Pada hari ini, pihak AirAsia baru saja mengemaskini laman web mereka dengan promosi terkini iaitu AirAsia Asean Pass. Semestinya ini adalah berita baik kepada mereka yang gemarkan melancong dan kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia. Asean Pass ini adalah umpama token yang boleh dibeli dengan harga pakej iaitu 10 kredit berharga RM499 ataupun 20 kredit dengan harga RM888. Kredit ini kemudiannya boleh digunakan oleh untuk memilih destinasi pilihan seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Laos, Singapore, Cambodia, Vietnam ataupun Brunei. Read More
Pengunjung boleh melihat kawasan terminal dari luar Mall
Sudah pasti buat masa sekarang, ramai yang sudah menjejakkan kaki di KLIA2 kerana menaiki penerbangan AirAsia ataupun sebab mengambil kawan-kawan yang pulang bercuti. Apa pun sebabnya, tak salah rasanya kalau ingin datang ke KLIA2 sekadar suka-suka ataupun membeli belah. Ini adalah kerana KLIA2 kini amat berbeza dengan LCCT sebelum ini. KLIA2 terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu Mall dan Terminal. Di dalam Mall, anda boleh bershopping apa saja seperti di dalam Shopping Mall sebenar. Iya, bila saya cakap apa saja memang saya maksudkan apa saja. Dari pakaian harian, makanan, koleksi barang kemas hinggalah kepada barangan basah seperti ikan dan ayam. Konsep Mall ini sememangnya bertujuan mendekatkan pengunjung dengan KLIA2 tak kira sebab dan waktu.
Di bahagian terminal pula, ianya didesign dengan cantik dan tersusun. Saiz terminalnya yang luas dan besar amat selesa dan menyenangkan. Walaupun AirAsia masih menggunakan konsep tambang murah namun perkhidmatan sebegini amatlah memudahkan. Mana tahu pada masa akan datang AirAsia akan menaikkan tambang mereka? Sapa tahukan.
Rekaan yang futuristik
Bukan senang nak tengok view macam ni
Air Asia kini di KLIA2
Kini penumpang tidak perlu berjalan jauh di luar terminal
Oleh kerana KLIA2 masih baru, pihak pengurusan KLIA2 telah menempatkan pembantu arah jalan yang memegang signage “ASK ME” hampir disetiap ceruk dan lorong. Jangan risau kalau tak tahu mana nak tuju sebab pembantu-pembantu ini sangat ramai. Mengikut pengalaman saya, mereka ni sangat helpful namun ada juga yang memberitahu saya, dorang pun tak tahu direction. Well, semuanya bergantung kepada nasib masing-masing. Bagi saya oleh kerana signage yang besar-besar dan simple agak mudah mencari direction.
Lagi satu yang saya suka adalah estimation perjalanan jalan kaki. Oleh kerana KLIA2 ini sangat besar, di setiap signage penting ada information berkaitan estimation sekiranya berjalan kaki ke arah tempat yang dituju dari lokasi kita berdiri. Ini sangat penting untuk mengelakkan terlepas flight dan sebagainya. Sekiranya terlalu jauh, di beberapa kawasan perkhidmatan buggy turut disediakan. Read More