Selepas persembahan Ultraman Live di Genting Highland pada beberapa bulan yang lepas, kali ini Resort World Genting membawakan satu lagi persembahan antarabangsa yang pertama kali dipersembahkan di Malaysia. Persembahan ini sebenarnya berasal dari program realiti America’s Got Talent dan telah menjadi salah satu persembahan yang sangat viral pada beberapa tahun lepas. Persembahan yang sama juga pernah digunakan oleh artis terkenal antarabangsa seperti The Black Eyed Peas, Chris Brown, Christina Aguilera dan MTV Video Music Awards.Ya, inilah persembahan tarian lampu oleh iLuminate. Jom kita tengok apa yang menarik.
Iluminate sebenarnya adalah kumpulan tarian yang diasaskan oleh Miral Kotb. Miral mempunyai bakat di dalam bidang tarian dan juga mempunyai kemahiran di dalam software engineering. Menggabungkan kedua-dua kepakaran ini, Miral menghasilkan satu hasil seni yang sungguh luar biasa. Konsep tarian iLuminate adalah menari di dalam suasana gelap dan penari akan memakai suit yang dilengkapi dengan lampu yang diperbuat dari EL Wire yang berfungsi untuk menghasilkan imaginasi tarian ala filem “Tron”. Read More
4,812 total views



