ResepiAyam Buttermilk sememangnya sungguh sedap dan enak dimakan serta digemari oleh kebanyakan orang. Rasanya yang tidak terlalu pedas, berlemak manis masin pasti membangkitkan selera serta aroma dari daun kari. Untuk menu ini, ianya lebih sesuai sekiranya dimasak menggunakan isi ayam bahagian isi atau dada.
Isi ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian barulah dicampurkan ke dalam kuah buttermilk. Oleh itu, untuk resepi ini kita harus menggoreng terlebih dahulu isi ayamnya secara berasingan.
Salah satu makanan viral dan wajib dicuba sekiranya berkunjung ke Jakarta adalah Pisang Goreng Madu Bu Nanik. Setiap kali saya ke Jakarta, pasti saya akan cuba cari masa untuk membeli pisang goreng ni di kedainya ataupun kalau tak sempat saya akan order melalui GrabFood. Kenapa viral dan apakah yang sedap sangat dengan Pisang Goreng Madu Bu Nanik ni? Adakah ianya lebih sedap dari Pisang Goreng Cheese? Kalau nak tahu teruskan membaca.
Kedai Pisang Goreng Madu Bu Nanik terletak di Tanjung Duren Raya No. 67 dan sudah beroperasi semenjak tahun 2007. Pisang Goreng Madu ini menjadi salah satu makanan wajib makan bukan sahaja bagi pelancong yang datang ke Jakarta tapi juga bagi penduduk tempatan.
Pisang Goreng Madu Bu Nanik
Ada juga macam-macam makanan dijual di sini
Keunikan Pisang Goreng Madu Bu Nanik adalah pada keseluruhan rupa dan rasanya. Berbeza dengan pisang goreng biasa, Pisang Goreng Madu Bu Nanik berbentuk bulat kerana ianya digoreng menggunakan acuan berbentuk bulat. Pisang yang diguanakan adalah jenis pisang raja. Setiap satunya mengandungi rasa pisang yang banyak dan digoreng sekata dalam minyak panas. Berdasarkan perkongsian dari pekerja di sini, Pisang Goreng Bu Nanik digoreng sebanyak 3 kali pada minyak yang berbeza mengikut kepanasan. Proses pertama adalah menggoreng pada minyak yang kurang panas sehingga ianya masak sedikit dan kemudiannya dipindahkan ke kuali ke dua dengan minyak yang sederhana panas dan terakhir sekali digoreng dengan minyak yang panas. Proses gorengan ini membuatkan setiap Pisang Goreng Madu Bu Nanik masak sekata di bahagian dalam dan ranggup di bahagian luar. Read More
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sempena dengan bulan Ramadhan kali ini saya berpeluang berbuka puasa dengan hidangan istimewa di Hotel Grand Dorsett Subang. Walaupun pertama kali saya berbuka puasa di sini, namun saya terus berhajat akan menjejakkan kali sekali lagi di sini kerana menu berbuka puasanya yang menarik dan sedap. Nak tahu apakah menu yang sedap sangat dan berjaya menambat hati saya? Teruskan membaca review Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang.
Terletak di Subang, Selangor lokasi hotel ini mudah untuk dicari. Terdapat ruang parkir di bahagian luar hotel memudahkan sesiapa sahaja yang berbuka puasa di sini. Sebenarnya terdapat 2 ruang makan untuk berbuka puasa di Hotel Grand Dorsett Subang namun untuk sesi iftar kali ini, saya akan berkongsikan pengalaman berbuka puasa di ruangan Terazza Brasserie yang bertemakan Citarasa Ramadan.
Citarasa Ramadhan di Hotel Grand Dorsett Subang
Kambing Panggang
Kambing Panggang yang telah masak
Apa kata saya terus mulakan dengan hidangan menu utama yang dinanti-nanti ramai orang iaitu Kambing Panggang. Macam tak sahkan kalau berbuka puasa takde kambing panggang, rasa macam tak lengkap pula. Tapi yang membezakan kambing panggang di sini dengan bufet Ramadhan yang lain adalah ianya disediakan dengan rempah khas yang sedap. Memang terasa aroma dan rempah ketika menikmati isi kambing panggang di sini. Ianya boleh dimakan bersama Nasi Briyani Kambing ataupun Ayam serta boleh juga dijamu bersama Nasi Arab. Semua hidangan ini beserta beberapa hidangan lain seperti pita kebab, sate, char kuew tiao merupakan sebahagian dari menu utama yang disediakan stall bahagian luar.
Di sini semua menunya dimasak secara live bagi memastikan makanan yang disediakan sedap dan sesuai dimakan panas-panas selepas ianya baru disediakan. Read More
Berbuka puasa di SACC ataupun Pusat Konvensyen Shah Alam sememangnya dinanti-nantikan saya setiap tahun ketika mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. SACC bukan sahaja menjanjikan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan, bahkan ruang makan yang selesa serta beberapa kemudahan lain yang memuaskan. Kalau tak takkan la saya berbuka puasa hampir setiap tahun kat sini.
