Bagi yang sedang mengambil makanan sihat seperti saya, pasti biasanya ada masalah nak mencari makanan ketika lunch hour lebih-lebih lagi dengan jadual harian kita yang padat. Baru-baru ni saya mencuba menu makanan sihat di NU Sentral iaitu Kurin. Saya tertarik dengan menu sihat Kurin dan mengetahui tentang Kurin melalui Instagram. Kat sini semua menunya berasaskan makanan jepun yang telah difusionkan kepada menu sihat dan yang penting sedap. Sebelum saya kongsikan apakah menu utama yang dijual kat sini, jom kita pusing-pusing dulu tengok cara nak order dan menu-menu sampingan lain yang dijual kat sini.
Restoran Kurin ni terletak di tingkat 5 dan berdekatan dengan GSC. Restoran Kurin ni biasanya akan penuh ketika waktu makan tengahari ketika hari bekerja. Jadi kalau nak datang, trylah datang weekend. Menu sampingan ataupun packed food kat sini pun boleh tahan menarik. Pilihan makanan seperti Grilled Salmon, Soba, Salmon Sandwich dan beberapa lagi menu lain merupakan pilihan ideal bagi mereka yang tak banyak masa nak makan tengahari dan inginkan sesuatu yang cepat dan mudah.
8,254 total views