Hampir setahun yang lalu di lokasi yang sama iaitu di Encorp Strand Mall pernah berlangsungnya satu festival makanan iaitu Food Hunter Feastival. Tapi pada tahun ni pula, festival makanan yang terbaru iaitu Foodies Fest 2016 pula dianjurkan oleh penganjur yang berbeza. Lokasi Encorp Strand Mall ni bagi saya memang sesuai diadakan festival makanan macam ni sebab kawasannya yang selesa dan banyak kemudahan asas.
Walaupun Foodies Fest ni diadakan di kawasan luar, tetapi ianya terselamat dari risiko hujan dan panas kerana ianya ditutup dengan kawasan berbumbung. Kalau terasa panas sangat sebab cuaca sekarang ni, bolehlah rehat kat dalam Encorp Strand Mall yang sejuk. Jom kita tengok apa yang menarik terdapat di Foodies Fest 2016.
Apa yang menarik?
Dari pilihan kambing bakar, nancho, teppanyaki, aiskrim gulung, kek sehinggalah kepada churros semuanya merupakan diantara menu-menu yang hanya boleh didapatkan di festival makanan sahaja. Terdapat beberapa booth yang menjual kambing bakar seperti Kambing Grill, Spoon Steak House dan The Door Kitchen by Luth Kitchen namun setiap booth ini menawarkan citarasa yang berbeza sehingga susah nak decide yang mana satu patut dibeli.
Selain tu, menu yang menarik perhatian saya adalah minuman Cikedut by Saripol yang sungguh berwarna-warni. Sebenarnya Cikedut ni adalah puding berwarna yang disedut dengan straw. Rasanya tak manis tapi memang sedap sangat. Read More
7,946 total views