Terletak ditengah-tengah pusat bandar Shah Alam, lokasi SACC amat mudah dicari lebih-lebih lagi ianya berhampiran dengan PKNS dan SACC Mall yang menjadi tumpuan ramai setiap kali musim perayaan. Sekiranya berbuka puasa di sini, tak payah pening-pening untuk cari parkir kerana ruang parkir yang disediakan di bawah bangungan SACC sangat luas dan mudah. Selain itu juga, kita juga boleh membayar Zakat Fitrah dikaunter yang disediakan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Mudahkan? Jom, kita tengok pula apakah menu-menu menarik Bufet Ramadhan SACC pada tahun ini.
Suasana di dalam dewan makan SACC
Bersama Chef SACC
Menggunakan tema “Warisan Tradisi”, menu bufet Ramadhan pada tahun ini membawakan 100 jenis sajian dan juadah warisan serta masakan kampung asli. Menurut Chef Eksekutif SACC, Jamili Napaih dan Sous Chef, Rizal Nahar, kebanyakkan makanan tradisional ditempat lain telah dikomersilkan dan diubah. Namun ianya berbeza dengan masakan di SACC yang masih mengekalkan rasa keaslian dan resepi makanan tradisi.
Diantara masakan asli yang menjadi hidangan istimewa adalah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Namun begitu, menu utama yang menjadi tumpuan setiap tahun adalah Kambing Kebuli yang menjadi trademark hidangan di SACC. Saya sendiri memang meminati hidangan kambing kebuli di SACC ini kerana daging kambingannya yang disediakan begitu lembut dan berempah. Read More
Pada tahun ini McDoland’s Malaysia memperkenalkan 2 menu baru yang diinovasikan mengikut selera orang Malaysia berdasarkan dari menu utama makanan mereka. Seperti yang kita tahu, bila sebut pasal McDoland’s je kita mesti terbayangkan burger Big Mac ataupun McChickennya. Kali ini McDoland’s Malaysia membawakan menu baharu iaitu Burger Nasi Lemak dan Nasi McD yang sebaik saja dilancarkan terus mendapat sambutan luar biasa. Yela, ramai orang excite dan nak tahu sendiri macam manalah rasa Burger Nasi Lemak dan Nasi McD tu lebih-lebih lagi ianya diviralkan sebaik sahaja dilancarkan pada hari pertama.
Saya terus ke McD terdekat dan mencuba kedua-dua menu ini sendiri dan ini komen saya.
Pilihan nasi set nasi McD
Harga Nasi McD
Nasi McD
Nasi McD dijual mengikut beberapa pilihan set yang terdiri dari pilihan Set A : Nasi McD + Egg, Set B: Nasi McD + Ayam Goreng McD dan Set C: Nasi McD + Ayam Goreng + Telur. Kesemua set ini dijual bermula dari harga RM5.95 sehinggalah kepada set lengkap yang berharga RM12.95. Namun begitu, kesemua set ini tidak didatangkan dengan air minuman. Jadi kalau nak beli air, kenalah tambah duit lain. Read More
Selepas saya berkongsi mengenai Poke Bowl Kurin beberapa bulan yang lepas, beberapa orang pembaca setia blog saya mencadangkan agar saya mencuba satu lagi menu sihat berkonsepkan poke bowl iaitu Paperfish. Terletak di TTDI, Restoran Paperfish ni berhampiran dengan kawasan perumahan dan tak jauh dari One Utama. Mencari Restoran Paperfish ni tidaklah begitu susah kerana ianya terletak berhampiran jalan utama dan aplikasi waze terus membawa saya ke lokasi makan-makan sihat saya kali ni.
Saya sendiri sebenarnya dah banyak kali mendengar mengenai Paperfish dan baru sekarang saya berpeluang merasainya sendiri. Jom kita masuk ke dalam restoran ni dan tengok apakah menu yang menanti saya di dalam.
Restoran Paperfish yang terletak di TTDI
Ruang di dalam restoran
Suasana di dalam restoran ni sangat selesa dengan ruang sekitarnya yang berkonsepkan “wood” dan “green”. Terasa sejuk je ketika berada di dalam restoran ni. Kat sini konsep self service digunakan jadi saya kena order makanan di kaunter di bahagian belakang restoran ini. Langkah pertama adalah dengan memilih jenis “base” yang diingini samada brown rice, white rice, sayur-sayuran ataupun quinoa. Kemudian kita boleh memilih 4 jenis side dish yang diantaranya adalah edamame, tomato, broccoli dan banyak lagi. Read More
Bagi yang sedang mengambil makanan sihat seperti saya, pasti biasanya ada masalah nak mencari makanan ketika lunch hour lebih-lebih lagi dengan jadual harian kita yang padat. Baru-baru ni saya mencuba menu makanan sihat di NU Sentral iaitu Kurin. Saya tertarik dengan menu sihat Kurin dan mengetahui tentang Kurin melalui Instagram. Kat sini semua menunya berasaskan makanan jepun yang telah difusionkan kepada menu sihat dan yang penting sedap. Sebelum saya kongsikan apakah menu utama yang dijual kat sini, jom kita pusing-pusing dulu tengok cara nak order dan menu-menu sampingan lain yang dijual kat sini.
