Sudah pasti buat masa sekarang, ramai yang sudah menjejakkan kaki di KLIA2 kerana menaiki penerbangan AirAsia ataupun sebab mengambil kawan-kawan yang pulang bercuti. Apa pun sebabnya, tak salah rasanya kalau ingin datang ke KLIA2 sekadar suka-suka ataupun membeli belah. Ini adalah kerana KLIA2 kini amat berbeza dengan LCCT sebelum ini. KLIA2 terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu Mall dan Terminal. Di dalam Mall, anda boleh bershopping apa saja seperti di dalam Shopping Mall sebenar. Iya, bila saya cakap apa saja memang saya maksudkan apa saja. Dari pakaian harian, makanan, koleksi barang kemas hinggalah kepada barangan basah seperti ikan dan ayam. Konsep Mall ini sememangnya bertujuan mendekatkan pengunjung dengan KLIA2 tak kira sebab dan waktu.
Di bahagian terminal pula, ianya didesign dengan cantik dan tersusun. Saiz terminalnya yang luas dan besar amat selesa dan menyenangkan. Walaupun AirAsia masih menggunakan konsep tambang murah namun perkhidmatan sebegini amatlah memudahkan. Mana tahu pada masa akan datang AirAsia akan menaikkan tambang mereka? Sapa tahukan.
Oleh kerana KLIA2 masih baru, pihak pengurusan KLIA2 telah menempatkan pembantu arah jalan yang memegang signage “ASK ME” hampir disetiap ceruk dan lorong. Jangan risau kalau tak tahu mana nak tuju sebab pembantu-pembantu ini sangat ramai. Mengikut pengalaman saya, mereka ni sangat helpful namun ada juga yang memberitahu saya, dorang pun tak tahu direction. Well, semuanya bergantung kepada nasib masing-masing. Bagi saya oleh kerana signage yang besar-besar dan simple agak mudah mencari direction.
Lagi satu yang saya suka adalah estimation perjalanan jalan kaki. Oleh kerana KLIA2 ini sangat besar, di setiap signage penting ada information berkaitan estimation sekiranya berjalan kaki ke arah tempat yang dituju dari lokasi kita berdiri. Ini sangat penting untuk mengelakkan terlepas flight dan sebagainya. Sekiranya terlalu jauh, di beberapa kawasan perkhidmatan buggy turut disediakan.
Satu lagi kelebihan di KLIA2 adalah ruang jalan kaki yang lebih selesa. Pasti kita sudah mempunyai pengalaman dengan Air Asia ketika di LCCT yang mana kita harus berjalan kaki di luar terminal di dalam keadaan panas terik. Kini di KLIA2, laluan perjalanan tersebut adalah di dalam bangungan beraircond. Walaupun boleh dikira masih jauh, tetapi sekurang-kurangnya ianya adalah di dalam bangungan yang lebih selesa. Tidak perlu lagi menaiki tangga dari landasan untuk menaiki flight tapi semuanya hanya melalui di dalam bangunan.
Mari kita tengok gambar-gambar disekitar Mall pula. Dari makanan hinggalah kepada pakaian semuanya terdapat di Mall KLIA2. Yang paling penting saya nak highlight adalah Upin & Ipin Shoppe yang terdapat di sini. Namun begitu, Upin & Ipin Shoppe terletak di kawasan dalam terminal berlepas. Erm, jadi kalau nak tengok Upin & Ipin Shoppe kenalah beli tiket AirAsia dulu (Adoi). Tapi apa-apapun, Upin & Ipin Shoppe adalah satu-satunya outlet merchandises yang direka dengan teliti dan cantik. Banyak masa dan kos telah diperuntukkan untuk menghasilkan rekaan kedai seperti ini.
Wah, macam mana? Banyakkan kedai-kedai dalam Mall ni? Tapi ni baru sebahagian saja yang sempat saya ambil gambar. Okay, terima kasih kerana telah membaca blog saya dan teruskan mengikuti post yang baru lagi selepas ni.
p/s : Terasa nak terbang jauh
13,899 total views, 1 views today
Hi Mohd Zarin, bole bagi info lokasi medan selera kat KLIA2 kini? Masa dulu masih LCCT saya selalu makan kat medan selera, harga tak cekik darah hahaha….
Medan seleranya banyak floor. Kena jalan-jalan baru jumpa.
salam mohamad zarin,
lokasi subway tu kat mana ya?tingkat berapa?