Tag - Culture

Kampung Cina, Kuala Terengganu

Kampung Cina ataupun Chinatown di Kuala Terengganu ni sangat terkenal kerana ianya bukan sahaja terletak ditengah-tengah Kuala Terengganu, namun ianya juga berhampiran dengan lokasi-lokasi utama lain seperti Pasar Payang. Sewaktu saya ke K.Terengganu beberapa bulan lepas, saya sempat berjalan-jalan di sekitar Kampung Cina yang dimaklumkan telah di renovate dan nampak lebih cantik dari sebelum ini. Kampung Cina ini pada hari-hari biasa akan menjalankan aktiviti perniagaan seperti kedai makanan, kedai kopi, cenderamata dan kedai-kedai lain. Pada waktu malam pula,  akan diadakan seperti “Uptown” yang menjual pelbagai cenderamata unik serta makanan.

bukitcina17

Bangunan lama yang masih terpelihara di Kampung Cina

bukitcina01

Pintu masuk ke lorong Penyu

bukitcina02

Di dalam lorong Penyu

bukitcina03

Dekorasi Penyu

Yang menariknya di Kampung Cina ini setiap lorong kecilnya dihiasi dengan dekorasi yang cantik dan unik. Walaupun ruang pada lorong ini tidaklah terlalu luas, namun ianya sudah cukup cantik dengan hiasan pelbagai tema dan konsep. Sebagai contonnya, Lorong Penyu ini menggunakan konsep Penyu disepanjang lorong. Selain gambar-gambar dan patung batu penyu, lorong ini juga menyediakan info-info menarik berkaitan dengan penyu. Pada lorong-lorong lain pula, terdapat konsep yang lain seperti lorong payung, pondok, kunci, lukisan mural dan macam-macam lagi. Setiap lorong tu mempunyai identitinya tersendiri dan takkan puas berada sekejap saja disetiap lorong.

bukitcina04

Patung batu Penyu / Restoran di dalam loron Penyu

bukitcina06

Lorong yang penuh dengan Mural

Read More

 8,772 total views