Restoran Kurin ni terletak di tingkat 5 dan berdekatan dengan GSC. Restoran Kurin ni biasanya akan penuh ketika waktu makan tengahari ketika hari bekerja. Jadi kalau nak datang, trylah datang weekend. Menu sampingan ataupun packed food kat sini pun boleh tahan menarik. Pilihan makanan seperti Grilled Salmon, Soba, Salmon Sandwich dan beberapa lagi menu lain merupakan pilihan ideal bagi mereka yang tak banyak masa nak makan tengahari dan inginkan sesuatu yang cepat dan mudah.
Oleh kerana Churros agak terkenal kebelakangan ini, mungkin dah ramai yang pernah makan churros di restoran ataupun cafe-cafe tempatan. Tetapi jangan cakap anda dah betul-betul makan churros paling sedap selagi tak merasai churros di Street Churros. Kalau nak tahu, syarikat pengeluar Street Churros ni sebenarnya berasal dari Korea dan ianya sangat terkenal di Korea sehinggalah dibuka negara-negara lain seperti di Malaysia. Cawangan terkini Street Churros dan merupakan cawangan ke 6 baru saja dibuka di Empire Shopping, Subang Jaya.
Street Churros Empire Subang Jaya
Saya sendiri berkesempatan ke cawangan Empire untuk merasa sendiri churros yang dikatakan sungguh sedap ni. Kalau nak tahu macam mana rasanya, teruskan membaca.
Churros disediakan panas-panas
Churros pada mulanya berasal dari Amerika Latin dan menjadi makanan minum petang dan ada juga yang menyediakan churros untuk sarapan pagi, cicah dengan coklat panas ataupun dihidangkan dengan kopi. Kesemua churros di Street Churros disediakan selepas pesanan dibuat dan kita akan dapat pesanan ketika di dalam waktu panas-panas dan sedang sedap dimakan. Menurut pihak Street Churros, bagi memastikan kesedapan setiap churros yang dihasilkan mereka menggunakan minyak yang berkualiti dan air purify untuk mengadun bahan-bahan churros. Read More
Kali ni saya nak bawa anda semua ke Jakarta untuk merasai Sate Indonesia yang unik dan sedap. Kalau biasanya kita makan Sate kat Malaysia tapi Sate di Indonesia ni sangat unik dan banyak jenis pilihan. Tak percaya? Kalau berpeluang ke Jakarta lepas ni apa kata cuba rasa sendiri sate di restoran Tesate. Tesate ni sebenarnya ada banyak cawangan dan agak terkenal di Indonesia. Cawangan yang saya pergi ni adalah di Plaza Senayan, Jakarta.
Suasana di dalam restoran Tesate ni sangat selesa dan cantik. Dibeberapa sudut di dalam restoran terdapat dekorasi berunsurkan budaya Indonesia serta ruang dapur membakar sate boleh dilihat dari ruang makan kerana ianya ditutupi dengan cermin kaca.
Tesate
Talapia bakar
Ikan
Sebelum kita tengok apa menu sate kat sini, jom kita tengok dulu apa makanan lain yang ada kat sini. Walaupun kat sini menjual sate sebagai makanan utama, tetapi kita masih boleh mencuba menu Indonesia yang lain seperti Ayam Penyet, Gado-Gado, Tahu Sumedang, Kerapu Bakar dan macam-macam lagi. Bagi sesiapa yang peminat makanan Indonesia pasti dah tahu dengan nama-nama makanan kat sini. Semuanya nampak sedap-sedap, sampai taktau nak order yang mana. Read More
FamilyMart iaitu salah satu convenient store terkenal yang berasal dari Jepun baru saja dibuka pada awal tahun 2017 dan kini telah mempunyai beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur termasuk yang terbaru iaitu di NU Sentral. FamilyMart ni sangat popular kerana ianya menawarkan makanan segera seperti Bento yang berkhasiat dan sedap. Bersesuaian dengan cara hidup di Jepun yang sibuk dan memerlukan segalanya cepat dan pantas, FamilyMart merupakan salah satu pilihan mereka.
Sempena bulan Ramadhan kali ini, nampaknya FamilyMart Malaysia juga turut menyediakan dan menawarkan makanan bagi mereka yang tak sempat untuk berbuka puasa. Cawangan di NU Sentral adalah salah satu cawangan yang saya lihat begitu sesuai dan strategik kerana lokasinya yang terletak dipintu masuk Monorail.