Istimewa sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Pavilion Bukit Jalil membawakan promosi istimewa Raya bersama Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil. Sebelum saya kongsikan mengenai program raya tersebut, saya nak berkongsi sedikit mengenai Pavilion Bukit Jalil. Ini sebenarnya adalah shopping mall yang baru dilancarkan pada penghujung tahun 2021 dan ianya merupakan di antara shopping mall yang terbesar dengan 1.8 juta kaki persegi. Semasa saya datang ke Pavilion Bukit Jalil buat kali pertama pun saya dapat rasakan jauhnya berjalan dalam mall ni. Pavilion Bukit Jalil ni masih mengekalkan ciri-ciri dan elemen yang seakan-akan dengan Pavilion KL pada center courtnya membuatkan kita rasa seolah-olah macam pernah datang ke sini. Mari saya bawakan anda semua suasana ketika pelancaran program Raya bersama Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil.
944 total views