Sebenarnya saya jarang review pasal movie, cuma filem Sepi arahan Khabir Bakhtiar ni agak berbeza dan menarik ditonton. Semua camera dan cinematografi dijaga dengan baik dan setiap shots tu bagaikan sebuah gambar yang cantik. Props dan objek yang digunakan untuk simbolikkan mesej jugak agak simple dan mudah tetapi berkesan. Saya tertarik bagaimana dengan 3 cerita mini yang akhirnya bersambung di hujung cerita. Walaupun ada sesetengah bahagian yang sudah dapat dijangka… tapi saya masih enjoy menonton.

Rasanya kisah mengenai Afdlin paling menarik. Mungkin kerana jalan cerita yang somehow dapat relate dan lakonan mantap Afdlin yang jarang2 berlakon filem serius. Kalau siapa yang memang sepi dan menonton filem ni mungkin akan lebih impak. Adalah sesetengah scene yang macam terlalu tak logik atau “too good to be true” atau macam “too perfect” tapi overall bagi saya boleh terima akal.

Mesej yang paling membuatkan saya terfikir bila menonton ialah cerita di mana Tony Eusoff kematian isteri akibat kemalangan. Mesej yang biasa tapi setting dan plotnya membuatkan impak mesej tu lebih sampai. Biasanya kita tak hargai atau ambil peduli mengenai orang yang tersayang atau rapat dengan kita seperti ibubapa (atau isteri dalam kes ni) sehinggalah dorang pergi barulah kita rasa berapa pentingnya dorang ada dengan kita dan berharap nak spend lebih masa bersama andai kita dapat kembali ke masa sebelumnya.

Advertisements

 1,435 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.