Tag - DenaiHati

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog Anjuran DenaiHati

Assalamualaikum semua. Terus-terang saya ni jenis yang malas dan kurang rajin nak join seminar. Bukannya malas sangat, sebab saya lebih suka habiskan masa di depan komputer ataupun berjalan-jalan ambil gambar. Tapi seminar kali ni saya dah lama sangat nak join bukannya sebab perkataan “Buit Duit” tu, tapi lebih kepada ingin membuka pandangan baru terhadap blog dan nak tahu macam-mana orang lain boleh buat duit dengan blog.

Lagipun dapatlah berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain dan bertukar-tukar pendapat.

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Diantara awards yang pernah diterima oleh DenaiHati

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog” ni merupakan anjuran bersama oleh DenaiHati dan beberapa rakan penaja yang lain seperti Karangkraf, Jopana, Yeos dan banyak lagi. Hampir seharian di sini sememangnya telah membuka persepsi saya terhadap dunia blog. Memang tak sangka rupanya ada blogger yang mampu menjana bukan ratus ringgit, bukan ribuan ringgit, tetapi lebih puluhan ribu ringgit dalam tempoh sebulan. Sudah tentu, ianya bukanlah kerja mudah dan sekejap tetapi yang pasti ianya mampu dilakukan oleh sesiapa saja asalkan ada sikap kerajinan dalam diri. Read More

 5,692 total views

WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak berkongsi pengalaman peribadi semasa menyertai WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati. Sebenarnya, kelas ni dah lama saya daftar tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya tangguhkan sehinggalah kepada hari ini. Kelas ni terbahagi kepada dua iaitu WordPress Essentials dan WordPress Master Class.

Kelas Essentials adalah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak membuat blog, manakala Master Class pula adalah untuk mereka yang sudahpun menggunakan WordPress.

masterclass_denaihati02

Penerangan terperinci oleh saudara Eizil

masterclass_denaihati03

Belajar mengenai kemas kini blog

Kelas Master ni hanya terdiri dari beberapa orang pelajar saja untuk sesi tersebut iaitu dari CahayaDiana.com, Hafiz.my dan saya sendiri MohdZarin.com. Saya beruntung kerana berpeluang belajar bersama cikgu blogger hebat iaitu saudara Hadihaizil yang juga membuat blog iaitu Eizil.com.

Sepanjang lebih kurang 7 jam di dalam Master Class ni banyak perkara baru yang telah diajar yang mana selama ini sebagai blogger biasa mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai isu-isu keselamatan mahupun ciri-ciri kemaskini untuk blog. Read More

 5,078 total views