Kalau di Shah Alam kita berbangga dengan adanya ICT iaitu tempat yang bercahaya dengan lampu-lampu yang cantik, tetapi penduduk di Pantai Timur juga berbangga dengan ICT mereka sendiri. ICT yang dimaksudkan adalah Ikan Celup Tepung yang menjadi makanan wajib bagi sesiapa yang berada di negeri-negeri Pantai Timur. ICT ini kebiasaannya dimakan pada waktu petang macam goreng pisang sambil berehat-rehat menikmati udara pantai. Di Pantai Timur, mereka suka masak apa saja asalkan boleh digoreng dengan tepung.
Kunjungan saya di ICT Haji Pak Long, Terengganu beberapa minggu yang lepas membuatkan saya teruja melihat kepelbagaian makanan berasaskan tepung yang disediakan. Dari ikan, sotong, udang, ketam, hinggalah ke ikan pari semuanya merupakan menu hidangan istimewa ICT di sini.
11,935 total views