untuk pelajar-pelajar yang dilangsungkan di dalam Stadium. Tapi team saya pula, ditugaskan di luar Stadium di mana seolah-olah macam tapak event sampingan untuk event utama tu tadi. Pahamkan?
Aktiviti rutin biasa kami lakukan seperti penampilan maskot dan kuiz. Kali ni Shima pula yang sangat excited untuk menjadi emcee kuiz. Saya biarkan saja sambil saya pula menjadi cameraman sambilan dan merakamkan semua aksi semasa event ni berlangsung. Walaupun cuaca di sini amat panas, tetapi bila timing Upin & Ipin sahaja boleh tahan ramai yang sudah menanti. Tak kurang juga yang berlari dan berebut ketika sesi soal jawab Upin & Ipin diadakan. Pandai ye Kak Shima menarik perhatian kanak-kanak. Selain tu juga, aktiviti bergambar menggunakan polaroid pun menjadi aktiviti yang turut mendapatkan perhatian hangat.
Suasana ketika aktiviti soal jawab
bersama maskot Upin & Ipin
Disekitar event ni, pihak penganjur juga mengadakan macam2 aktiviti seperti permainan yang dipanggil Bestari kalau tak salah saya. Dia berkonsepkan monopoly tapi lebih fokus kepada perniagaan. Ramai jugak lah yang join games ni walaupun saya tak faham macam mana main dia. Booth Upin & Ipin juga turut dibuka khas untuk peminat kat sini. Sekarang ni sebenarnya dah banyak produk-produk baru yang sesuai dengan adik-adik yang bersekolah. Kalau saya sekolah lagi, sure saya beli.
Walaupun event ni selesai lebih kurang pukul 5 macam tu, tapi kami semua ni masih belum selesai lagi. Dah target dah nak beli makanan apa. Yang menjadi pujaan hati saya ialah ayam percik kat sini. Memang sedap betul. Saya beli banyak kali dah. Selain tu, kat sini ada juga jual benda2 macam pakaian, cenderamata dan macam-macam lagi. Tapi saya masih berkenan dengan ayam perciknya saja.
p/s : Lama dah tak pegi jauh-jauh macam Penang ke, Terengganu ke… rindu nak makan sata… uhuhuk
860 total views, 2 views today
Advertisements
hurm..sata..~