Nampaknya tak lama lagi, peminat teater tanahair bakal menyaksikan sebuah teater yang seram tapi nampak kelakar. Teater Zombie LaLaLa yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 – 21 Februari 2016 merupakan terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.
Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Siti Saleha dan beberapa wajah baru di dalam bidang teater. Read More
Selepas kejayaan Karnival Upin & Ipin pada tahun 2014 yang mengetengahkan watak-watak popular animasi 3D Upin dan Ipin, syarikat animasi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. bakal menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2015 pada 20 hingga 22 November 2015 di Dewan A,MAEPS, Serdang. Pemilihan lokasi baru tahun ini adalah berdasarkan dari fenomena luar biasa di Putrajaya ketika penganjuran tahun lepas. Lokasi pada tahun ini bukan sahaja lebih besar dan luas, malahan mempunyai kemudahan parkir yang banyak bagi menampung kunjungan pengunjung yang ramai.
Karnival Upin & Ipin 2015 bertemakan ‘Keajaiban Bermula’ akan menampilkan unsur-unsur magik dan fantasi yang akan melibatkan kesemua watak animasi dari Les’ Copaque Production. Karnival tahun ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu ‘Main Hall’ dan ‘Magic Hall’ yang menawarkan pelbagai tarikan yang unik dan berbeza.
Dah lama rasanya tak makan stimbot dan lama juga tak pekena makanan grill. Sedapnya kalau dapat hirup sup tomyam yang pedas dan pada masa yang sama dapat makan daging atau ayam yang digrill panas-panas. Tiba-tiba saya terjumpa satu restoran melayu yang diberi nama Sukee-Sukii Stimbotdan BBQ yang terletak di Sungai Buloh. Sukanya saya sebab lokasinya taklah begitu jauh dari rumah saya. Restoran ini juga dikatakan baru saja beroperasi dan salah satu restoran Stimbot yang dijamin halal.
Seperti restoran stimbot yang lain, Sukee-Sukii menggunakan konsep buffet dan harga untuk seorang dewasa adalah RM30.90 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM14.90. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah PERCUMA. Harga ini boleh jadi lebih murah mengikut hari-hari tertentu dan promosi yang ditawarkan. Contohnya promosi diskaun 10% untuk pelajar dan “Ladies Night” pada hari-hari tertentu. Potongan 10% juga diberikan kepada kumpulan yang datang lebih dari 10 orang. Pendek kata macam-macam promosi yang dijalankan di sini.
Sekarang ni memang famous betul dengan Muzium 3D. Tapi siapa sangka di Langkawi pun rupanya dah ada Muzium 3D yang bukan saja terkenal malahan telahpun dirasmikan oleh Tun Mahathir. Pada beberapa bulan selepas perasmian muzium ni pula, Tun datang sekali lagi bersama-sama dengan ahli keluarga beliau. Memang comel melihat aksi-aksi Tun bergambar kat sini. Saya juga dimaklumkan Langkawi Art In Paradise ini telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan yang ke dua terbesar di dunia. Wah, memang betul-betul best kalau macam ni.
Gambar 3D dipintu masuk
Naik surfboard
Pergi jumpa Gajah
Langkawi Art In Paradise ini sebenarnya terletak di dalam Oriental Village dan seluas 21,000 kaki. Ianya mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa. Selain dari Langkawi Art In Paradise, di Oriental Village ini juga adalah lokasi terkenal untuk menaiki SkyCab, DuckTours dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau datang ke sini dah macam cover separuh attraction di Langkawi. Read More
Nampak tak semangat kemerdekaan sampai saya ucapkan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Sehati Sejiwa. Saya sebenarnya secara langsung memang terlibat dengan sambutan Hari Kebangsaan. Semenjak 2 bulan sebelum acara merdeka lagi saya dah terlibat dengan perbincangan dan perancangan awal sambutan tahun ni. Macam-macam pengalaman yang saya dah lalui bagi menjayakan program ni lebih-lebih lagi acara ini adalah acara peringkat kebangsaan. Lebih 30 juta penduduk Malaysia bakal menyaksikan apakah pengisian yang bakal dipersembahkan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos.
