Tag - Asyiela Putri

Al-Fatihah buat adik Faiz

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak ajak semua pembaca blog saya agar berhenti sekejap buat kerja dan sedekahkanlah Al Fatihah buat adik Faiz yang baru sahaja pulang ke ramatullah. Ketika saya menulis post kali ni, saya baru sahaja pulang dari Taiping melawat keluarga arwah. Buat yang tak mengenali siapakah adik Faiz yang saya sebutkan ni, biarlah saya cerita sedikit …
Adik Faiz ni sebenarnya salah seorang peminat Upin & Ipin dan menghidap sakit kanser hati sejak dilahirkan. Walaupun keadaannya yang kurang sihat, tetapi ahli keluarga Faiz tidak pernah putus asa untuk menjaga Faiz. Sebagai seorang kanak-kanak, minat terhadap kartun Upin & Ipin memang tidak boleh lari. Setiap hari keluarganya membuka rancangan Upin & Ipin di TV9 kerana hanya itulah yang mampu membuatkannya tersenyum. Walaupun, tidak banyak bersuara untuk meluahkan rasa minatnya terhadap Upin & Ipin tetapi sekurang-kurangnya dia terhibur. Makin kerap dia menonton cerita Upin & Ipin, makin suka dan sayang terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan Upin & Ipin. Dah macam-macam barang Upin & Ipin yang dibeli keluarganya baik yang asli ataupun pirates. Read More

 3,624 total views

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 3) – Kesibukan

Assalamualaikum, sekali lagi kita bersambung untuk post berkaitan acara di Jakarta tempoh hari. Saya sengaja membahagikan post kali ini kepada 3 bahagian kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada yang telah member feedback terhadap post saya yang lepas. Ada yang tak sabar nak membaca sambungan cerita jalan-jalan saya ni.

Ok, di akhir post yang lalu rombongan kedua iaitu terdiri dari semua pelakon suara seperti Asyiela Putri, Ida Shaheera, Yuki, Shafiq, Hasrul, Fareez dan Tacil beserta ahli keluarga masing-masing baru sahaja sampai ke Jakarata. Pada keesokkan harinya, acara sebenar akan bermula. Masing-masing kena bangun awal sebab harus berada di Rumah Sakit BSD sekitar jam 8pagi. Memang rombongan kedua ini tak banyak masa sebab mereka terpaksa bertolak lambat sehari sebab rombongan ini melibatkan beberapa pelakon suara yang masing bersekolah di waktu pagi.

Seperti yang dijangkakan, nak bangun pagi ni memanglah susah. Lebih-lebih lagi dengan faktor kepenatan dan terlalu awal, dipendekkan cerita kami tak sempat sampai ke tempat acara pada waktu yang dijanjikan. Walaupun agak lambat sedikit, tapi akhirnya pihak penganjur memberi sedikit kelonggaran dan melambatkan sedikit masa penampilan. Boleh dikatakan penganjur di sini ketika itu masih tidak dapat membayangkan bentuk dan gaya penampilan yang bakal dilakukan.

Ida Shaheera (Kak Ros) bersiap sedia untuk memulakan acara

Beberapa pelakon suara yang lain juga sudah bersedia Read More

 4,307 total views

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 2) – Rombongan Pertama

Seminggu selepas saya pulang ke Malaysia dari Jakarta, saya bersama rombongan pertama iaitu seramai 11 orang terbang ke Jakarta sekali lagi untuk memulakan misi sebenar. Kami bertolak pada hari Khamis yakni sehari lebih awal dari rombongan yang kedua. Sebabnya adalah kami perlu menghadiri majlis perasmian di Rumah Sakit Medika BSD, iaitu salah satu cawangan KPJ di sana.

[well]Tugas rombongan pertama sangat berat lebih-lebih lagi harus membawa 10 kotak besar berisi maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan. Tapi alhamdullilah tiada masalah timbul semasa proses check in dan proses seterusnya. Rupanya dari 11 orang dari rombongan pertama ini ada juga yang tak pernah terbang ke luar negara dan mungkin ada juga yang tidak pernah menaiki kapal terbang. Jadi ini merupakan pengalaman pertama bagi beberapa orang. Seronoknya~[/well]

 5,415 total views