Tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque Production kerana watak animasi nombor 1 negara iaitu Upin & Ipin dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Pelantikan sebagai duta ni merupakan salah satu penghargaan besar buat Upin & Ipin yang juga merupakan Duta Unicef Malaysia. Saya sendiri berpeluang menyertai dan terlibat di dalam majlis pelantikan yang penuh bersejarah ini yang diadakan di Saloma Bistro. Acara utama pada hari tersebut sebenarnya merupakan Majlis Rumah Terbuka namun pihak MOTAC turut mengambil kesempatan yang ada bagi mengumumkan berita pelantikan ini.
Maskot Upin & Ipin tampil di dalam dewan Saloma Bistro dengan berbaju melayu sambil diiringi oleh pasukan kompang mendendangkan lagu tema Upin & Ipin. Sambil perlahan-lahan menari mengikuti irama lagu, maskot Upin & Ipin diarak menaiki pentas utama. Majlis pelantikan disempurnakan YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan).
4,951 total views



