Ini adalah pengalaman sebenar saya melalui perit getir dan cabaran sepanjang proses persiapan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Ketika sesi latihan
Suasana ketika sesi briefing kepada peserta
Selepas kejayaan penglibatan Upin & Ipin pada sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas, sebenarnya Les’ Copaque Production secara automatik telah diserap oleh sekretariat Merdeka di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia sejak awal-awal lagi. Jadi mahu tak mahu, Upin & Ipin pasti akan terlibat dalam acara merdeka tahun ini. Kelainan yang dibawa pada tahun ini adalah dengan memperkenalkan Perarakan Animasi Malaysia yang pertama kali dianjurkan khusus bagi sambutan Hari Kebangsaaan. Perarakan Animasi ini melibatkan sebuah kereta berhias dan 24 orang maskot watak animasi dari 8 syarikat berbeza yang pernah mendapat dana di bawah MDeC. Di atas kereta berhias ini pula adalah tempat bagi 5 orang puteri dari animasi Puteri Limau dan 2 watak dari animasi Saladin. Selain itu juga, terdapat penyertaan 40 orang pelajar sekolah rendah yang akan turut menyertai perarakan.
Sesi postmortem pada malam sebelum 31 Ogos di Dataran Merdeka
Sebenarnya idea Perarakan Animasi ini adalah bagi menaikkan industri animasi Malaysia dan menghargai watak-watak animasi negara yang sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kanak-kanak supaya membawa ibubapa mereka ke Dataran Merdeka. Read More
Nama Coffee King tiba-tiba naik dan sangat viral di laman sosial lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan tahun ini. Jenama Coffee King mungkin sangat asing bagi kita semua, tetapi jenama ini sangat terkenal di Ipoh. Baru sahaja beroperasi pada tahun ini, Coffee King menawarkan pilihan minuman kopi yang sangat sedap pada harga yang sangat murah hasil dari anak muda tempatan. Tak kurang juga yang membandingkan kesedapan Coffee King dengan Starbucks.
Coffee King di Meru
Terdapat 2 cawangan Coffee King di Ipoh iaitu di Taman Cempaka dan yang terbaru di Meru. Walaupun gerai Coffee King ini mula dibuka pada jam 4 petang, namun pengunjung sudah mula beratur panjang sebelum gerai dibuka lagi. Ini adalah fenomena biasa di gerai Coffee King.
Jenama baru
Orang mula beratur walaupun gerai belum dibuka
Terdapat 6 pilihan kopi iaitu Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa, Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea. Kesemua perisa ini dijual dengan harga RM5 sahaja. Saya nampak mereka menggunakan gula perang dan susu sejat bagi mendapatkan rasa kopi yang unik. Walaupun beratur panjang, tapi proses pembeliannya sangat cepat. Read More
Walaupun belum lagi bulan Ogos, tapi semangat kemerdekaan telah pun terasa selepas acara Pra Pelancaran Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada awal bulan Jun yang lalu. Ini adalah kali pertama saya menyertai acara Pra Pelancaran di Dataran Merdeka. Kalau sesiapa ingat betapa sibuknya saya pada sambutan Hari Merdeka tahun lepas, nampaknya saya akan sibuk juga pada tahun ini.
Tapi walaupun sibuk dan penat, tapi sebenarnya aktiviti macam ni sangat seronok dan merupakan pengalaman sangat berharga apatah lagi ianya adalah acara besar untuk Malaysia.
Dataran Merdeka
Pelancong juga turut menyertai acara
Acara senam robik waktu petang di Dataran Merdeka
Acara Pra Pelancaran ini bermula dari awal pagi lagi dengan pelbagai acara seperti tarian, senamobik dan juga penampilan maskot-maskot animasi negara termasuklah Upin & Ipin. Yang uniknya, kesemua acara-acara ini juga turut disertai oleh pelancong-pelancong asing. Pada waktu malam pula persembahan nyanyi diadakan oleh beberapa artis tempatan seperti Dato Hattan dan Adira. Read More
Belum habis baca lagi entri ni dah terasa kenyang tengok gambar-gambar Burgerbyte ni. Bukan apa, lately saya dapat banyak jemputan untuk review makanan sampai lepas makan, makan lagi. Tapi review makan kali ni berbeza sikit sebab selain berpeluang review restoran makanan burger tempatan yang terkenal ni, saya juga sebenarnya berpeluang menyaksikan rakaman video bersama blogger Shakiddountuk rancangan Menu Kita. Sebenarnya rancangan ni adalah terbitan RTM dan dijangkakan ditayangkan di RTM1 pada bulan Ramadhan nanti.
