Tag - Abstrax Jingga

Jersi Team Abstrax Never Afraid

Sebelum ni mesti ada yang ingat saya pernah berkongsi mengenai Abstrax Jingga yang terkenal sebagai jenama pakaian lokal no. 1 di Malaysia. Sekarang ni nama Abstrax dah tak perlu diperlu diperkenalkan lagi sebab jenama ni sekarang dah kira macam pioneer dalam industri local apparel. Nama je lokal beb, tapi dorang ni sentiasa keluarkan pakaian setanding dengan jenama antarabangsa. Baru-baru ni Abstrax sekali lagi mengeluarkan lineup dalam kategori yang baru dan berbeza sikit iaitu “Team Abstrax”. 

Abstrax Jingga Never Afraid

Teks NEVER AFRAID di belakang jersi

Produk pertama di bawah jenama Team Abstrax ni adalah jersi Never Afraid yang serba hitam dan mempunyai logo Never Afraid berwarna merah di belakangnya. Jersi ni menggunakan design yang simple dan memberi penekanan kepada mesej NEVER AFRAID. Gabungan tema Hitam & Merah ni memang bersesuaian dan memberi mood “aktif” kepada pemakainya. Sekali pandang kita dah tau yang jersi ni direka untuk aktiviti lasak seperti jogging, workout ataupun gym. Kalau NIKE memilih , JUST DO IT… Abstrax pula NEVER AFRAID.

Jersi Never Afraid ni menggunakan 100% material polyester dan seperti kain-kain jersi yang lain ianya sangat mudah untuk dicuci dan dijaga. Harga sehelai jersi Never Afraid ini adalah RM80 untuk lengan pendek dan RM90 untuk lengan panjang. Jersi ini tidak boleh ditambah nama dan nombor seperti jersi VortexMY. Read More

 2,908 total views

Abstrax Jingga

Salah satu jenama lokal yang menjadi kegemaran saya dan saya pasti kegemaran ramai orang adalah Abstrax Jingga. Siapa tak kenal dengan design Abstrax Jingga yang famous seperti MASterpiece yang dah jadi sangat viral sekarang ni. Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai Abstrax Jingga, saya nak ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru saja menang sebagai BEST of 2014 LOKAL BRANDS untuk kategori BEST COLLABORATION. Hebatkan dorang ni?

Abstrax Jingga

Butik Abstrax Concept Store

Abstrax Jingga

Beto Kusyairy sebagai duta

Read More

 16,160 total views