Tag - Erra Fazira

Teater “Bahayanya Wanita”

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog setia saya. Kali ni saya berpeluang menonton Teater paling meletop 2013 iaitu teater “Bahayanya Wanita”. Kalau dah selalunya kita tengok wayang je, apa salah sekali sekala kita tengok pulak teater. Dengar kata setiap hari teater ni fullhouse sehinggalah hari terakhir persembahan iaitu pada 31 Dis 2013. Saya sendiri berkesempatan menonton persembahan teater ini pada hari ke 3 persembahan di Istana Budaya.
Bahayanya Wanita
Zizan Razak menjadi tumpuan
Semua barisan pelakon dan tenaga kerja
Seperti penonton-penonton yang lain, expectation saya pada awalnya ingin menonton 4 barisan pelakon utama iaitu Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira dan Nora Danish. Teater berkonsepkan muzikal ni mengisarkan bagaimana kehidupan Zizan yang berkahwin 3 dan terpaksa melayan kerenah isteri-isterinya. Setiap seorang isterinya ditonjolkan dengan perwatakan yang berbeza sehinggalah akhirnya Zizan jatuh cinta dengan watak ke empat yang ingin dijadikan juga sebagai isteri.

 4,910 total views