Burgerbyte Damansara Perdana
Rancangan Menu Kita ni adalah rancangan makan-makan yang pertama kali menampilkan blogger untuk salah satu segmennya. Rancangan ni dihoskan oleh Brian Masterchef. Sama-samalah kita tunggu siarannya nanti di kaca TV.
Burgerbyte – Grilled with Soul
Chef Nasir bersama Brian
Cawangan BurgerByte yang saya kunjungi ni adalah di Damansara Perdana yang dimiliki oleh Zizan Razak. BurgerByte ni sebenarnya adalah perniagaan francais yang telah mempunyai lebih dari 12 cawangan seluruh Malaysia. Apa yang menarik minat saya dengan Burgetbyte ni adalah mereka menghasil pelbagai jenis burger yang kreatif dan tak jemu untuk kita makan. Susah nak jumpa burger yang biasa-biasa kat sini. Semuanya burger luar biasa. Resepi istimewa ni adalah idea dan citarasa oleh Chef Nasir yang merupakan diantara pengusaha awal perniagaan Burgerbyte. Read More
Destinasi makan-makan saya kali ni adalah hasil dari pengaruh oleh Food Blogger Malaysia iaitu Hazman Fadzil danShakiddo.com. Hazman ni dah banyak kali makan di sini dan setiap kali dia upload gambar makanan di Facebook pasti membuatkan ramai yang telan air liur membuatnya. Tempat makanan yang best kali ni adalah di MMA Santai Corner di Bandar Baru Nilai. MMA Santai Corner sebenarnya adalah medan selera dan mempunyai banyak kedai-kedai makanan di dalamnya. Tapi, ada satu kedai makanan ni yang betul-betul menarik minat saya iaitu D’ Laila Mee Udang.
Dimaklumkan, Mee Udang D’Laila ni adalah Mee Udang paling sedap dan mampu mengalahkan Mee Udang Kuala Sepetang. Betulke ni? Teruskan membaca.
@MMA Santai Corner
D’ Laila Mee Udang
Mee Udang di sini disajikan di dalam pelbagai pilihan saiz udang. Ada dari udang saiz L, Udang Galah dan boleh juga dicampurkan dengan Ketam ataupun Kupang. Pendek kata, apa yang ada kat dapur tu boleh dimasukkan bersama Mee Udang pilihan kita.
Saya telah memilih Mee Udang L iaitu berharga RM12. Apa yang membuatkan ianya nampak sangat-sangat menarik adalah dari segi susunan udangnya. 10 ekor udangnya disusun cantik umpama bunga. Tak pernah lagi saya nampak Mee Udang yang dipersembahkan seperti ini. Bau kuah udangnya begitu harum dicampur pula dengan bau bawang goreng dan daun sup. Read More
Bagi peminat makanan pedas, pastikan anda semua tidak ketinggalan menikmati Pucuk Ubi Goreng Nogori dari Aleeya’s Kitchen. Ini adalah kerana saya pasti anda semua tidak pernah merasai pucuk ubi goreng nogori sesedap ini. 99% orang yang pertama kali mencuba Pucuk Ubi Nogori Aleeya’s Kicthen ni pasti akan terus menyukai makanan ini walaupun ianya sangat pedas. Rasanya sangat membuatkan kita rasa addicted dan tak puas-puas makan.
Sambal Belimbing
Pertama kali saya mengenali Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya’s Kitchen adalah ketika di event Food Hunter di Encorp Strand. Sejak dari itu, saya terus jatuh cinta dengan kepedassannya yang unik dan sedap.