Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog saya. Dah lama rasanya saya tak berkongsi mengenai aktiviti aktif saya khususnya aktiviti mendaki. Cerita kali ini bukanlah mengenai pendakian sehebat mendaki Gunung Kinabalu tetapi cerita mengenai mendaki Bukit Gasing yang terletak di kawasan Petaling Jaya. Bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki dan hiking, Bukit Gasing ni sememangnya menjadi lokasi wajib untuk training ataupun melepaskan rindu dengan suasana hutan dan udara segar. Bukit Gasing ni sangat terkenal dan boleh dikatakan “sibuk” pada hujung minggu dan hari cuti umum.
Saya dan beberapa teman hiking kali ini juga berhajat untuk mencuba sendiri Bukit Gasing secara santai bagi melihat sendiri cabaran dan suasana mendaki Bukit Gasing. Teruskan membaca.
Sebenarnya terdapat banyak entrance yang boleh digunakan untuk mendaki Bukit Gasing ni, namun begitu entrance yang paling terkenal dan menjadi signature Bukit Gasing adalah melalui pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Pendaki boleh meletakkan kenderaan pada kawasan parkir yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk namun begitu ianya sangat terhad. Jadi tak hairanlah orang yang nak mendaki Bukit Gasing ni akan tiba seawal jam 6 pagi bagi mendapatkan parkir kereta. Kita boleh juga meletakkan kereta ditepi kiri kanan jalan tetapi kalau nasib tak baik kereta akan disaman oleh MBPJ. Jadi berhati-hatilah ye. Read More
44,234 total views