BestFM merupakan siaran radio dari Johor dan sangat terkenal bukan saja di selatan tanahair malahan sehinggalah ke Kuala Lumpur. BestFM sebenarnya merupakan radio nombor 1 dalam kategori tempoh masa mendengar paling lama. Dengan kata lain, bila dah start dengar BestFM di saluran 104.1 memang dah taknak tukar siaran radio yang lain.
Saya sendiri sebenarnya peminat setia BestFM dan pernah sertai konsert Cita Citata Live @ Johor Bahru anjuran bersama BestFM. Bila waktu nak ke office tu, saya akan dengar Best Pagi bersama Aizairi iaitu gabungan Haiza dan Zairi manakala waktu petang balik kerja pula saya akan dengar suara Azieqa iaitu gabungan suara Azhar dan Ieqa. BestFM selalunya memutarkan lagu-lagu terkini disamping lagu-lagu retro dan 90an yang memang layan habis. Selain itu, kelainan radio BestFM adalah kerana penyampai radionya yang mempunyai gaya penyampaian dan suara sejati seorang penyampai radio. Mereka mempunyai lenggok suara dan attitude ketika sedang bercakap dan bukannya sekadar berbual kosong. Read More
3,085 total views