Selepas 10 tahun filem animasi 3D “Geng : Pengembaraan Bermula” mencipta sejarah pecah panggung dengan kutipan tiket sebanyak RM6.3juta. Pada tahun 2019 ini Les’ Copaque Production menamatkan penantian peminat setia Upin dan Ipin dengan menerbitkan satu lagi karga unggul yang bukan sahaja dilihat bakal mencipta sejarah perfileman di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Filem berjudul “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal” merupakan filem animasi penuh ke 2 terbitan Les’ Copaque dan diumumkan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 Mac 2019. Filem yang amat dinanti-nantikan ini juga bakal ditayangkan di Indonesia meskipun tarikh tayangan di negara jiran itu belum diumumkan lagi. Filem ini menerima expectation yang sangat tinggi lebih-lebih lagi selepas trailer rasmi filem ini dilancarkan pada beberapa minggu yang lalu.
Filem paling mahal!
15,200 total views