Peminat cafe hipster pasti dah pernah dengar nama cafe The Garage KL yang terletak di jalang Ampang. The Garage KL ni sebenarnya adalah gabungan beberapa kedai dan bengkel di bawah satu bumbung. Kat sini memang ada bengkel kereta, kedai motor dan macam-macam lagi termasuklah sebuah cafe hipster yang dipanggil Gaffe & Co. Berkonsepkan ala-ala kontena, cafe Gaffe & Co ni sangat unik dan terletak betul-betul di tepi jalan utama.
Saya sendiri yang pertama kali sampai di Gaffe & Co ni rasa sangat teruja dengan konsep interiornya yang cantik dan sangat details. Di setiap sudut cafe dihiasi dengan pelbagai koleksi peribadi seperti kamera lama ataupun barangan koleksi Star Wars. Ramai juga artis tempatan yang dah berkunjung ke sini dan meninggalkan testimoni di sudut khas.
Terdapat beberapa ruang makan di Gaffe & Co samada ingin bersantai di luar ataupun di dalam bilik VIP tertutup. Suasana seperti di dalam kontena yang besar memang sangat terasa lebih-lebih lagi setiap struktur binaan cafe ini diperbuat menggunakan material dari badan kontena dan besi. Read More
4,883 total views